Assalamualaikum
kali ini qaseh nak menceritakan kisah kehilangan qaseh selama 3 hari dua malam , banyak pendapat menyatakan yang qaseh telah di culik oleh Mr Arrogant,muahahaha sebenarnya salah semua tu sebab qaseh membawa diri bersama sahabat media cuti-cuti 1 malaysia ke Lembah Bujang Sg Petani Kedah, haaaa apa diaa chek tau ampa semua jeles noh, tapi takpe jom ikut qaseh melayari perjalanan-perjalanan di sana yang superb awesome lebih-lebih lagi kat tempat yang tak pernah kita tinggalkan jejak dan selama ni tak pernah kita tahu..termasuk qaseh..
sebelum tu nak say thanx sangat-sangat kepada penganjur dan penaja yang menaja kami dari hujung kaki hinggalah ke hujung rambut , terima kasih Tourism Malaysia dan Perbandaran Sg. Petani dan santai Travel sempena VISIT MALAYSIA 2014 ..
selama ni qaseh tak tahu langsung apa yang best tentang sg.petani kedah ni ,qaseh hanya tahu nama je ,then bila menjejakkan kaki kat sini barulah qaseh tahu yaAllah banyaknya tempat-tempat yang menarik ,nak tau apa laa yg menarik sgt tu yeeee,tu ampa kena la teruskan perjalanan membaca,rasa rugi gila nasib baik qaseh ikut depa ni,luas pemandangan dan teruja gila nak ceritakan kat korang hingga ketar2 tangan nih,kihkih..
first day kami menginap di amanpura Hotel tapi sekarang sudah ditukar nama kepada sg.Petani Inn , apa yang best di hotel ni adalah jeng-jeng nanti qaseh cerita next entry yang lebih terperinci beserta gambar yang membuatkan korang lagi jeles hingga terus book tiket flight terus ke sg.petani,
tadaaaaa kami dah smpai,korang bila lagi ??
SG PETANI INN <--- klik2
kami disambut meriah oleh kakitangan sg petani INN
press conference sg petani INN kalau tengok dalam gambar tu memang banyak facilities yang disediakan
antara tempat-tempat yang menarik telah kami lawati :
- sg petani INN (48 Superior Room, 58 Deluxe Room, 7 Junior Suite and 1 Royal Suite.)
- jeti semeling dan sungai merbok (naik bot ke tanjung dawai melihat paya bakau yang tertua)
- chalet terapung (memancing pun boleh di sini)
- pantai merdeka (lepak di tepi pntai sambil layan lagu cinta pantai merdeka)
- muzium arkeologi lembah bujang (mengcungkil sejarah2 lama)
- cinta sayang golf and country resort (resort yang penuh dengan aktiviti yang menarik)
- gunung jerai (qaseh paling suka berada di tempat dan suasana gunug jerai )
pemandangan senja yang sangat indah di gunung jerai,
indah bukan?
terpegun aku seketika melihat suasana yang tak pernah aku rasa
seakan ingin membina satu mahligai di sini agar rasa itu sentiasa ku dakap...
jutaan terima kasih buat semua yang terlibat, stay tune with qasehdalia.com, banyak lagi qaseh nak ceritakan perjalanan kami... tunggu~~~~~
xsabo nak bace episod setrusnye ekeke episod truh :-)
BalasPadamuntungla siap ada episod2 lg kan
BalasPadamKata Nama Khas (nama tempat) sila letak huruf besar ye dik...
BalasPadamWakkakakakaa...
Seronoknya kalu dpt ikot..
BalasPadamfuhh kerinduan dekat SP.
BalasPadamAin belajar sana dulu .hehee.