Dunia Tidak Adil !!

Assalamualaikum....
"kadang2 dunia ni memang tidak adil bukan ?''

betulkah dunia ini tidak adil ? ataupun aku seorang je merasakan ketidak adilan dunia sedang berlaku ? atau korang pun merasakan hal yang sama ... huhu terkadang benda ni masuk dalam akal fikiran untuk difikirkan tapi maybe aku hanya mampu memikirkan tanpa mampu merungkaikan .. kenapa tiba2 'adil atau tidak adil' datang mengetuk pintu hati .. adakah aku sememangnya berada dalam ketidakadilan dunia! what the!

sebab terkadang sering melihat benda2 yang tidak adil berlaku depan mata .. dimatakah letaknya keadilan seorang isteri yang baik yang sering dizalimi oleh suami yang tidak pandai menghargai ! dimana letaknya keadilan bagi kanak2 yang tidak bersalah menjadi mangsa ! dimanakah letaknya keadilan orang yang sering di permainkan hatinya masih belum berjumpa dengan kebahagiaan .. sedangkan orang yang sering menyakiti hati orang lain mudah mendapat bahagia ! sedangkan orang yang kaya raya sering berada di atas .. sedangkan mereka yang jahat sering terlepas dari hukuman ~ hukuman dunia ! ceh ~ hurmmm atau pun semua ni adalah ujian untuk dihadapi .. ujian dari Yang MAha Esa untuk menguatkan lagi ketabahan hambaNYA .. tapi bagaimana orang yang tidak mampu menghadapi ujian itu ... wallahualam...

hati berbicara :
tapi yang pasti dunia penuh dengan tipu muslihat .. memang sentiasa berada dalam ketiadilan dunia .. yang pasti akhirat itu adalah alam yang penuh dengan keadilan .. ditimbang , di kati dari setiap sudut dosa dan pahala.. adil sehingga manusia dalam ketakutan .. adakah aku takut dengan keadilan akhirat ? ataupun aku masih ingin hidup dalam ketidak adilan dunia ? yup aku pun dalam ketakutan .. tapi semua pasti meghadapinya .. tiada lagi tipu muslihat .. yang berpihak pada kebaikan pasti berada dalam kebenaran ..sedangkan yang berpihak pada kejahatan ~ hurmmmmm
tapi dunia tidak bersalah ... 

79 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. hurm imam syafie pernah cakap dalam syair die..
    dunis sering disalahkan oleh penduduknya..sedangkan yang bersalah mereka yang dkurniakan akal..

    BalasPadam
  2. kita mungkin merasakan mereka lebih beruntung dr kita tp kita tak tahu sbb bukan bahu kita yg memikul...
    mungkin kita yg lebih beruntung dr mereka...

    apa yg penting sentiasa bersyukur...

    BalasPadam
  3. whts goes around

    comes

    around.


    fair.

    right?

    BalasPadam
  4. budak comel pertama: ye.betul.kdg2 rasa x adil sgt2. tp kita pun kene ingat. setiap ketidakadilan tu,terselit kebahagian dalamnya di kemudian hari.tapi nak muncul kebahagian tue yang boleh buat sakit jiwa menunggu.

    BalasPadam
  5. duni ni adil dengan cara tersendiri.. kita tak dapat fikir pun adil tu macam man.. sebab semua kerja allah...=)

    BalasPadam
  6. wa'alaikummussalam..

    keluasan adil di dunia tu, hanya DIA Maha Mengetahui ;)

    kita sebagai manusia yang dinilai oleh-Nya dari pelbagai sandaran-Nya cuma perlu tumpukan aspek2 penting yang perlu kita muslim, lakukan =)

    betu. tu..
    tapi yang merisaukan kita, bila lepas amalan ditimbang..berapa ramai yang akan menuntut kembali..
    moga kita yang masih hidup ni, cepat2 bertindak selesaikan semua masalah2 yang kita dah lakukan. secara sedar atau tak..

    BalasPadam
  7. kadang2 ada jugak rasa dunia ni x adil.. hurmmm. ape2 pun terpaksa lalui dgn tabah.. bak kata kump dewa, hadapi dgn senyuman.. :)

    BalasPadam
  8. dunia tak salah yang salah manusia yang emncorakanya..betui tak qaseh...

    BalasPadam
  9. setiap yang berlaku ada hikmah..Err, ada kena-mengena ke ?

    BalasPadam
  10. kadang2 pon kita rasa macam tu juga..tapi hidup mesti diteruskan..!! hehe

    BalasPadam
  11. salam,
    bagi saya..there are always two side of the coin..segala yg berlaku adalah pilihan kita. isteri dizalimi oleh suami yg dia pilih untuk kahwini sendiri.. atas pilihan sendiri..kalau pun mak bapak yg pilih..tuan punya badan yg memilih untuk dengar cakap mak bapak dia.we always have a choice. sebab tu kita digalakkan sembahyang istikharah sebelum berkahwin.

    Allah Maha mengetahui. DIA memberikan ujian kepada sesiapa yg dikehendaki. Saya pernah dengar kata2 ini "Allah menguji seseorang kerana DIA mengetahui yg hambanya itu akan dapat melalui segala ujiannya"

    Allah sentiasa mempunyai perancangan yang lebih baik buat hambanya..Insya allah..jadilah insan yang sentiasa bersangka baik pada Tuhanmu.

    BalasPadam
  12. entry slalu tangkap leleh taw...... sob sob

    BalasPadam
  13. kita adalah perantau di dunia yang sementara ni

    BalasPadam
  14. kadang2 terfikir gak yang dunia ni tak adil...http://ceritacintayna.blogspot.com/2011/05/amalkan-10b.html

    BalasPadam
  15. qaseh, bukan dunia yang tidak adil. itulah pemikiran yang salah yang sering kali kita buat, tiap kali berlaku ketidakadilan dunia juga disalahkan. Walhal manusia yang sebaliknya membuat ketidakadilan. manusia juga yang sering tidak berlaku adil kepada dunia.

    BalasPadam
  16. baru perasan...header baru ke?...comel la plak...weeee....

    BalasPadam
  17. kenapa entry qaseh salu je menyentug jiwe rage i . hehehehe

    BalasPadam
  18. Hidup ini sgt adil, kerana diciptakan oleh Tuhan Yang Maha Adil. Sedangkan dunia tidak adil, kerana di dlm dunia bukan cuma Tuhan yang berperanan tapi juga manusia. Ada manusia yg mengikut nafsu utk melakukan kemungkaran di atas dunia ini...

    BalasPadam
  19. betul. banyak sangat tipu muslihat skrg. kite kene dalami nbetol betol :)

    BalasPadam
  20. betul tu..dunia bumi tak bersalah..malah makin dianiayai oleh penghuninya...bila bumi makin tua, macam2 penghuni merosakan bumi...sehinggakan bumi nie dah jadi terlalu rapuh, dan tak mmpu bertahan lagi...
    akhirat adala dunia kekal selamanya~
    kiamat adalah pasti~
    mati itu juga pasti...
    kita sbg hamba Allah..
    bersiap sedialah =)

    http://aindzaya.blogspot.com/2011/05/pelangi.html

    BalasPadam
  21. dunia mmg penuh dgn ketidakadilan...
    yg lemah akan sentiase tertidas... huhu

    BalasPadam
  22. jgn salahkan takdir..=)

    kita muhasabah diri kita..dan teruskan berdoa...=)

    nyanyi lagu dunia belum berakhir ramai2..=)

    BalasPadam
  23. dunia penuh dgn ketidakadilan,muslihat,kebencian.tp ingatlah Allah sentiasa berlaku adil terhadap kita.ujian demi ujian Allah beri untuk meningkatkan tahap keimanan kita.

    BalasPadam
  24. pernah2.. sy pernah rs mcm tak adil jugak.. tp tade la layan sgt rasa tu sbb nti jadi kufur..

    BalasPadam
  25. inshaAllah ade hikmah di sebalik semua yg berlaku.

    Allah tak uji jika seseorang itu tk mampu.

    smile :)

    BalasPadam
  26. Adil kah kita dengan diri kita sendiri?

    BalasPadam
  27. Bukan dunia yang tidak adil. Cuma manusia yang semakin lupa diri, dan menjadi tidak adil pada diri dan orang lain.

    BalasPadam
  28. dunia adalah adil..bila kita kata dunia tidak adil.. macam kita mengatakan bahawa Allah juga tidak adil..

    Allah lakukan sebegitu adalah untuk menguji keimanan seorang hambaNya.. segala dugaan yang diberikan.. akan ada mentari yang menyinar di kemudian hari

    BalasPadam
  29. ADELIA...MEMANG BEGITU ADAT DUNIA...TIADA YG SEMPURNA...SBB ITULAH ADANYA HARI AKHIRAT DIMANA SEGALA PERLAKUAN BAIK @ BURUK SEMASA DI DUNIA AKAN DIADILI OLEH YG MAHA ADIL IAITU ALLAH TAALA...KETIKA ITU SEGALA KEBAIKAN @ KEJAHATAN YG SEBESAR ZARAH PUN AKAN DAPAT BALASANNYA...

    BalasPadam
  30. tu la kan Qaseh..dunia akhir zaman keadilan makin berkurangan..yg nampak adalah wang ringgit diutamakan..itulah dunia..

    BalasPadam
  31. senantiasa ada keadilan untuk cinta dan peperangan...

    BalasPadam
  32. manusia kadang lupa..diorg yg zalim ngan khidupan sdiri n mula nk cakap dunia ni x adil..huhu

    BalasPadam
  33. dunia....mane adilnye...entahla!

    BalasPadam
  34. dunia tempat perjudian terbaik..jik adil susah nak berjudi

    BalasPadam
  35. biarkan org2 yg tidak adil itu asalkan kita adil dengan org..yg penting berapa byk amal yg boleh kita bawa ke sana..Di sana baru dapat di adili dengan seadilnya.

    BalasPadam
  36. ketidak adilan berlaku di mana mana.. obak jahat!!! hahaha

    BalasPadam
  37. betol qaseh akak sangat prihatin dik dengan mereka yang selalu teraniaya dan tidak mendapat pembelaan... manusia semakin kejam dan tak berhati perut.. Dunia akhir zaman yang mana kita hidup yang dahulu aman damai semakin berpecah belah...

    BalasPadam
  38. jiji -
    qaseh tak salahkan dunia .. emm ye lah kdg2 kita salahkan kpd benda yang kita duduki ..huhu

    BalasPadam
  39. sis izan -
    qaseh bersyukur dengan apa yg qaseh ada

    BalasPadam
  40. cik aletheea :
    tapi ada yang masih belum dapat kbhgiaan ..maybe di alam sama kot

    BalasPadam
  41. amni -
    qaseh tahu semua kerja Allah tapi kenapa manusia sering mengikut hati membelakangkan batas agama

    BalasPadam
  42. fadhli -
    emm entahlah .. qaseh letih nak fikir..insyaAllah fadhli

    BalasPadam
  43. ejulz -
    mulut boleh kata hadapi dengan senyuman ..bibir pun boleh menguntuk senyuman tapi hati ..

    BalasPadam
  44. sis MYA -
    betul sis .. qaseh setuju

    BalasPadam
  45. muhammad hanif -
    yup qaseh tahu .. tq awak

    BalasPadam
  46. bantalbucuk -
    hehe hidup mesti diteruskan :)

    BalasPadam
  47. rai -
    bukan maksud qaseh bersangka buruk pada Allah .. tapi manusia ada jugak yg sering buat ketidakadilan tu ..

    BalasPadam
  48. lost kitty -
    ye awak .. kita sentiasa dalam perantauan

    BalasPadam
  49. yna -
    :) bukan qaseh seorg lah ye

    BalasPadam
  50. cacing -
    qaseh dah tulis kat paling bawah dunia tidak bersalah hehe ,,yup bukan dunia yang tidak adil

    BalasPadam
  51. myra -
    sebab kita sama sensitif kot haha

    BalasPadam
  52. prince -
    qaseh setuju .. tq menyedarkan qaseh

    BalasPadam
  53. shiema -
    dan jgn pulak kita termasuk dlm tipu muslihat dunia

    BalasPadam
  54. ain -
    yup dear .. akhirat tu pasti :)

    BalasPadam
  55. shamsudin -
    yg kuat sentiasa menindas yg lemah

    BalasPadam
  56. ujang -
    qaseh tak salahkan takdir .. cuma berfikir sekejap hihi.. insyaAllah doa xkan pernah putus

    BalasPadam
  57. sis Lm -
    qaseh yakin Allah itu adil !

    BalasPadam
  58. si daun ceri -
    xlayan sgt jugak ..cuma terlintas di benak fikiran

    BalasPadam
  59. balqis -
    qaseh suka nama balqis ..
    ok dear ... tq

    BalasPadam
  60. paklan -
    soalan yg tajam ! entah lah pak lan huhu

    BalasPadam
  61. atiq -
    hurm Allah tu adil sejak azali lagi ..manusia yg tak pernah adil pd duniawi .. sebab tiada kuasa yg terhebat di dunia ni dpt menghalang spt magix.. yup tq sis

    BalasPadam
  62. ayie -
    fisrt time org panggil qaseh dgn nama adelia hehe.. tq yup dunia lawannya akhirat :) tq

    BalasPadam
  63. bro ghost writer -
    ye ke ade keadilan utk cinta huhuk .. maybe lah kot

    BalasPadam
  64. azi nur -
    ada yang adil diletak pada bukan tempatnya

    BalasPadam
  65. brutal solo -
    yang kecundang dalam perjudian jd mangsa even org tak bersalah

    BalasPadam
  66. d_la -
    insyaAllah akan adil pd sume org

    BalasPadam
  67. sis ieb -
    kita dah nak masuk peghujungnya ke ?

    BalasPadam
  68. Syukur Alhamdulillah, sepanjang saya hidup, sya xpernah kata dunia xdak adil..

    Yang ada dlm fkiran sya, mcm mna nak hadapi permasalahan (ujian) itu, dan kepadaNya kita berserah..

    Frasa dunia xdak adil ni berbahaya sebenarnya, kerna tampak kita menyalahkan takdir Allah yang diturunkan kepada orang trsebut atau kita sndri..

    benarlah kata komen yg 1st sekali, "dunia sering disalahkan oleh penduduknya..sedangkan yang bersalah mereka yang dkurniakan akal.." ^_^

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama