Assalamualaikum ,
Sambungan dari trip ke China by AirAsia . selepas dah puas melawat Yongning Mosque , kami mengambil masa terluang untuk berjimba-jimba di JINMABIJI SQUARE ,gue panggil bijii je lah senang haha , dan di sini lah Pusat Metropolis Kunming , di sini lah tarikan pelancong untuk shopping , dan lain2 lagi .. dan sebenarnya Jinmabiji adalah gabungan dua nama yang bermaksud kuda emas dan jed ayam jantan .. tak tahu lah kenapa dua binatang di pilih , mungki ada simbolik tertentu kan .. yang pasti yahoooooo jom kita p shopping ~
nampak tak di tengah- tengah dataran ni terdapat dua pintu Jinma dan Biji so jadilah JinmaBiji Square
senibina yang cantik ~
saya di sini ! di jalan - jalan tersebut terdapat ala-ala peta jalan .. tapi tak paham jugak , kena belajar bahasa china dulu lah ye , so kami tak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan di sini , cuaca macam biasa sejukkkk banget .. berjalan-jalan pun tak sempat nak keluar peluh , dah beku balik ..
Masa untuk shopping , so kat sini la tempat untuk cari kraftangan untuk yang tersayang , baju , pakaian , beg dan banyak lagi .. memang murah gilos lebih-lebih lagi jaket bulus-bulus , jaket tebal2 haa kalau kat malaysia agak mahal jugak la walaupun made in china , kah kah kah ! so ai is rembat satu jaket .. harga dalam 90 yuen lebih kurang dalam rm50 lebih la .. weeeee ~
Ontheway ke tempat shopping terserempak pulak warga-warga emas tengah berjoget , sebenarnya bukan berjogetla tapi mereka bersenam menggunakan muzik macam opera gituuu , kemudian mereka bergerak membentuk satu bulatan , so daku pun menyibuk jugak .. btw selama berada di sini tak pernah lagi tengok warga-warga China di sini yang obesiti , semuanya slim-slim je .. mana taknya dengan cuaca yang sejuk dan pemakanan mereka yang kebanyakkannya berasaskan sayur-sayuran .. walaupun kami memang banyak di hidangkan dengan makanan , masuk restoran sana sini tapi makanan tu tak menaikkan berat badan.. sihat je pemakanan diorang , thorbaik
dan sampai lah di tempat shopping , kat sini memang banyak kraftangan - kraftangan yang comel-comel , unik , beg sulaman , cumanya satu je takde kat sini , dah puas meround-round cari kraftangan yang bertulis 'i love kunming' , memang takde langsung so hampa jugakla , hehe tapi kraftangan yang lain banyak .. kat china ni kan glemer dengan jed -jed .. so berminat boleh la beli di sini , cumanya hati-hati takut kena tipu samaada jed ori ataupun palsu .. yeyyyy ~
Dah kepuasan membeli belah qaseh tertarik dengan tempat ni , unik dan klasik je senibina yang terdapat di sini so apalagi bergambar dengan sukahati ~
tengok masing-masing banyak je shopping , bergerak pulang ke hotel kunming untuk destinasi seterusnya , iaitu Dongchuan Red Land ~ kali ni perjalanan memang berjam-jam lamanya .. hishh dan kat sana eeeeeee tunggu je la .. ~ memang tak sanggu dok lama-lama kat sana walaupun Dongchuan RedLand sangat cantik ! ~ adios ..
Ya Allah....seriously sangat cantik nak giler tengok!!!! Bestnyaaaaaa... bila la nak jejak negara China ni....
BalasPadam