Assalamualaikum
Bila kita tak ingin seseorang muncul dalam hidup kita , seluas lautan dah kita cuba mengelak , seribu jalan untuk elak bertembung , apa ini yang dipanggil jodoh ? jodoh yang sementara mungkin .. mengapa hati kian merindu pada kasih yang dipanggil sayang .. sedangkan esok hari sayang tu tiba-tiba bertukar benci .. jangan terlalu harap dan berpegang pada apa yang naluri kita rasa kerana esoknya bukan kita yang pegang ~
andai suatu hari ada yang bertanya jawablah jodoh kita tiada tanpa ada sengketa
kadang-kadang perjalanan ni mengasyikkan hingga terlupa dalam asyik dan keyakinan ada suatu ketika yang akan membuat kita rebah ,hancur dan relai ..jodoh~ di tangan Dia bukan , apa yang kita ingin sampaikan kadang-kadang tidak kesampaian , tapi apa yang tak ingin kita sampaikan tiba-tiba ia trjadi , aneh .. seminit diperlukan sesaat ditinggalka .. apa benar naluri kita yang kita kata itu jodoh , yang sentiasa kita kata aku dan dia serasi , aku dan dia sama segalanya , aku dan dia hingga hujung nyawa bernoktahkan hanya kata-kata ~ benar ?
kita lupa sebenarnya dalam ikatan mahupun perhubungan , antara dua hati yang saling memiliki pasti ada satu ruang yang tak dapat kita kongsi dengan dia , ada satu ruang yang takkan mampu dimiliki , tidak selalu tapi pasti ada .. diri kau sendiri pun tidak kau kenali , apatah lagi org lain yang boleh bertopengkan kegembiraan di sebalik kesedihan ~ ada suatu waktu kesedihan tu kita pendam seorang diri walaupun ada pendamping setia ... tak mampu nak luahkan ~ tersorok jauh di dasar hati , dalam ~ terlalu dalam ...
hati berbicara:
berserah pada yang SATU sayang ~agar nanti kita tak jatuh tersungkur, masih ada penawar yang mengubati dikala sesak menghidu oksigen
-dari pengalaman org lain bukan qaseh ye-
cinta, sayang dan beci datang dari hati, sedangkan hati manusia itu rapuh..
BalasPadam