[TRAVEL] JETI SEMELING , apa yang menarik ?

Assalamualaikum ,
 

sambungan dari kisah qaseh travel bersama santai sahabat media [klik] ke lembah bujang , hari ni qaseh nak bawak korang pergi ke suatu tempat ,naik bot di JETI SEMELING melayari indahnya SUNGAI MERBOK ,masa ni masih lagi bermalam di SG PETANI INN HOTEL[klik] ..


kat belakang tu adalah muzium paya bakau



hari ni qaseh nak share sedikit sebanyak tentang JETI SEMELING , apa yang menarik kat sini ? lihat gambar kat atas tu , di belakang qaseh adalah muzium paya bakau ,pertama kali qaseh tengok muzium tu dari jauh , qaseh ingatkan ia sebuah chalet tapi jangkaan yang meleset , mana taknya design nya dari kaca dan di bina di kawasan sungai , dalam muzium tu mcm2 sejarah paya bakau dan info-info yang berkaitan korg boleh tgk dan baca , pada yang minat sangat dengan alam flora rasanya tempat ni sangat sesuai bagi korang ..




lorong pejalan kaki , cantik amat sambil melihat paya bakau dan alam sekeliling yang kehijauan dengan angin sepoi2 bahasa .. fuhh syok giler qaseh lepak dgn diorg hari tu 
melayan perasaan jejaka idaman malaya ni ~ 

selepas kami selesai menelaah info paya bakau di dlm muzium ,inilah tempat yang qaseh paling suka , boleh mark sebagai tempat feberet bila datang ke sini , qaseh buat research kat gugel , tempat ni salah satu tempat yang terbaik untuk photoshoot wedding ,kiranya tempat ni selalu di jadikan aktiviti photoshoot , salah satu daya penarik JETI SEMELING , dan sememangnya ia menarik mata lensa-lensa dan bakal pengantin yang ketandusan idea dan ilham , 




  korang tahu tak ini apa ?
haa inila akar2 paya bakau ekekeke


 pemandangan-pemandangan dari lorong pejalan kaki yang terdapat di JETI SEMELING , cantik bukan ?
sebelum masuk , korang akan jumpa gok arang siap ada model mcm comel je ahaha , tempat untuk membakar arang dan bata , kat dlm tu ada info2 jugak ..





di sini lah kami menaiki bot melayari sungai merbok , apa yang ada di sungai merbok pula ye .. ? haaaa kena tunggu lagi , pengalaman qaseh dan sahabat media menaiki bot di dalam hujan lebat dan trpaksa patah balik ..perghhh qaseh duduk je sebab penakut ahahaha ..kesian kat mawardiyunus jadi mangsa bhaha  syokkk !! stay tune ~

psst : keseluruhan tempat ni memang cantik ,bayangkan bila waktu senja , subhanallah rasanya menangis kot tengok keindahan alam yang ada , jeti semeling ni di kedah darul aman ..datang sini jangan lupa snap pic banyak2 !

10 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. jeti ni dekat rumah tok eda. Pernah pergi makan sekali je kat situ... tak sangka pulak ada macam2. hehe

    BalasPadam
  2. Kenapa dlm entri ni , semua gambar Qaseh nmpk "kayu"?

    BalasPadam
  3. sangat cantik bumi Malaysia ni... rasa macam nak pegi je semeling ni ... ;)

    BalasPadam
  4. tak pernah sampai lagi kat Jeti Semeling, Sg Merbuk tu...tk tahu pulak ada muzium kat situ

    BalasPadam
  5. Ada homestay ke area tu? Any contact number?

    BalasPadam
  6. rinduuunyyaaaaaaaa tempatt ini... hahaha..

    BalasPadam
  7. Sejak pkp ni, lama tak pi Jeti ni...
    Teringin nak naik bot, tapi kena tempah sky la

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama