Assalamualaikum ,
Lama tak mencoretkan tentang diri sendiri di blog , lama jugak tak bermadah puisi , berjiwang dan semuanya seperti dulu kala , bukan tak nak tapi terkadang kehilangan kata-kata , mungkin ada benda perlu di luahkan dan ada benda perlu di simpan dalam-dalam .. bila sesuatu yang emosional , sesuatu benda yang sedih , orang akan fikir kenapa kenapa dan kenapa even kita tak pernah tahu dia tu 'siapa' mungkin stalker , atau 'seseorang' yang cuba ingin jatuhkan kita atau 'seseorang' yang bertepuk tangan bila melihat kita sedih ...
qaseh masih qaseh yang sama bila berada dalam kalangan orang-orang yang sama , perangai yang dulu , layanan yang masih sama dan tiada apa berubah sikit pun , tapi qaseh masih cuba untuk membiasakan diri dengan keadaan , cuba untuk serasikan dengan kehidupan walaupun kadang-kadang kesunyian itu membelenggu walau seketika cuma , yaaa mungkin rindukan kehidupan dulu , kehidupan yang sooo 'gila' , tanpa fikirkan perasaan sesiapapun , hahaha sangat rindu .. bila berkahwin ni banyak yang berubah , terlalu banyak .. contohnya dah berjauhan dengan keluarga , dengan kawan-kawan , hangout sana sini , dulu siapa nak marah ? hey marah aku peduli apa .. ''when we are young'' lawak right , but this is life ~
i dont want to talk about happiness , bahagia itu kita sendiri yang rasa , biar bahagia itu tak perlu di tunjuk-tunjuk .. kerna bahagia itu andai Tuhan mahu ambil , ia akan hilang sekelip mata berkelip , takut terlalu gah dengan bahgia , kerana ujian itu datang pelbagai cara .. heh , dan juga mungkin dlm tak sedar ramai yg meluat tengok kebahagiaan yang kita kecapi , so simpan ketat-ketat dalam rumahtangga .. kunci dalam hati biar ia tetap subur , inshaaAllah
hailaaa wahai diri , pernah tak kau berfikir kehidupan kau sekarang macam ni , ada benda yang kau cuba elakkan terjadi , ada benda yang paling kau malas dulu tiba-tiba jadi rutin harian kau , pernah kau fikir , kau masih fikir kau seorang yang sama tapi dalam diam semua benda berubah .. dari hari ke hari , dari bulan ke bulan dan mungkin juga dari tahun ke tahun .. dan kita takkan pernah fikir apa akan jadi pada masa akan datang .. macam aku memang pemalas gila bab 'masak' tapi dulu selalu kawan-kawan cakap , takpe bila dah kahwin secara automatik akan pandai , and now bila aku berada di tempat yang aku duduk sekarang , sebagai seorang isteri , and yesss hari2 aku bila bangun tido , APA AKU NAK MASAK HARI NI ? yang dulu kalau mak aku suruh masak .. sanggup aku dengar bebelan daripada makan nasi ..
hahaha
and this is life right ?? to be continue ~
Jadi diri sendiri.. Insyaallah kebahagiaan akan datang sendiri.. nanti kene ujian masak dgn bakal mak mentua.. hehe
BalasPadam