Assalamualaikum ,
Hai peminat nasi kukus , meh sini nak share satu kedai nasi kukus sedap area Selayang ni , haaa nama kedai ni Azul Authentic Nasi kukus dengan tagline ''TAK PEKENA SASAU , KENA MENGIGAU'' gituuu ~
Hai peminat nasi kukus , meh sini nak share satu kedai nasi kukus sedap area Selayang ni , haaa nama kedai ni Azul Authentic Nasi kukus dengan tagline ''TAK PEKENA SASAU , KENA MENGIGAU'' gituuu ~
Restoran Azul Authentic ni sebenarnya berkonsepkan minimalis dan simple , makanan pula lebih kepada selera pantai timur , memandangkan qaseh berasal dari pantai timur memang ngam la dengan selera tekak sendiri , dan segala rempah ratus di import dari Kota Bharu Kelantan , hukaloh ! oree kg jah ni , hehe restoran ni terletak di No.47 jalan ps8 prima selayang km15 jalan rawang 68100 batu caves dan beroperasi dari pukul 10 pagi - 6 petang setiap isnin hingga sabtu , untuk lebih mudah korang ingin jejakkan kaki di sini , lebih mudah waze je , landmark dia berdepan dengan UITM kampus selayang ..
Sebelum kita ke nasi kukus yang sure meletop tu , nak share sikit hasik tangan Puan Idda pemilik restoran Azul Authentic ni , bangga sangat dapat merasa air tangan beliau hari tu sebab kek-kek dan tart ni kalau korang nak korang kena tempah dulu , sebab di restoran takde semua ni , so terliur kan ? haaa jangan lupa tempah memang sedap semua nya , atau korang boleh tengok di fb untuk tempahan
FB : nin9landers
FB : everyone can tart
Mana nasi kukusnya ? eh eh sabar boleh , ni nak share tentang nasi kukus pulak , btw kat sini terdapat 3 nasi kukus yang berlainan lauk , iaitu Nasi kukus ayam berempah ,Nasi kukus daging kerutuk ,Nasi kukus ikan keli berempah ..so korang boleh pilih kesukaan korang yang mana dan menurut kata suami Puan Idda , kalau nak makan nasi kukus ni korang kena minum RUT BEER FLOAT baru lah ngam ! orang kata serasi la dengan nasi kukus tu , maveles ! baru lah tersadai kekenyangan , haa so kalau makan kat sini sila oder bersama rut beer float okey .. yang pasti penggunaan santan yg rendah kolestrol dlm setiap masakan , dan penggunaan MSG yg minima dlm sesetengah makanan sahajo.
nasi kukus ayam berempah
Nasi kukus ikan keli
Nasi kukus daging kerutuk
coconut shake + rut beer float
tak tahu nak makan yang mana , qaseh pilih nasi kukus ayam berempah , di hidang bersama acar , timun dan keropok , yummi ~ dan of course la rut beer float .. btw selain dari nasi kukus terdapat juga makanan sampingan yang lain spt rojak buah dan juga mee kari .. uniknya mee kari dengan telur separuh masak , katanya style orang perak makan mcm tu ye dak ? mee kari dia pun sedap weiii .. semua la sedak-sedak belaka haha
mee kari ~
harga kat sini jangan la anda risau , mampu beli .. dan takde GST , murah gila kan ? mana nak cari murah + sedap cenggini ...
di restoran Azul Authentic ni jugak terdapat acar buah , biskut-biskut comel dlm botol2 cute dan banyak lagi la terdpt kat sini , so kalau nak tahu dan nak rasa kesedapa nasi kukus Azul Authentic ni jangan lupa datang jalan-jalan cari makan kat sini ok , berbaloi-baloi .. nampak sedap kan ? tu baru nampak , kalau rasa hurmm memang kena la dengan tagline restoran ni tggu masa nak meracau je sebab nak makan lagi haha ..
untuk segala tempahan dan pertanyaan boleh hubungi
Puan Idda comel ni di talian
019 633 9005| 018 369 8456
(khidmat delivery juga di sediakan)
Alamat :
AZUL AUTHENTIC NASI KUKUS
No. 47, Jalan PS8,
Prima Selayang, KM15 Jalan
Rawang,
68100 Batu Caves, Selangor
p/s : perlukan pekerja tambahan full time/part time
Tags:
food review
huaaaaa sedappp!
BalasPadamThanks Qaseh sebab nak belanja Ty nanti kat sini.. Repeat!!
BalasPadam