SUNGAI MERBOK KEDAH dijadikan destinasi pelancongan eko kerana mempunyai unsur sejarah ,kaya khazanah alam semula jadi
Haaa entry lepas dah ke jeti semeling[klik] untuk menaiki bot ke tanjung dawai , pengalaman kali ni so adventure sikit lah kiranya sebab cuaca tak menentu , kami melayari SUNGAI MERBOK dengan hujan yang lebat , phewww aku duduk je ,kadang-kadang je bangun sebab takut , dah la tak pandai berenang dan tak kawen lagi oiiiii , haha apa yang menarik di sini ye ?
Merbok sebenarnya nama seekor burung, betapa kuat nya pengaruh nama burung merbok ni , maka ada beberapa tempat spt PEKAN MERBOK dan sebuah kilang yg brnama MERBOK ,SUNGAI MERBOK ini mengalir ke muara dan bertemu dengan TANJUNG DAWAI yg prnah trlakar sejarah, kalau rajin menyingkap sejarah di sepanjang tebing sungai itu adalah tempat bersemayam SULTAN KEDAH abad ke 19 , haaa byk btul sejarah nya ya, rajin2 membaca
sepanjang SG MERBOK ni terdapat paya-paya bakau yang tertua , dan jika berpeluang korang boleh tengok udang-udang melompat dengan girangnya sepanjang menyelusuri sungai ini , then jika menyusuri di awal pagi , boleh lihat burung-burung bangau terbang scra brkumpulan dan juga burung helang meninjau mencari ikan utk di jadikan mangsa ..tidak jauh dari situ juga ada tempat ternakan ikan , kena datang dulu then dapat melihat semua keindahan alam =)dan lagi satu aktiviti kayak juga diadakan disini ..
paya bakau yg tertua , penerangan oleh encik goki
kami diiringi dan segala penerangan ttg SG MERBOK oleh encik goki yang hensem ni haaa
cantik kan , suasana kat sini ..
hujan yang lebat menyebabkan kitorang trpaksa brpatah balik dan tak sempat ke TANJUNG DAWAI , tp pengalaman tu sangat best !
kat sini juga pelbagai spesies ada , lebih drpd 60 spesies tumbuhan dan menjadi habitat haiwan reptilia ..trmasuk ketam , udang kara dan lain-lain lagi ~
fakta tentang SG MERBOK
- akan dinaiktarafkan menjadikan SG MERBOK sebagai destinasi eko pelancongan
- pernah di gunakan pedagang dr CHINA,INDIA dan ARAB berdagang ke KEDAH
- antara pusat pemuliharaan terpenting yang dikendalikan oleh Jabatan Perhutanan
yang pasti pengalaman menyusuri SUNGAI MERBOK memang pengalaman yang sangat menarik , disebabkan hujan qaseh tak dapat nak snap-snap banyak gambar .. hope banyak lagi aktiviti-aktiviti yang boleh diadakan disini .. apapun terbaik ,
next qaseh nak cerita tentang CHALET TERAPUNG , hingga terasa terapung-apung di awangan gituu .. bye =)
Bestnyaaa..bila lah dpt bercuti2 Malaysia ni.. huhu
BalasPadamqaseh en goki bukan dr matic lah
BalasPadampernah lalu je masa nk ke merbok..
BalasPadamCantiknya pemandangan paya bakau kat sini - hijauuuu. Salam kenal Qaseh.
BalasPadammacam best je.... xajak pun :(
BalasPadambest bestttnyaaaa....
BalasPadam