Assalamualaikum ,
Koleksi Raya 2015 Bianco Mimosa | Elegan & Eklusif Fesyen Show , 9 Jun 2015 qaseh berkesempatan menghadirkan diri di Event Fashion Show yang memperagakan gaya-gaya eklusif dan elegan yang berkonsepkan Safari Flora Fauna , haaa biasa nya raya kita selalu di gayakan dengan corak bunga-bunga je , kadang-kadang nampak membosankan kan ? Pengasas dan perekanya YBhg Dato' Ida Suraya Mustapha yg merupakan ''fashion passionate'' tampil berani dengan konsep sebegini tanpa melanggar gaya dan trend masa kini.
ramai juga artis-artis yang hadirkan diri seperi Erra Fazzira , Asyraf Muslim , dan ramai lagi ~
Rekaan yang unik untuk memastikan keselesaan, aura seksi, berani dan berkarisma kepada sesiapa yang memakai helaian eksklusif dari keluaran Bianco Mimosa .. tapi apa kelainan yang cuba di bawa ? haaa dengan mengorak langkah dengan menterjemahkan rekaannya dari tiga sudut yang berlainan serta memperincikan setiap elemen rekaan dengan menambah nilai seperti zip di balik susunan manik, sebelah bawah rekaan kain yang mengembang indah apabila si pemakai melangkah dan cebisan fabrik kulit di atas belahan jubah menambahkan lagi ranggi kepada si pemakai.
Yang paling panting bagi Pengasas dan Pereka Bianco Mimosa tidak sama sekali tidak berkompromi tentang kualiti fabrik, seni jahitan dan perincian mengunakan kerja tangan (hand made) di setiap rekaan dan menjanjikan keselesaan kepada si pemakai.
Malam yang penuh besejarah ini, Bianco Mimosa dengan bangganya berkongsi koleksi sebanyak 118 rekaannya berserta pelbagai warna wami bertepatan dengan tema Safari, Flora, Fauna dan Mimosa Raya 2015.
Jom tengok antara koleksi raya 2015 Bianco Mimosa ! harga mampu milik ok , jom tukar gaya fesyen raya kita tahun ni !
BOLEH DAPATKAN KOLEKSI RAYA BIANCO MIMOSA 2015 SECARA ONLINE
dan juga melalui instagram
@biancomimosaofficial
memang bakal mengaum bila tengok koleksi dari bianco mimosa ni...
BalasPadamtaun ni tak sambut raya pun...huhu
BalasPadambajunya simple dan menarik..pergh terpesona tengok
BalasPadam