Hari kedua di AgroFarmStay Melaka | KelabBloggerBenAshaari

Assalamualaikum ,

Hari ke dua kami berada di AgroFarmStay , banyak aktiviti yang perlu di lakukan , dah baca hari pertama belum ? Sila klik older entry ok nanti tertinggal pulak cerita best kami , rugi tuuu .. hee , pagi-pagi lagi dah kena bangun pergi sarapan dulu , kenyangkan perut karang asyik lapar je , qaseh ni dahla membela cacing yang selalu lapar , lepas tu bergerak ke dewan untuk senaman 'GOYANG-GOYANG' haaa amek kauu , goyang-goyanggggg saya pecah lemakkk ... goyang-goyangg saya pecah lemak , cenggitu la lagu senaman kitorg .. sabo je la haha



Aktiviti pagi

Bergerak ke tempat aktiviti untuk bermain sukaneka , warm up dulu geng , antara sukaneka yang kitorang main , tengok gambar2 kat bawah ye

Permainan kepit buah kelapa di celah paha opss , ni Faizal Fredley , tengok sekilas sebijik macam orang atasan yang selalu makan pisang kat atas pokok tu , hihihi qaseh gagal buat benda alah ni , asal kepit je jatuh ,  asal jatuh je kepit , karang ade fasi yang kena kepit ni karang

Geng qaseh yang semuanya hebat dari segi gaya je haha , bolehla diorang ni , matila kena cepuk nanti , aina roseberry , yanty lee , yaya natsumi , kak sueizza dan si budak kecik uzu atau dikenali sbgai emas putih yg tak brapa nak putih . Gulp

Permainan ke dua tiup belon sampai pecah , abang zaini sekali hembus je dah pecah , haa masa ni lah perut-perut comel menunjukkan kelebihan masing-masing , opsss jangan marah

Permainan ke tiga , sambut belon air.. nasib baik qaseh duk belakang , dah tahu dah konfirm akan pecah sebelum tiba masanyaaa , so selamatlah dari ditangkap basah , tapi uzu ni baling sampai ke kerajaan langit agaknya , tak turun2 belon tu , mak tiri kat belakang dah bujet2 jd penyambut profesional , acah2 je padahal haha

Permainan ke empat , cari gula2 dalam tepung , wahhh berkissing dengan tepung ke tengah tido dalam tepung ni , patut la lamaa boleh bantai tido pulak ,

Lastly ajeeb buat show karam sign walia ... akhirnya semua aktiviti tamat dengan seronok nya , qaseh rasa mcm berada dalam lingkungan keluarga yg sgt rapat , syg depa2 ni .


Penat - penat segala , terus terjun kolam yg trdapat kat AgroFarmStay Melaka ni , sama naik dengan budak2 .. untungla yg pandai berenang tu haaa ! Jahat betul selalu tinggal qaseh kat belakang sobssss , taula kita jalan je d
lm air , alaa saje je xnak tunjuk kebolehan .

Aktiviti petang


Melawat sekitar AgroFarmStay yang berkeluasan 30 hektar , tuu diaaa yang mengambil masa 2 jam , longgar jap kepala lutut tapi best , dapat juga ilmu-ilmu pengetahuan yang selama ni tak pernah nak ambil tahu .

Pusat ternakan yang terdapat kat sini , comel gila arnab tu , arnab kacukan bulu lembut dan sangat lebat , pertama kali tengok sekilas ingatkan anjing rupa-rupanya arnab , nak je mintak bawak balik tapi konfitm tak dapat , ada kuda yg bernama BUJANG , burung merak , ayam kampung , dua jenis landak yang comel dan juga terdapat tumbuhan misai kucing di sini.

Aktiviti berkayak di Tasik Kacang , dan naik bot laju .. Qhaliff yang comel pun turut serta naik bot , qaseh tengok jee sambil layan pisang goreng kat kiosk tepi tasik .. asyik lapar je

Aktiviti Malam
Berbabeque  di malam hari , ayam bakar , ikan bakar dan sotong , ada makanan2 lain  , tiba2 rasa lapar balik ..
 Aktiviti berkaraoke , dan surprise birthday buat uzu yang menyambut hari lahir malam tu dan buat faizal dan ajeeb , happy belated birthday , yang mengejutkan kitorang malam tu abg Ben Ashaari berkaroke perghhhh first time dengar aben nyanyi dan joget sekali .. haha memang gelak sampai nak terkucil , apa-apapun tq semua yang sgt menghiburkan




Hati berbicara  : Alhamdulillah , tq so much buat Ben Ashaari yang mengaturkan semua ni dan terima kasih buat pihak AgroFarmStay Melaka , kerana sudi menerima kami semua di sini , dan layanan terbaik buat kami semua , inshaaAllah ada masa datang lagi.




7 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Seronoknyerrr ramai2 ke sana ..best kan ?? Tuu yang duk nyanyi muka camtu tu saper tuuu ??? Syiokk bebenorr gamaknya dapoat mic ..hehehe ..takpe la bagi jer la bagi dia nyanyi puas2,..

    BalasPadam
  2. wah seronoknya, untunglah...kita kena tinggal..ha ha ha...

    BalasPadam
  3. mmg untung ler dapat tgk ben nyanyi live tue.
    hahaha..
    bper tahun pulak nk tgk dia cmtu.

    BalasPadam
  4. Seronoknyaaaa. Teringin nak join kelab nie.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama