Assalamualaikum
Semalam , 1 Mac 2014 ,
Aku balik dari alamanda , dalam pukul 10 lebih tunggu bas nadi putra , dalam 11,40 pm baru dapat bas , bas N08 , mungkin pihak bas tahu la siapa yang bertugas semalam , ni memang pengalaman aku yang pertama , bagi aku seorang perempuan dan bersendirian dan penakut , tambah-tambah aku tak berapa ingat lagi jalan putrajaya ni , amat membuat kan aku takut la
Macam biasa aku naik bas , aku akan cakap , p9c1 ?? driver bas tak bagi reaksi , anggap je dia masuk jalan ke rumah aku , sebab selama ni kalau aku balik dengan bas N08 , memang driber bas akan masuk jalan p9c1 , even aku silap naik bas , ada driber bas yang sangat baik hati hantar jugak aku balik ke rumah , siap bagi nasihat , hati-hati balik rumah .. sampai macam tu sekali , dan aku sangat kagum
Tapi semalam memang agak mencabar bila semua penumpang turun tinggal aku sorang-sorang , lepas tu aku tanya p9c tak pergi ke , lepas tu dia jawab , ''awak tengok saya pergi ke'' ok aku diam , sebab dia masuk jalan ke alamanda balik , lepas tu driver bas berhenti di tepi jalan sebelum trafic light ke alamanda , lepas tu dia tido ,yaAllah aku memang cuak gila , pastu aku tanya kenapa berhenti kat sini , bukak pintu la saya nak turun , kenapa brhenti kat sini , then dia jawab ''kenapa ? sebab saya gerak pukul 12, nak turun ni ada orang nak datang ambil ke?'' aku cakap takde ! then duk situ , dia tido dan aku tunggu smpai kul 12 ,even aku sebenarnya cuak gila , takut dan tak berhenti berdoa ,bayangkan lah kau sorang perempuan ! dan ok mungkin dia akan masuk p9c1 sebab pusing alamanda sekali lagi
Bila dah gerak balik , so amik penumpang-penumpang kat alamanda , pastu hantar lah semua , kat flat hijau dan p9G , lepas tu dia tetap tak masuk p9C1 !!! gila babeng betul , sampai kat depoh p9 , eh ada orang lagi , what the &^*^(& la men !! aku cakap nape tak masuk p9c1 , dia cakap ''saya memang tak pegi '' aku tanya balik nape tak cakap awal-awal . ''dia cakap saya dah cakap kan , awak turun kat sini la , (depoh p9) AKU CAKAP , SELAMA NI AKU NAIK BAS N08 , SEMUA MASUK RUMAH SAYA JALAN P9C1 , NAPE TAK MASUK MALAM NI !! dia jawab TU ATAS DRIVER2 BAS JUGAK , SAYA MEMANG TAK PEGI
Teruk gila driver bas sorang ni , dan kenapa pulak kena tengok driber bas , sedangkan tu bas N08 yang semua masuk ke jalan p9c1 , mana doh kemanusiaan kau , sedangkan masa tu dah pukul 12 lebih hampir pukul 1 pagi ! aku terus call akak datang ambil , nasib baik ada , kalau tak ! kau takleh bayangkan ke tak boleh fikir bila sorang pompuan sorang-sorang kat tepi jalan , dengan kawasan tu sunyi dan ramai bangla !
Kiranya ni pertama kali aku jumpa driver bas teruk macam ni , sebelum ni pun even salah aku , diorang tetap hantar aku , sebab apa ? sebab dia ada sifat perikemanusiaan , sifat belas dan akal yang boleh berfikir , tapi kau memang sangat teruk ! kalau aku ni lelaki aku tak kisah , tapi aku ni perempuan kot , yaAllah , sangat mencabar !!! Aku tak salahkan semua , tapi aku jadi agak bengang jugak dgn peristiwa semalam
Pihak nadi putra , aku bukan nak memburukan servis nadi putra sebab ada yang bagus tu sangat bagus , tabik ! tapi yang teruk cenggini mohon la perbaiki , bas L02 pulak kenapa asyik nak pergi PRESINT 14 , sedangkan tu je satu-satu bas yang lalu jalan p9c1, rasanya servis nadi putra yang dulu lagi bagus dari sekarang , banyak bas dan cepat . sekarang memang lambat gila kot , tq atas kerjasama anda
Tags:
personal
saya selalu ada pengalaman buruk bila naik bas, kadang2 mmg taubat tak nak naik tp terpaksa :D
BalasPadamFuuuh, tak de ati perut betul tu..
BalasPadamAt least, gtau la awal-awal
Ada gak manusia camni.. Sabor je lah
gila betul la driver tu..kalau x masuk jalan tu gtau awal2..dah la tengah2 malam..pompuan sorang2 lak tu...mmg cuak la..sabar ye sue
BalasPadamPernah nak balik kampung pastu bas mampus tengah jalan...huhu
BalasPadamKena wat repot bertulis ni
BalasPadamBas tu apa?
BalasPadamBas tu apa?
BalasPadamahaa, sy pun ada gak pengalaman cenggini ngn nadi putra.. sangat terkilan :')
BalasPadamargh..kejam gile...
BalasPadamamik name, no bus.. antar dkt saluran sepatut nye...
ini menganiayai kaum wanita ni...
Salam. Awak, better next time ckp sy nk turun p9c1 clear2. Lau x benti jgk, report je kt syarikat dia. Balik waktu mcm tu, mmg awak kene ready la ngn ape2 kemungkinan.
BalasPadam