Assalamualaikum
Baru-baru ni qaseh menjoinkan diri bersama blogger-blogger lain dalam menjayakan 'Bloggers Day Out di Klang Parade , sebenanrnya ni kali pertama qaseh menjejakkan kaki di Klang Parade , tak berkesempatan jalan-jalan ke sini , biasa lepak Putrajaya je , xtahu pulak kewujudan Klang Parade ni , dan banyak yang telah di ubah suai , dan juga banyak kedai2 yang menarik perhatian ,so lepas ni ada lah port baru untuk lepak-lepak , bosan dah asyik tempat sama je kan .. so enjoy sangat dengan aktiviti yang di anjurkan pada hari tu , haa nak tahu apa aktiviti2 yang kami buat ?
Baru-baru ni qaseh menjoinkan diri bersama blogger-blogger lain dalam menjayakan 'Bloggers Day Out di Klang Parade , sebenanrnya ni kali pertama qaseh menjejakkan kaki di Klang Parade , tak berkesempatan jalan-jalan ke sini , biasa lepak Putrajaya je , xtahu pulak kewujudan Klang Parade ni , dan banyak yang telah di ubah suai , dan juga banyak kedai2 yang menarik perhatian ,so lepas ni ada lah port baru untuk lepak-lepak , bosan dah asyik tempat sama je kan .. so enjoy sangat dengan aktiviti yang di anjurkan pada hari tu , haa nak tahu apa aktiviti2 yang kami buat ?
first daftar dulu lah ye wahai blogger-blogger sekalian , ni namanya blogger uzu , suka pakai baju pink , se pink pipinye :p
dah selesai daftar , kami di bawa ke tingkat atas , ada kejutan persembahan buat kami , aiceh .. terasa nak joget je tengok persembahan dari Rejuvenate Dance Crew ni , power betul persembahan mereka tengok lah haa golek-golek , guling-guling semua ada .. nak je qaseh masuk sekali tapi mesti rosak tarian nanti hihi
Peanut Butter Studio akan di buka di Klang Parade nanti dalam bulan Januari 2015
khusyuk layan diorang buat persembahan hinggakan tak sedar dengan aktiviti seterusnya , kemudian kami di bawa ke tempat ehemmm , ramai suka kalau pergi tempat ni , lebih-lebih lagi yang suka melalak dalam bilik air , haha apa lagi karoks time ! Firezone KTV Family , bapak besaunya tempat karoks ni , boleh muat 20 lebih orang , memang sesuai bawak family , lebih-lebih lagi family yang ramai pulak bilangannya hehehe , layan je diorang nyanyi , suara masing-masing macam artis , eh memang kalah lah artis2 ni ha
nampak tak muka-muka lapar , orang suruh nyanyi bukan makan oiii haha
Next! kami di bawa bermain-main , dulu qaseh selalu jugak lepak tempat game macam ni , hilangkan bosan , haha selalu main game kereta , dan tembak-tembak gituuu , perangai budak-budak memang tak boleh di basmi lagi , so kat sini pun ade tempat game , ai loikeee ~ nama nya Circus-circus , dah bagi token free memang semua game la aku nak main , sampai lenguh tangan ni haaa
nampak tak muka happy kalah kanak-kanak ribena
hurmm dah kepenatan main game , kami di pecahkan mengikut kumpulan , kumpulan-kumpulan mengikut warna ribon yang di beri , qaseh ribbon pink , yeyyy power rangers pink lah kite , so group qaseh kena buat task-task yang di sediakan , aiceh mcm seram je bunyi task nya ... jeng jeng jeng , task nya mudah bangett , dan enjoy je ..
Fruit Satay Task
ok kami di bawa ke kedai Fresh Fruit , untuk membuat fruit satay , alamakkk senang je haaa , cucuk-cucuk je buah nya di lidi , lepas tu makan .. macam nyesal pulak aku cucuk sikit je buahnya , kalau cucuk banyak mesti kenyang gila haha tamak di situ ye , ermm masing-masing pun kemain , dah macam buat satay ayam dan daging la pulak
buat apa ni haa , cucuk kat lidi ke terus masuk mulut .. so kalau datang Klang Parade , jangan lupa ke sini , boleh makan rojak buah , nak buah apa ? semua buah ada ..
Tune Talk Action Task
aiceh nama tak boleh blah kan , dah kenyang makan buah kami menuju ke kedai Tune Talk , ingat nak suruh buat apa la , rupanya kena beraksi ala-ala gangster kat kedai Tune Talk ni ha ... qaseh ni kan ayu haha hentam je la labu , tapi tq untuk tune talk sebab bagi sim kad free !
poyo je minah ni
Nail Spa
Last task kitorang menuju ke Nail Spa , ai loikeeee , btw tq bagi baucer 100 untuk laburkan di nail spa ni , so kitorang apa lagi , berspa la , aiceh takdela berspa sangat sebab masa tak mengizinkan so kami di beri peluang untuk mencantikkan kuku satu jari sajooo .. qaseh saja suka-suka pilih warna merah , last-last dia lukis bunga kat kuku kite , woahh cantik ..
semua gembira je , dan enjoy tq buat kak ruby dan jugak pihak Klang Parade yang mengenalkan mall best ni dan atas aktiviti yang sangat santai dan fun ni , tq so much .. lepas ni kami datang sini lagi habiskan voucher2 yang ada ! hehe
then kitorang semua ke food junction untuk mengenyangkan perut , dan habiskan kupon makanan rm30 , qaseh tak habis guna pun kupon tu haha perut kecik je , so qaseh sedekah kan pada yang perut-perut besar ops .. sedap makanan kat sini , qaseh makan mee sup ani utara , memang thorbaik sup dia
Akhir sekali photo group sesama di pentas bersama upin dan ipin , btw masa aktiviti-aktiviti di jalankan , sempat lah mata ni meliar , banyak sale kat sini , dan harga pun boleh tahan murah .. dan ada satu kedai ni ala-ala daiso , semua harga RM5 haha , qaseh suka sangat kedai yang jual barang-barang harga murah ni sebab boleh beli banyak-banyak hihi , apa-apapun te so much buat pihak Klang Parade yang menjayakan bloggers day out !
KLANG PARADE BEST KAN ?
BETUL BETUL BETUL
Tags:
event
menariknya
BalasPadamsangat menarik! bagus bila ada event2 mcm ni
BalasPadamBestnya jumpa blogger2 semua .. Weewit
BalasPadambestnyer, teringin nak join. huhu
BalasPadamSo sad!!! Xdapat join , bestnya!
BalasPadammesti akan buat lagi ni kan... tak buat sambutan untuk masuk tahun baru??
BalasPadam