Assalamualaikum ,
semalam aku lepak - lepak kat pantai Morib dengan si dia lagi , kali ke tiga aku datang sini , pertama kali dengan kawan blogger yang lain , kedua dan ketiga dengan si dia , kalau takde tempat untuk di tuju , dia selalu perangkap aku dengan perkataan pantai , sebab aku salah seorang manusia yang sangat sukakan pantai .
Aku tak tahu kenapa aku suka suasana pantai , tak kisah mana-mana janji tempat tu tak merosakkan pandangan mata aku , aku rasa tenang dengan udara dia , angin dia , air dia .. bagi aku semua masalah hilang , aku suka tengok orang sekeliling aku gembira , macam-macam ada .. semalam kitorang berdua tertengok seorang budak ni , aktiviti jahat gelak kan org , budak tu menangis ,mula-mula aku fikir budak tu demam , tapi rupanya menangis bila di temani tuala kecik brwarna putih , haaa lepas tu byk pulak cerita yg dia reka , ''mungkin dia tak dapat duduk dgn famili dia yg lain '' waktu tu ada keluarga besar sdg menjamu selera di sebelh meja budak tadi , aku balas kata dia ''pandai2 je haha'' tapi bila fikir balik mungkin ya , agaknya merajuk haha sambung gelak .. manusia memang suka membuat kisah bagi pihak org lain kan . dushhh !!
teringat waktu kecik-kecik , banyak kenangan yang aku sgt rindu , segalanya lah , rindu ohh ! betullah orang kata bila kita kecikkk berhingus tak sabar-sabar nak jadi dewasa , tapi bila dah dewasa rasa nak jadi kecikk balik , sebab ? mungkin banyak benda yang membebankan , dan kadang-kadang bila kita trlalu letih dengan dunia , kita pasti akan rindu saat-saat hingus kita masih meleleh , fikirkan untuk kesat hingus saja , kah kah
di sebabkan rindu aku pd zaman kanak-kanak , aku paksa dia belikan aku belon air sabun ni , rm10 je , aku amek yang paling besar hahahaha seronok , aku sememangnya kadang-kadang mcm budak2 sikit so mintak maaf lah ye sebab kena layan karenah babygirl yg tak sedar diri , aku main sorang-sorang je tapi dalam duk main-main tu ada budak-budak tumpang berkejaran pecahkan belon aku , salah sorg tuuuu budak dlm gmbr duk tengok2 haaaa nakk lettewww , haha so aku pun hepy tengok diorang berebut-rebut kejarkan belon .. kikiki , aku pun sedaya upaya buat belon byk2 , ciss penat ahkak ..
dalam tak sangka terjumpa photographer hebat , kenal dia masa dekat kedah ikut trip santai media , lama gila tak jumpa dia ni , opss xde gambar , malu nak selfie haha . banyak jugak borak-borak trmasuklah trip dia kat india , dan dapat gak aku cuci mata tengok gambar2 dia yg superb cun dan pengalaman dia kat sana , teruja pulak aku nak ke india ! pergh yang paling aku bengang bila dia cakap , tudung kat sana murah , kalau ikutkan tudung yang aku pakai dlm gmbr tu dalam 2, 3 ringit je ! cisss terkejut berukkk ! huh papepun tq luang masa berborak setelah sekian lama tidak bejumpa , kahkah .. boleh search instagram beliau @iamjoeyjohari
hati berbicara :
sekian dulu cerita aku pasal hari semalam , sbnrnya aku kesian dkt blog aku ni tak de yang nak tlg update , papepun best jugakla lepak pantai morib ni , datang hari weekend memang meriah , boleh main belon , main layang-layang , makan ikan bakar .. nanti nak dtg lagi nak main belon lagi ! hahahaha
-miss a lot of things-
sweet
BalasPadamRindu dikejar monyet , oh ais krim. miss u girls too... but.....
BalasPadam