CRUISE BEYOND YOUR IMAGINATION | CRUISE TASIK PUTRAJAYA salah satu tempat yang menarik di Putrajaya , kalau datang Putrajaya mesti tertarik dengan tasik-tasik yang ada di sini , pernah lihat cerita TITANIC ? dan berangan jadi watak dalam cerita tu haaa apa kata mencuba pengalaman memukau dan terbaik di Putrajaya , hehe sekali sekala berangan tak salah kan , sambil melihat suasana senja yang melabuhkan tirai dengan angin tasik yang sejuk .. boleh menghilangkan stress tu , asyik kerja je kan ? lagi pun Cruise Tasik Putrajaya menyediakan pakej-pakej yang sangat menarik
Terima kasih buat Sahabat Media dan juga Tourism Malaysia sudi menjemput qaseh untuk merasai sendiri pengalaman menaiki Cruise di Tasik Putrajaya yang terletak di Jambatan Putra , Presint 1 , Putrajaya ,
Kami berpeluang merasai salah satu pakej yang menarik di antara pakej-pakej yang lain , perghhh terbaik la nak tahu tak pakej apa ? ada nyanyi-nyanyi , ada urut-urut ,ops ! pakej FOOTLOOSE & CRUISE namanya , pakej ni menyediakan hidangan buffet koktel sambil diiringi prsembahan muzik selama setengah jam , harga pulak bagaimana? oh sangat murah hanya RM150 seorg , sambil urutan spa kaki yg disediakan , dan pakej ni hanya setiap malam SABTU , minimum seramai 30 orang
''FOOTLOOSE & CRUISE''
PAKEJ-PAKEJ LAIN
DINING@DAUN
sambil menjamuu sarapan lewat pagi , makan tgahari , minum petang atau makan malam di atas bot , sememangnya korang akan trpukau dengan pemandangan indah di putrajay , biasa nya tengok dalam gambar atau dari jauh je kan , haaa kali ni naik cruise , dgn pakej ni korang boleh juga merancang kejutan utk org trsyg , pakej ni setiap hari dgn jumlah tempahan sekurang2 nya 15 orang
Harga Pakej Dine @ Daun Putrajaya
Brunch RM120 (adult) RM88 (children)
Lunch RM130 (adult) RM98 (children)
High Tea RM120 (adult) RM88 (children)
Dinner RM130 (adult) RM98 (children)
* adult +RM20 untuk hari Jumaat-Ahad/Public Holiday*
Waktu Operasi Dine @ Daun
10 pagi - 9.30 malam
MOONLIGHT CRUISE
dengan pakej ni , korang berpeluang menikmati keajaiban senibina yg di warnai dengan lampu-lampu di waktu malam , cantik kan ? pakej ni hanya setiap hari jumaat dan sabtu pd pukul 8.30 malam dan 9.30 malam sahaja.
Harga Pakej Moonlight Cruise Putrajaya
Sight Seeing Cruise Boat RM30 (adult) dan RM25 (child)
Perahu Dondang Sayang RM20 (adult) dan RM10 (child).
Waktu Operasi :
Setiap Jumaat - Sabtu
8.30 malam dan 9.30 malam
LOVE BOAT
Pakej yang di tunggu-tunggu barangkali , dah berangan ala-ala titanic haaa pakej ni la paling sesuai untuk orang-orang yang romantik macam korang , auchh sweet sangat ! kalau nak tahu Perahu Dondang Sayang pilihan terbaik untuk meraikan suasana romantik sambil menikmati hidangan yang semestinya tak menghampakan ... hurmmm alangkah indahnyaaaa , memang akan bagi kenagan yang terindah dalam hidup , sayang tak cari lain la ,ops !
Harga Pakej Love Boat Putrajaya
RM250/jam (Isnin-Khamis)
RM350/jam (Jumaat-Ahad).
CRUISE & LEARN
pengalaman bersiar-siar sambil mempelajari aktiviti berbentuk penerokaan dan ilmiah , ni khas untuk pelajar , jadi pelajar akan di dedahkan dengan sejarah Putrajaya , pakej untuk pelajar sekolah dan universiti menawarkan pelbagai pilihan harga dan skop yang bersesuaian .
Harga Pakej Cruise & Hunt Putrajaya
Bermula dari RM30/pax
Waktu Operasi :
Isnin - Ahad | 10 pagi - 3.30 pm
CRUISE & HUNT
yang ini pulak pakej berbentuk ilmiah untuk pelajar sekolah bagi mendalami dan menerokai pelbagai peristiwa menarik di Menara Alaf Baru , dan insentif untuk sekolah juga turut disediakan
Harga Pakej Cruise & Learn Putrajaya
Bermula dari RM18/pax
Waktu Operasi :
Isnin - Ahad | 10 pagi - 3.30pm
*terletak di tengah-tengah Putrajaya , di kawasan tasik dgn keluasan 650 hektar
*menyediakan kemudahan rekreasi atau riadah
*1 julai , CTP telah rasmi menjadi anak syarikat Perbadanan Putrajaya
*samaada menaiki bot penumpang atau gondola berbentuk perahu tradisional melayu , bot ini bertolak dari Jeti Putra , Presint 1 utk pelayaran selama 45 min , memuatkan seramai 70 orang
tatau pun ada aktiviti ni kat putrajaya...menarik sgt
BalasPadamAhahaha, saya pernah naik jugak cruise ni. Time tu yg murah takde pakej makanan. Jujurlah, rasa bosan sikit sebab dia lambat masetu pulak hujan takleh keluar.
BalasPadamaduhai.. nampak best tapi mahalnya..
BalasPadamwah,bestnya!
BalasPadammohon bawa atau jadi tourist guide nanti yaa..
BalasPadamMaaf yea nak tanya..
BalasPadamKalau naik cruise ni dy minta ic tak?
banyak juga pakej cruise ni taktau pulak ttg pakej ni..
BalasPadamteringinnya nak naik cruise di putrajaya ni
BalasPadam