Celebriti Secret | Spa Best dan Murah di Shah Alam

Assalamualaikum , 

Facial Whitening Coklat di Celebrity Secret Spa Murah Shah  Alam | holla semua ! Hari ni daku nak share satu spa best yang murah amat di Shah Alam , nama spa ni Celebrity Secret .. jadi  rupa-rupanya ni lah rahsia selebriti-selebriti semua kan , sebab tu aku keluar dari spa ni terus jadi macam artis haha ok la merepek pulak , facial ? korang pernah berfacial tak ? btw ni kali pertama aku berfacial di spa .. biasanya kat rumah je kan facial sendiri-sendiri , tapi kadang kena jugak pergi facial di spa sebab apa ? hurmm aku pergi kat Celebrity Secret ni baru aku tahu kondisi kulit aku ni macama mana .. rupanya tidak normal 


Kenapa aku kata kulit muka aku tak normal sebab aku sendiri tengok kondisi kulit aku kat sini , sebelum nak buat facial , staff bagi aku satu borang untuk isi , apa yang aku pakai , bedak sejuk ke apa ke kan tulis je , skincare , berapa banyak liter air masak ko minum , minum caffein dan sebagainya lah , lepas tu staff scan muka dengan mesin yang ada kat sana , memang banyak la spot-spot yang bermasalah , dan di beri penerangan yang terbaik oleh staff sini , so kulit muka aku sebenarnya terlalu kering , air tak cukup sebab tu muncul jeragat kat muka , huwaaaa ~ lagi pun air tak balance dengan pengambilan caffein yang aku ambil seharian .. so kena minum banyak air masak ! 

Dah setel semua penerangan , staff suggest aku untuk buat Facial Whitening Coklat , dengar je coklat terus terbayang coklat masuk mulut lepas tu rasa-rasa sikit haha , sebelum ni aku tak tahu pun coklat sebenarnya banyak kelebihan untuk kulit wajah .. then , aku di bawa ke bilik facial dan di berikan pakaian khas sewaktu brfacial , gitu ~ btw staff sini mesra alam je dan peramah , cantik pulak tu , eh ! 

Facial Whitening Coklat 
Kat bawah ni antara step-step semasa treatment facial whitening coklat , best sangat rasa bila muka di belai dengan urutan wajah , rasa nak tertidur pun ada haaa 

Coklat di muka ! first step muka di bersihkan dengan bahan-bahan yang ada di sini , lepastu di urut lembut dengan bahan coklat ni haaa , bau pun wangi , lepastu lagu pulak menenangkan 


dah setel step atas tadi , cuci balik muka .. lepastu proses steam kan wajah sekejap , steam ni untuk bukak pori-pori sebab nak keluarkan segala mak nenek white head dan black head , masa di steamkan tu panas sikit je la , panas sejuk panas sejuk gitu , then staff akan belek-belek buang segala kotoran , sakit sikit la masa buang black head ni , tak kisah la janji muka licin gebus gituu , nak cantik kan !


Dah setel buang white / black head , proses tutupkan balik pori-pori muka yang dah di buka kan tadi , hehe .. yang ni sumpah best sebab sejuk sangat .. memang syok la kalau kat rumah sendiri memang dah tido ni .. btw sambil-sambil tu staff ada buat urutan untuk mata , kepala semua bagi semua hilang lah , yang stress pun boleh jadi tenang kalau hangpa nak tau ..

dan yang terakhir , staff akan letakkan kain net di muka dan mata , dan di sapukan coklat di seluruh muka , tunggu beberapa minit , n then siap ! Facial Whitening Coklat ni ambil masa dalam 1 jam jugak la .. baru puas hati kan lama manjakan kulit .. kadang-kadang penat semua kat rumah , jaga anak tak sempat nak buat facial sendiri , korang kena datang sini  ! sebab  sangat berbaloi , lagi pun sekarang ada promosi hanya RM68 untuk sejam harga normal Rm128 tau ! so cepat2 datang sini .. mesi tertanya-tanya apa kelebihan buat rawatan coklat ni kan ?

Kelebihan Facial Whitening Coklat

  1. Melembapkan kulit dalam masa 24 jam.
  2. Kulit anda akan semakin Flawless
  3. Membuatkan wajah gebu dan glowing walaupun tanpa make up.
  4. Mengecutkan Jerawat
  5. Mengurangkan Minyak pada kulit wajah
  6. Parut akan semakin pudar
  7. Pori-pori anda akan mengecil
  8. Texture kulit akan semakin tegang
  9. Diperkaya dengan vitamin-vitamin khas untuk keremajaan kulit anda.

Lepas dah buat rawatan ni kan , korang akan rasa perubahan ketara sangat , yang pasti semua white head dan black head hilang , muka licin jeee sampaikan suami aku tegur , dah-dahla pegang muka tuh ! haha nak wat camne , rasa licin amat je lepas buat rawatan , so sangat recommended , selain tu ada banyak lagi rawatan lain yang ada di sini , antaranya 
  • 8 dalam 1 Bridal
  • Body Massage 
  • Bekam Angin
  • Eyelash Perming Lentik Bulu Mata
  • Full Body Massage 
  • Corrective Eyebag Treatment
So jangan lupa datang di Celebriti Secret ok , sementara promosi masih ada , sila lah rembat secepat mungkin sebelum sesal di kemudian hari ! Lokasi ? kalau korang pakai waze korang search je cantik persis celebriti , nanti korang akan jumpa..

INFO
Celebriti Spa Studio, Jalan Kristal K7/K

Seksyen 7, 40000, Shah Alam,

Selangor.







3 Ulasan

TQ FOR COMMENT

Terbaru Lebih lama