Assalamualaikum cinta ~
Bila kita sayang kan seseorang padahal dia selalu menyakitkan hati kita .. terlalu banyak luka di toreh tapi bila dengan satu jenaka atau dengan satu ubat yang dia titikkan hati yang tertoreh terus sembuh seperti tak pernah ada luka di situ .. kenapa ? kerana sayang ~ bodohkah kita apabila terlalu menyayangi seseorang sedangkan kita sendiri tahu yang akhirnya ia mungkin bukan milik kita .. bukan milik sesiapa ..
Ada yang menjelikkan 'cinta' bila dia tak pernah merasa apa itu sebenarnya cinta , ada yang membutakan mata , memekakkan telinga bila ada kawan nya yang meminta pertolongan untuk memberi satu cebis nasihat mahupun untuk mendengar hanya sekejap luahan hati .. ya ~ mungkin kawannya di anggap bodoh kerana terjebak dengan cinta .. tapi adakala ia fitrah seorang manusia yang ingin terbuai dengan rasa di cintai , di kasihi , di jaga lebih2 lagi bila hati seakan sunyi ..
berjuta-juta bintang tapi mungkin hanya ada satu yang paling terang .. antara berjuta-juta orang pasti ada seorang yang kita paling sayang
Kawan .. andai cinta itu mampu merubah ke arah kebaikan , pegang lah ia .. niatkan dalam hati yang cinta itu akan kau jadikan halal .. jangan persia-sia kan .. tapi andai cinta itu merusakkan hidup kau , lagi terasa kosong dan jauh dari yang maha kuasa , tinggallah ia .. jangan biar kan rasa itu bercambah menjadi titik hitam ~ titik hitam yang akan menghantui hidup kau selamanya .. yang bila di hari tua kelak kau rasa sangat menyesal hingga bersedih tiada guna .. pengalaman mendewasakan kita kan ~
Andai ada yangs edang terluka .. bangunlah dari kekecewaan .. mungkin hari ni masih lagi air mata melimpah ruah , mungkin esok air mata hanya bergenang , dan seterusnya mata pun sudah penat untuk sentiasa menumpahkan air mata kekecewaan .. dan yang sedang bergembira dan bahagia ... kadang kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa akan datang , termasuk aku , cuma doa yang mampu .. berpada-pada kerana setiap nyawa milik Allah .. :) pesan aku kita teruskan dengan apa yang kita sedang kecapi sekarang .. kerna bukan aku yang memberi kan kebahagiaan tapi hanya DIA :)
hati berbicara :
Sekadar coretan kosong entah termasuk dengan perasaan atau pun tidak , tapi hidup siapa yang tak pernah terluka , mungkin pada suatu masa dulu ... hehe zaman berhingus yang cuba berlagak dewasa tapi bila dan menganjak usia dewasa teringin kembali pada zaman remaja ..
apapun semoga ALLAH redha
Tags:
Luahan hati
betol la tu, dulu kite pon mcm tu, sakit hati mne pon tahan je .
BalasPadamNice entry..♥ cantik gambar dia seindah kata2 tuannya^^
BalasPadamlama x masuk blog ni...
BalasPadamcinta ni ishhh mmg misteri tahan jela hihi, Allah lebih tau :)
Nice post ☺
BalasPadamlepas ni nimati zaman ibu bapa pulak :)
BalasPadammacam-macam boleh terjadi..nilah kehidupan
BalasPadamHaish.... menusuk ... terdiam dan terpaku ketika membaca entri ni..
BalasPadam