BUFFET RAMADHAN DI BANGI GOLF RESORT

Assalamualaikum , 

Alhamdulillah Ramadhan dah tak lama lagi , beberapa minggu je lagi kan , tak sabar rasanya ,, btw bersempena dengan bulan Ramadhan yang bakal tiba Bangi Golf Resortt mengadakan buffet ramadhan yang bermula dari 21 Jun - 15 Julai 2015. Yeyyy makanan sini semua sedap-sedap dan tempat pun cantik ! jom tengok apa yang menarik di sini ...

Bangi Golf Resort Restaurant (BGR) merupakan salah satu resort golf di Malaysia dan semestinya mendapat perakuan sijil halal dari pihak Jakim , kat sini memang kegemaran ramai termasuk qaseh sendiri haa mana taknya juadah dan kualiti makanan yang terbaik , mempunyai sajian istimewa sehingga 200 pilihan termasuk masakan melayu popular , barat dan masakan timur , harga pulak memang berbaloi-baloi bermula RM55 untuk dewasa dan RM27 untuk kanak-kanak , so makan la sampai kenyang ! 

COOKING SHOWCASE 

Di sini terdapat kambing bakar , perghhh kambing panggang yang di panggang secara perlahan-lahan di atas bara api dan Sup Kambing Mamak , tempat pertama yang qaseh jejak kat sini lah , haha memang tak pandang lain dah , di stesen ni Chef menghidangkan tetamu dengan hirisan daging kambing bersama sup kambing mamak , memang terangkat  - angkat selera .. last-last tinggal tulang je kambing ni haaaa , memang tak di nafikan kambing panggang kegemaran ramai .


Selain tu para pelanggan juga dapat menikmati Sate Daging Ayam yang di hidangkan dengan Kuah Kacang yangdi buat sendiri serta Kuew Teow Goreng dan Mee Goreng Mamak yang di goreng panas di hadapan para tetamu 

WESTERN APPETIZER

Di sini pula para tetamu di hidangkan dengan sentuhan gastronomi spt Krim Ayam Salai dgn Bawang Focaccia Panggang dan Sous Vide Eggs with Mushrooms Espuma . Hidangan ini sungguh menyelerakan ! bagi pilihan barat yang lebih enak dan klasik terdapat Beef Lasagna dan Grilled Boneless Chicken with Creamy Mushrooms Souce .

Pada setiap buffet ramadhan di BGR sudah menjadi kemestian untuk menikmati pencuci mulut di sini . Aiskrim Pacojet dengan rasa unik Teh Tarik , Tembikai Susu dan Bunga Kantan juga merupakan kegemaran ramai dan tidak mengira usia , bukan kanak-kanak je suka aiskrim ok ..




''LIVE STATION'' 

Live station dengan kuah coklat pekat , di sudut ini terdapat pelbagai kuih - muih , omaigoddd terbelalak mata melihat kecomelan dan kesedapan kuih2 yang berada di sudut live station ni !  Macam-macam kuih ado dan yang pasti buatan sendiri chef-chef profesional di BGR , seperti puding , agar-agar , buahan dan banyak lagi , selain itu terdapat jugak pelbagai kuih popular barat spt Italian Tiramisu , Chocolate Eclair , Blueberry Cheese Cake , Red Velvet Cake, Young Coconut Jelly , Creme Caramel , Mix Berry Panna Cotta dan Infused Chocolate Ganache Tartlet ,perghh nama pun berbelit lidah nak nyebutnya , tapi rasa nyummmm memang nikmat !












MENU UTAMA TEMPATAN DAN MASAKAN TIMUR 

Bagi qaseh yang sememangnya tekak melayu , bila tiba ramadhan , memang tekak dahagakan masakan-masakan melayu dan masakan timur , so BGR menang tidak mengecewakan selera tekak qaseh , di sudut ini terdapat pelbagai hidangan masakan tempatan seperti Butter Prawns , Teriyaki Chicken ,Black Pepper Beef dan Fish Fillet dengan Sos Serai dan tidak di lupakan hidangan Sambal Sotong Kembang, Ayam Masak Ros dan Rendang Daging Taik Minyak. 











Kelainan Buffet Ramadhan Tahun ini BGR akan memperkenalkan konsep ruang dapur terbuka , ruang moden yang baru di bina ini akan memaparkan hiburan di dapur , wahhh gitu .. yang membolehkan para tetamu menyaksikan secara langsung chef-chef menyediakan hidangan sambil berinteraksi dengan para tetamu , pada masa yang sama juga para tetamu pasti terhibur dengan alunan Muzik Melayu Tradisional yang di dendangkan secara live dari pukul 6.30 pm - 9.30pm setiap hari .Slain tu terdapat 800 parking percuma dan kemudahan lain seperti Surau untuk keselesaan .. jangan lupa datang di BGR ok ! 

Terima Kasih Bangi Golf Resort Restaurant
Alamat : No 1 Persiaran Bandar , Bandar Baru Bangi , 43650 Selangor Malaysia 
Koordinat GPS : 2.95716N, 101.76518E
Tempahan / pertanyaan : +603-89253728/ +603-82100265
Email : bgb.bangigolf@gmail.com

waktu operasi : 6.30 pagi - 9.30 malam setiap hari 
juga menawarkan Pakej Perkahwinan , Majlis Makan Malam , Seminar dan Majlis2 lain 





2 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Ehemm ... menu makanan berat2 kat Bangi Golf Resort ni pun boleh tahan ehh .. banyak pilihan. Saya sempat juga merasa beberapa menu buffet ramadhan Bangi Golf Resort ni .. memang bestlah.

    Pilihan yang ada sampai 200 menu ni boleh buat rambang mata .. fuh .. tapi saya sgt suka pada hidangan kambing dia - sup, panggang memang terbaiklah.

    Telur separuh masak dengan style fussion pun best. Anak saya sampai 2-3 kali makan tu je.

    Kuih muih .. perghh leleh. Memang menarik.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama