Assalamualaikum ..
Kali ni aku nak cerita tentang perkembangan berat Rayyan , dulu masa baby setiap bulan mesti berat badan dia naik 1 kg , umur 9 bulan 9kg , 10 bulan 10kg tapi lepas umur setahun lebih berat badan dia dah makin kurang maksudnya berat badan dia naik sikit-sikit je .. sekarang umur dia 2 tahun 2 bulan dengan berat 12.6kg je ..
Benda ni bukan aku je di lema , tapi sebenarnya ramai jugak ibu bapa yang lain alami masalah sama , risau anak makin membesar ni makin kurang selera makan , macam Rayyan anak aku dia kurang gemar makan nasi , kadang hanya ratah lauk je .. haihhh , orang kata biasa / normal sebab budak-budak makin lasak tapi takkan nak biar je kan ?
Aku pernah tanya di facebook , apa vitamin best untuk Rayyan sekurang-kurangnya dalam sehari tu selera la jugak dia nak makan , rupanya ramai juga sama situasi dengan aku .. hihihi stress pulak kan , memang dah lama la aku survey vitamin yang bagus untuk Rayyan , sekarang memang banyak brand-brand bagus tapi nak tahu serasi ke tak kena cuba satu-satu lah ye .. Untuk pertama kali , aku cuba Bonnisan dari Himalaya .
Bila dah nama nya survey , memang aku survey habis-habisan la testimoni parents lain yang pernah guna , so nampak semua bagi feedback positif .. Sebenarnya aku tak mengharapkan Rayyan akan makan banyak tapi sekurang-kurangnya dia akan makan dalam kuantiti yang mengenyangkan , semua zat dia dapat dengan cukup .. Bab buah takde hal , sebab Rayyan memang suka makan buah-buahan
Okey berbalik pada Bonissan , aku dah cuba untuk Rayyan seminggu .. Dalam masa seminggu ni tak nampak perubahan yang ketara sangat tapi ada ketika memang dia makan macam dah lama tak makan (nak kata kebulur kan macam kejam haha )
Biasa aku akan tanya dia:
''Rayyan nak nasik ke nak susu ?'' , dulu jawapan dia ''nak susu'' tapi lepas amalkan Bonnisan ni '' dia nak nasi '' beberapa kali jugak dia tolak susu sebab dah kenyang mungkin .. Best kan bila tengok anak makan dari kebiasaan , takdela Umi risau sangat .. walaupun masih lagi belum ketara tapi perubahan tu ada , mungkin dalam beberapa bulan selera dia akan lagi meningkat sebab lain budak lain perubahannya kan ..
Khasiat Bonnisan Himalaya
💜 Berguna untuk rawatan gangguan gastrousus usus kanak-kanak seperti sakit perut kolik , diarhoea , kurang minat dalam makanan dan kembung perut
💜 Melegakan kejang otot di sebabkan sakit kolik dan memerangi jangkitan kronik
💜 Meningkatkan penghadaman dan metabolisme kanak-kanak
💜 Meransang selera makan
💜 Bahan kandungan yang selamat dan halal
Cara Penggunaan Bonnisan Himalaya :
Take Note :
Anak umur 1 tahun : 2 sudu teh
Anak umur 2 tahun : 2 - 3 sudu teh
(untuk 3-4 kali sehari selepas makan)
*Goncang dulu sebelum minum , simpan di tempat kering .. tak perlu letak dalam peti sejuk*
Rayyan boleh telan tak Bonissan ni ? Rayyan ni sejenis makhluk yang suka sangat minum ubat so far tiada masalah sebab ubat kan rasa manis-manis , tapi Bonnisan ni rasa dia manis-manis dan ada rasa mint / berangin , nasib baik dia boleh terima dengan rasa Bonnisan ni .. aku pun rasa jugak sebelum bagi kat anak , sedap la jugak hehehe by the way orang dewasa pun boleh minum ..
Bahan kandungan Bonnisan ni korang boleh tengok dalam gambar atas , semua bahan kandungan selamat untuk anak-anak kecik
Baru amalkan seminggu dah boleh nampak kesan , so aku akan tetap amalkan hingga Rayyan betul-betul berselera , hehe bagi korang yang tengah confuse gila nak pilih yang mana , aku syorkan cuba Bonnisan Himalaya .. Yeah kita sebagai mak pak always nak berikan yang terbaik untuk anak kan so ini pilihan terbaik untuk Rayyan , mana tahu bila korang cuba itu juga yang terbaik untuk anak-anak korang hehe
Mana nak dapatkan produk Bonnisan Himalaya ni ?
Korang boleh dapatkan di farmasi dan juga butik Himalaya yang terdekat , atau boleh juga beli secara online di instagram dan facebook Himalaya Healthcare okay .
More Info :
Instagram : https://www.instagram.com/himalayamalaysia/
Facebook Page : https://www.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia/
Syukur alhamdulilah...kalau tak rayyan nak mkn lauk je kan...haa dh amal bonnisan nak dia mkn semula yeyyy semoga membesar dgn baik2 ye rayyan hensem!
BalasPadamAllhamdulillah... menariknya himalaya ni... bgs tuk anak kurang makan ni... nice sharing
BalasPadamMarilah kita sama2 gemukkan anak kita hahah
BalasPadamWahhh makin berselera dia makan, bagus bonnisan ni.
BalasPadammoga rayyan bselera makan selalu.alhamdulillah,lega tengok anak anak dah bselera macam ni kan.
BalasPadamboleh bagi kt little boy try ni . dia ni bukan main susah nak makan..
BalasPadamBagusnya..pasni dah tak pening dah pale nak pujuk rayyan makan..
BalasPadamramai duk share kata produk ni bagus boleh rekemen dekat sesiapa ni
BalasPadamNampaknya bagys jugak produk ni blh rokemen utk cucu kak
BalasPadamJenama Himalaya ni mmg dipercayai antara suplimen yg terbaik. Mmg bagus ada Bonnisan Himalaya ni utk meransang kanak-kanak agar berselera nak makan.
BalasPadamKalau saya tahu ada produk ini semasa anak saya kecil, tak payah pening kepala dan bimbang. Produk Himalaya baik.
BalasPadamNampak macam effective sangat untuk Rayyan. Berselera dah. Harap ni akan nerterusan dan dia akan tambah berat.
BalasPadambagus anak bujang sorg ni pandai makan vitamin
BalasPadamThose seems very good and I can have this for my friend's son who anyways don't want to eat. How this could help him in his appetite. - Rach
BalasPadamnak kena beli satu la utk anak yg no 3 tu usinya 2thn 6bulan
BalasPadamok, bagus tips ni. nanti nak try carik untuk anak-anak :) tq ya!
BalasPadamHimalaya have food supplement for kids? Oh I thought they are inly for beauty :) This is awesome!
BalasPadamDo they have food supplements for adults?
Himalaya have food supplement for kids? Oh I thought they are inly for beauty :) This is awesome!
BalasPadamDo they have food supplements for adults?
I never know they have this as well! Looks like an interesting product to try!
BalasPadamwoah this supplements seems good! I gonna recommend this to my cousin sis.
BalasPadamDah cuba dekat anak juga..memag berkesan..laju je fariza naknasi
BalasPadam