''sekiranya salah seorang dari kamu membawa tali lalu pergi ke bukit untuk mencari kayu , kemudian dia memikul kayu tersebut ke pasar untuk menjualnya demi menjaga kehormatannya , nescaya yg demikian itu adalah lebih baik dari meminta - minta kepada orang lain , baik di beri mahupun di tolak -HR bukhari ''
aku manusia biasa yang kadang lelah dengan hidup sendiri .. bila melihat orang di sekeliling terasa sangat kerdil tapi cuba untuk menahan segala rasa kerana di setiap sisi masih ada yang sudi memberi semangat , terima kasih terima diri ini seadanya .. ada saat aku sering mengeluh , ada saat2 aku cuba untuk bangun memandang sekeliling dengan penuh harapan ..
tapi aku pasti bukan aku seorang yang sedang merasainya peritnya , sedangkan ramai di luar sana lebih perit untuk mendapat kan sesuap nasi .. yaAllah adakah aku tidak bersyukur dengan rezekiMu ? yaAllah maafkan hambaMu ini .. aku bersyukur dengan segala rezeki yang Engkau berikan cuma terkadang diri ini seakan lelah di sebuah persimpangan yang perjalanan nya seakan2 tiada penghujung ...
saat ini sedang bermuhasabah diri untuk terima segala-galanya dengan redha , alhamdulillah ketenangan dapt ku raih kembali .. hanya fikirkan keberkatan itu mengiringi walaupun sedikit , itu sudah cukup dari peroleh gaji hasil yang tidak halal ... tanya lah diri sendiri sejauh mana kita bersyukur dengan anugerah ILAHI dalam mencari rezeki ................adakah rezeki kita itu masih ada keberkatan dari NYA ???
Apabila Allah S.W.T cepat memakbulkan doamu , maka Dia menyayangimu ..
Apabila Dia lambat memakbulkan doamu , maka Dia ingin mengujimu ...
Apabila Dia tidak memakbulkan doamu , maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik buat mu .. buat hamba2Nya ...
Tags:
Luahan hati
biar rezeki sedikit, asalkan dari usaha sendiri dan berkat.
BalasPadamkadang2 rase rendah diri bila tgok kawan2 dah ada macam2..rasa macam tak guna. tapi, bila difikirkan semula, kite pon ade kelebihan tersendiri yang Allah bagi. bersyukurlah. nice entry btw :)
BalasPadamjangan mengeluh sayang... masih ada lagi yang hidupnya lebih perit dari kita..
BalasPadamistiqamah dalam berdoa :)
BalasPadamJgncepat mgeluh ok kita sama2 lalui pjalanan yg perit ini.
BalasPadam