THERAPHY MOOD AMBI PUR MEMBERI SUASANA ROMANTIK DAN KETENANGAN

Assalamualaikum ,

KOLEKSI THERAPHY MOOD  AMBIPUR | Menimbulkan suasana romantik dan ketenangan dengan haruman yang sangat wangi hingga dapat mengubah mood menjadi lebih cool , dulu-dulu qaseh ada masalah dengan bau rumah sewa , sebab mungkin lama di tinggalkan , agak stress juga mencari cara menyelesaikan masalah bau hapak rumah , toilet dan sebagainya .. Memang bermacam cara qaseh cuba cari tapi bau haruman tu tak kekal lama dan mengubah mood menjadi lebih stress , tak di nafikan bau-bauan sangat penting lebih-lebih lagi dalam rumah , tempat yang selalu kita tenangkan fikiran , bersama suami mahupun anak-anak , bayangkan dalam rumah kita macam-macam bau ada terperap , confirm sakit kepala kan ? tu belum mak mentua atau sedara-sedara datang rumah .. mesti tak dapat jadi menantu pilihan .. mereputlah dalam bau busuk , hihihi

Tapi sekarang tak perlu risau lagi , kerana AMBI PUR yang terkenal dengan haruman-haruman yang semerbak dan menenangkan tampil sebagai HERO memperkenalkan KOLEKSI THERAPHY MOOD AMBIPUR , teruja sangat dengan koleksi sebegini , mana taknya segala masalah selesai dengan sekelip mata ! dan tak perlu mereput dalam bau busuk lagi , hehe .. 


ni adalah koleksi yang qaseh gunakan sekarang , memang wangi sangat-sangat .. suami pun asyik puji rumah makin wangi , mana tak nya bukak je pintu rumah terus semerbak bauan nya , memang aromatheraphy dalam kehidupan seharian , kalau melibatkan bau wangi ni tak dapat lari dengan suasana tenang dan romantik , sebab tu bau boleh memberi kesan yang sangat positif sebenarnya dan dalam tak sedar boleh psiko otak kita bagi lebih relaks dan bahagia ! 


satuu letak kat ruang tamu , febreeze tu sembur je dekat tilam , kasut dan mana2 yang hapak haaa padan muka bau busuk dah hilang yahooo ~ nak tido pun tenang setenang-tenangnya ~ 

Btw , AMBI PUR telah mencipta tiga mood dalam variasi berbeza , dengan Variasi LOVE'S BOUQUET (yang qaseh gunakan sekarang , sebab tu mood bercinta je sekarang ) , Variasi RELAX & UNWIND dan SPLASH OF REVIVAL 


Love's Bouquet mengingatkan anda kepada cahaya lilin dan haruman bunga yang sangat mengasyikkan.



Relax & Unwind mengundang anda ke dalam taman di mana anda boleh berehat sambil menikmati secawan teh herba.


Splash of Revival pula membawa anda memasuki hutan hijau dan beristirehat di bawah teduhan pohon-pohon besar sambil menikmati tiupan angin

So apa tunggu lagi , jangan lupa dapatkan semua THERAPHY MOOD AMBI PUR ni , lebih-lebih lagi dah nak menyambut bulan syawal , haaaa lagi la bertambah mood raya dengan bau-bauan yang wangi , jangan sampai tetamu taknak balik rumah sendiri sudahla , haha! 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT 


Joon Wong percaya bahawa wangian sangat penting terutamanya apabila manusia sentiasa berada di dalam kitaran rutin harian yang membosankan.

“Menggunakan wangian di rumah adalah salah satu cara yang paling mudah dan cepat untuk menghangatkan asmara bersama pasangan,” kata Wong.

“Wangian sangat berkuasa. Wangian yang berbeza diterima dengan berlainan oleh setiap individu dan boleh memberikan mereka mood yang tertentu atau mengimbas memori – terutamanya memori di awal permulaan hubungan,” jelasnya.

Harith dan Dr. Jezamine juga mengadakan sesi perkongsian dengan media dan orang ramai mengenai kepentingan menghidupkan asmara di dalam perkahwinan. Pasangan selebriti ini menasihatkan bahawa usaha yang kecil sangat bermakna dan boleh menyegarkan semula hubungan. Pelawak Malaysia dan isterinya ini juga berkongsi bagaimana mereka meluangkan masa untuk asmara dan bagaimana mereka melakukannya di rumah. 

 “MoodTherapy sangat membantu terutamanya jika anda mempunyai jadual yang ketat seperti kami. Dengan kerja dan anak-anak, sukar untuk kami mengekalkan kehangatan asmara – yang sangat penting sebenarnya. Setiap hubungan memerlukan usaha dan sangat senang bila ada penyelesaian yang mudah seperti ini,” kata Dr. Jezamine.

“Seronok sekali dapat menghidupkan semula saat-saat indah bersama isteri saya. Ia membantu anda mengingati mengapa dan bagaimana anda jatuh cinta dengan pasangan. Wangian adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat atau dirasa; tetapi anda tahu ia ada,” kata Harith. 

“Begitu juga dengan bau busuk, anda tidak sedar bagaimana ia menjejaskan anda. Namun selepas anda menghilangkannya dan menyembur sedikit wangian, seluruh mood anda boleh berubah. Di rumah, kita sudah terbiasa dengan bau-bau yang tidak menyenangkan dan ini boleh menjejaskan kita tanpa disedari,” tambahnya.

Bau busuk boleh menjadi sangat tidak menyenangkan kepada seseorang. Ia perlu ditangani kerana boleh menjejaskan fikiran dan suasana tanpa disedari. Persekitaran yang harum boleh menggembirakan, menenangkan deria dan menaikkan mood.

Haaa qaseh pun bersetuju dengan semua yang di katakan , so tunggu apa lagi korang , moh la beli borong pun takpe janji rumah kita makin wangi , hubungan dengan suami makin romantik auchh , yang pasti tiada lagi bau busuk ! 


Mengenai Procter & Gamble:


P&G berkhidmat untuk hampir lima bilion pengguna di seluruh dunia melalui jenama-jenamanya. Syarikat ini mempunyai salah satu portfolio terkuat bagi jenama-jenama yang dipercayai, berkualiti dan menerajui pasaran termasuklah Always®, Ambi Pur®, Ariel®, Bounty®, Charmin®, Crest®, Dawn®, Downy®, Fairy®, Febreze®, Gain®, Gillette®, Head & Shoulders®, Lenor®, Olay®, Oral-B®, Pampers®, Pantene®, SK-II®, Tide®, Vicks®, Wella® dan Whisper®. Komuniti P&G merangkumi operasi di kira-kira 70 buah negara di seluruh dunia. Sila layari http://www.pg.com untuk berita terkini dan maklumat lanjut mengenai P&G dan jenama-jenamanya.





5 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Wah, Ambi pur memang hebat. Akan beli week end ni. Thanks Qaseh review produk Ambi pur ni untuk knowledge akak ya :)

    BalasPadam
  2. fyna pun suka. bau ampi pur nih mmg sedap.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama