Bismillahhirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
KELAS RAKYAT AT-TAQWA PUTRAPERDANA PUCHONG | PROJEK IQRA'
Kali ni qaseh nak kongsikan sedikit sebanyak tentang projek iqra , sebelum ni qaseh ada tulis dah mengenai projek iqra ni kan , apa dia projek iqra ni haaaa , kalau nak tahu boleh lah tonton video yang qaseh share kat bawah ni , video animasi yang sangat cute , tak lama pun jap je untuk menonton hehe ,
Assalamualaikum w.b.t
KELAS RAKYAT AT-TAQWA PUTRAPERDANA PUCHONG | PROJEK IQRA'
Kali ni qaseh nak kongsikan sedikit sebanyak tentang projek iqra , sebelum ni qaseh ada tulis dah mengenai projek iqra ni kan , apa dia projek iqra ni haaaa , kalau nak tahu boleh lah tonton video yang qaseh share kat bawah ni , video animasi yang sangat cute , tak lama pun jap je untuk menonton hehe ,
Berbalik pada tajuk kat atas , haaaa pertama kali qaseh menjoinkan diri dalam KELAS RAKYAT kali ni oleh semestinya PROJEK IQRA' alhamdulillah , termabul jugak doa qaseh untuk menghadiri program kali ni , buat pengetahuan semua , qaseh ni tiada bakat pun nak mengajar anak-anak yang sangat istimewa ni , apatah lagi untuk menjadi seorang cikgu , mungkin ada yang nak join kan ? tapi tak pandai pulak nak mengajar anak-anak yang soleh dan solehah ni , jangan risau heheh sebab tak susah pun , hanya bantu anak-anak ni buat homework , ajar membaca dan mengikut pengetahuan korang je ,best sangat dapat bantu diorang semua ,
bila berada dalam lingkungan diorang , yaAllah betapa bersyukur nya qaseh sebab masih ada mak ayah yang sentiasa ada untuk membimbing , so anak-anak ni kita datang ikhlaskan diri ajar dorang untuk berjaya dunia dan akhirat , walaupun tiada ayah mahupun mak , anak-anak ni perlu kan sokongan , biar mereka tak terasa kosong , biar mereka rasa sentiasa bersemangat , biar mereka rasa lebih bahagia dan beruntung .. anggaplah mereka ni seperti adik-adik kita , anak-anak kita , darah daging kita sendiri ..
Rasulullah saw. bersabda, “Barangsiapa meletakkan tangannya di atas kepala anak yatim dengan penuh kasih sayang, maka untuk setiap helai rambut yang disentuhnya akan memperoleh satu pahala, dan barangsiapa berbuat baik terhadap anak yatim, dia akan bersamaku di Jannah seperti dua jari ini.”
kalau rasa nak join , jom lah sesama ! in shaa Allah kita bantu anak-anak yatim , kita buat mereka gembira , hati pun rasa senang dan tenang je , tengok mereka gembira pun dah rasa bahagia ..
untuk apa-apa pertanyaan atau berminat dengan semua aktiviti dari projek iqra' ni boleh lah follow page facebook projek iqra kat sini PROJEK IQRA' [klik]
alhamdulillah ..
Tags:
projekiqra