YUNNAN STONE FOREST | Tempat menarik di KUNMING , YUNNAN CHINA

Assalamualaikum , sambungan dari trip qaseh ke YUNNAN CHINA , alhamdulillah baru ada kesempatan untuk sambung cerita seterusnya , hari kedua berada di Kunming China , qaseh and the geng di bawa ke satu tempat yang penuh dengan batu-batuan yang unik dan menarik dan pelbagai bentuk , laluan sempit seakan gua dan beratapkan langit biru yang sangat cantik  , yang terbentang hanya langit yang kebiruan , subhanallah , cantik sungguh ciptaanNYA , dan cuaca macam biasa sangat sejuk ..

Jom qaseh bawa korang ke Yunnan Stone Forest , dari hotel Kunming kami di bawa ke Yunnan Stone Forest oleh bas khas dari Yongpeing Road atau boleh menaiki train dari Kunming Railway Station .. sesampai nya di sana , kami di bawa dengan kereta comel , memang panjang perjalanan luas pemandangan kata orang tapi syok je dengan angin nya yang sejuk (rindu sangat)



orang kata dunia ni kecik je sebenarnya , terserempak dengan pakcik ni pelancong dari Malaysia , selamat melancong ye pakcik 

one of traveller free lance from gaya travel.. slmt kenalan rehey ~ my roomate sepanjang berada di China 


Dah puas berjalan-jalan akhirnya sampai ke tempat yang ingin di tuju , nak masuk Yunnan Stone Forest ni pun kena beli tiket masuk , kalau korang datang ke Kunming China , sini salah satu tempat wajib yang korang kena datang , semua batu2 yang pelbagai bentuk dan unik ni semuanya semulajadi bukannya ukiran manusia .. terletak kira-kira 78 Km dari Kunming , dan telah wujud sejak 200 tahun dahulu lagi dan di beri nama sebagai ''first wonder under the sun''


pintu masuk ke Stone Forest , ramai gila manusia-manusia lain hari tu , muka seronok je dapat jalan-jalan 

tiket masuk 140 yuen


Batuan semula jadi yang unik ..


first thing apa lagi , harusla berselfie tinggal kenang kenangan di sini , di Stone Forest ni memang banyak berjalan dan mendaki , sebab kat sini pun ada puncak nya , so dari puncak baru boleh tengok pemandangan dari atas yang cantik dan lagi sejuk ... sambil-sambil tu boleh lah korang exercise !









di celah-celah batu-batuan yang tinggi mencanak , macam gua 


Dalam banyak-banyak batu kat sini , yang ni paling menarik minat qaseh , nampak kan batu kat tengah-tengah tu , batu tu tak bercantum dengan mana-mana batu yang lain , ibarat dia tergolek-golek dan terus lekat di sini , kalau jatuh atas kepala memang innalillah la , hehe tapi batu tu dah lama menetap di situ .. memang tak beralih dari dulu lagi .. 

pemandangan dari atas puncak , kat celah2 batu tu la kami telah tempuhi dengan tenang 



Kat sini juga terdapat kedai2 souvenir .. boleh lah beli untuk yang tersayang




Antara batu-batuan yang terdapat di sini , banyak lagi sebenarnya bentuk-bentuk yang unik dan menarik






Dah penat mendaki dan berjalan sekitar Stone Forest kami bergerak pulang mencari makanan halal , di sekitar Kunming China , apa-apapun Stone Forest memang satu tempat yang menarik untuk di lawati , jarang kita jumpa batu-batu yang unik dan pelbagai bentuk ni kan , dengan langit yang terbentang biru ,,, jangan lupa datang ke sini ok kalau anda berada di Kunming , Yunnan China .





lastly ~ photo group beramei-ramei dengan pena berkala , khai , aida sue , kak ayu dan ezzy izzudin 
datang KUNMING jangan lupa STONE FOREST yawww ! 

Hati Berbicara :
Tuhan takkan pernah menyusun takdir yang sia-sia , setiapnya di susun penuh hikmah , jangan kita sekali-kali menyalahkan takdir yang telah di susun Tuhan , terima kasih Tuhan untuk setiap takdir yang tersusun ..

thanx AIRASIA untuk trip ni , next kami di bawa ke JIU XIANG SCIENIC REGION





3 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Subhanallahhhh...cantik nya...

    BalasPadam
  2. gitchew... letops pap pap pap. hahahaha

    BalasPadam
  3. subhanallah cantiknya tempat ni... baca cerita awak mcm terasa2 ada kat sana jgk hihihi

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama