Assalamualaikum u ols
Akhirnya dapat jugak qaseh update tentang percutian kali ini , GOLD COAST australia MORIB , first bagitahu kakak nak prgi brcuti 3 hari 2 malam , lepas tu dia jawab australia ke weh ! haaa macam la adikmu ni banyak sgt duit nak pegi sana , kah kah gelakkan diri sendiri ..tak tahu la motif menyindir ke apa ahaks yang penting daku nak main air dan menyelam sambil minum air hingga kenyangg ~ blurb blurb , al kisahnya , ni semua angkara abg lan duk wasap-wasap dalam group katanya STREETDEAL[klik] tgh promosikan kupon ! hah apa lagi dengan mata yg terbuntang terus tgk web dia , hanya RM168 dari harga RM584 utk dua org pd hari biasa ~ perghh terus rancang dengan mata yg masih terbuntang bersama 3 blogger cun , kaksue , mieyza dan yanty ..
terbalik bijik mata pusing2 360 darjah tengok gambar ni , bila dah terjun lagi biol dah jadinya qaseh ni , terbaik !! yg gelongsor ada payung tu kami tak dpt naik sebab tak pakai swim suit .. yg lain ok je , main smpai lebam
Oh ye , bila beli pakej RM168 ni kami dapat breakfast free dan water theme park ni pun free , jom tengok bilik depa pulak ,boleh berjakuzi u olss gitu , syok berendam mcm badak ! so kami berempat , dapat la dua bilik , qaseh tido dengan kaksue , yanty pulak dengan mieyza .. erm waktu ni memang kurang sihat badan sebab demam , tapi jakuzi dan berenang tetap jalan !
bilik ni sangat sesuai bagi suami isteri sebab pintu ni boleh bukak dan bilik air kaca , hari tu nak mandi pun tak berapa selamat , rasa berdebar - debar je bila kak sue main acah-acah nak buka pintu ! grrr ~ tak rela u ! lepastu masa kaksue nak mandi qaseh pulak acah2 buka pintu , kah kah ! rasakan ~ suwit boleh main kuci-kuci ahhh
then kami pun bersiap bertukar menjadi memerang , nak bagitahu satu rahsia bahawasanya qaseh tak pandai berenang , tapi bila masuk kolam kat Gold Coast Morib tetiba qaseh pandai berenang , baik korang datang sini ,haa its miracle ,cewahh sebenarnya di ajar oleh cikgu sueizza dan yanty .. kih kih
padan muka kat kanak-kanak belakang kena beratur , sila hormat orang yg lebih dewasa ye ..
padan muka lagi kat kanak-kanak yang tak boleh main masa ni , ahaks ! ni namanya kakak-kakak terencat air tambah jakun ~ sabo je la
Bagi qaseh tempat ni memang best , suasana meriah , yang jaga Taman Tema pun peramah , ehem-ehem nak ngorat mieza lettew ,dan dekat sangat dengan PANTAI MORIB , suka lepak kat pantai tu rasa tenang je , rasa angin menderu , rasa air yang beralun lembut .. wahh rindunyaaa , then kami pun lepak la dekat PANTAI MORIB , selfie , berangan , gelak ketawa dengan diorang ni memang qaseh akan ingat smpai bila-bila.. hilang stress dan segala masalah ..
manis senyum kaksue ,ibarat model COLGATE ,sebab tu abg eddy syg ! opsss ~
mieyza yang suka golek-golek tepi kolam hinggakan makcik kat situ terkejut terus reject jadi menantu pilihan ! kah kah , mek serba serbi ..
yanty - model majalah remaja tahun 2007 , tengok gaya pose pun da mcm model ahaks !
qaseh bakal model majalah remaja tahun 2020 , tunggu ! harap masih belum kerepot .. sign kontrak dah ..
suasana di tepi PANTAI MORIB , tunggu sunset kat sini tapi tak nampak sangat , kami lepak smpai senja then siap-siap , malam tu keluar makan ikan bakar dan kerang kat DATARAN MORIB , yummi then balik berjakuzi 4 orang sekali dalam tu sampai pukul 2 pagi , haha borak-borak sampai kecut ! dan tido menanti hari esok yang masih ada ..
PANTAI MORIB
pagi-pagi kami keluar , kononnya nak tengok SUNRISE tapi RISE je mampu , keluar cari makan kat Dataran Morib again , lepak santai kat sini , ber photoshoot ala-ala model kak limah balik kg , makan aiskrim tapi xde rezeki kami bila ada kera datang , sumpah sangat takut jika beliau-beliau menggigit kami yang ayu berdress bagai .. agak-agak kalau qaseh kejar kera tu , kera tu akan kejar qaseh balik tak , then qaseh kejar balik smpai koma , huwaaa tapi xpelah takde rezeki , ambil la aiskrim tuh ! puas hati kau wahai kera !!kah kah peseng tak boleh trima hakikat ..then kami lepak kat surau menuju ke PANTAI KELANANG ..
PANTAI KELANANG
Subhanallah sunset yang sangat indah kat sini , alhamdulillah hujan rintik-rintik je , memang berharap sangat nak tengok sunset , sebab kat PANTAI MORIB tak berapa nampak ,perghh syukur dapat jugak melihat ciptaan indah Tuhan ..
Hati Berbicara :
Alhamdulillah 3 hari dua malam yang tidak cukup buat kami , tapi dah mencipta memori yang indah di sini , in shaa Allah ada masa , umur panjang kita bertemu lagi , bertemu di persimpangan senja yang indah .. tq atas rancangan kalian dengan izinNYA , nanti nak bercuti ajak la lagi , ahaks !!
tq guys for everything , tq kaksue buatkan air milo panas yang penuh dengan kasih sayang buat budak demam ni .. ahaks .. syg semua muah muah leb leb skit . tq jugak kat KERA sebab rampas aiskrim dari kami , harap KERA baca , kah kah .. bye u ols ~
jangan lupa datang sini yawwwww !!!
Kehkehkeh... kan dh ckp situ mmg best... klau x tak mungkin ben repeat 2 kali g situ... hehee
BalasPadamwauu macam best ja. boleh ajak hubby pegi sini nanti.. next trip..hihi
BalasPadamKera oh kera , aiskrim oh aiskrim , memori dan kenangan terciptalah antara kita di Morib. In sha Allah kita bercuti lagi.
BalasPadamSeronok ! :D
BalasPadamBukan nak ajak ena.. kihkihkih.. bestnyaaa tengok korang bersuka ria, tengok gambar gambar pun dah buat ena meronta ronta nak pergi!gambar puan meow pun ada..
BalasPadamhuyoooooooooo seluaq baru
BalasPadamselamat bercuti :)
BalasPadamcantik nyer gambar!
BalasPadamdendam tul ngan kera tu,tak sempat nak nikmati eskrem...mencik...huhuuu berdebar giler wehhhh...huwaaa...
BalasPadambestnya.. hope dapat terjah bercuti kat sana jugak. ada groupon..boleh pergi laa sebab murah sikit.hehe
BalasPadamarghhh..rinduuuunyee
BalasPadamSALAM DAHLIA.. cambest je..ingat nak suggest bos bawak kami ni geng2 office g bercuti analah pulak.. tq nice sharing
BalasPadamjom jenjalan blog kay
www.efkayvitashoppe.blogspot.com
baru nak pegi minggu ni.. xsabar nya
BalasPadamHi saya nak p minggu depan
BalasPadamTak sabarnya
Jom la follow saya
Lalabiestory.blogspot.com
cantiknya lahai. yang pondok tu apa? chalet ye?
BalasPadamahahahha i pun takut dengan kera/ monyet seangkatan dengannya. kalau dia curi makanan (dorang pantang dgr bunyik plastic) , I pasrah je lah. tapi I paling takut dorang curik handbag -_- yang tu boleh buat gaduh