Assalamualaikum..
Ada tempat best qaseh nak share buat penggemar kambing terutamanya yang berdekatan dan tinggal di Shah Alam , rugi woi kalau dah duduk dekat tapi tak datang sini .. tak payah nak pergi jauh-jauh semata untuk mencari kambing sedap sedangkan di kawasan area anda memang tersembunyi sebuah Cafe Cerita Kambing , haaa gituh .. jangan risau korang datang makan je takdela nak kena dengar cerita pasal kambing hihi.. btw unik jugak nama cafe ni , kenapa ek nama cafe cerita kambing ? sebabnyaaaa menu utama yang glemer kat sini of coz la berasaskan daging kambing dan kambing pun salah satu makanan sunnah nabi..
So qaseh berpeluang merasa sendiri masakan oleh Chef Zakaria , iaitu pemilik Cafe Cerita Kambing ni , btw bukan calang-calang orang ok .. tuan rumah ni sangat lah rendah diri dan beliau pernah jadi chef di sebuah hotel suatu ketika dan telah lama memasuki arena masakan ni ..bangga iols dapat merasa air tangan chef , dan korang yang berminat untuk menempah makanan , Chef Zakaria juga berkecimpung dalam dunia katering .. so korang bolehlah menempah pelbagai hidangan untuk majlis2 kahwin , tunang , akikah dan lain-lain .. harga kena runding dengan Chef Zakaria ok .. kot-kot dapat diskaun lebih ehehehe :p
Cafe Cerita Kambing ni terletak dalam Anggerik Mall , Shah Alam .. mudah benor nak cari .. waze je anggerik mall , Cafe ni terletak kat area food court ..
Jadi tunggu apa lagi , meh tengok hidangan yang di hidangkan buat kami semua , oh ye qaseh datang bersama-sama dengan geng KelabbloggerBenAshaari .. terima kasih kerana menjemput .. antara hidangan yang ada di Cafe Cerita Kambing ni seperti Nasi Beriyani , Laksa Johor , Mee Jawa , Kambing Bakar , Kambing Massala, Ayam Masak Merah , Acar timun , Ubi Kayu Rebus , Pengat Pisang dan banyak lagi .. Jom tengok gambar plak .. jangan terliur sudah la yummyyy !
First menu , qaseh try LAKSA JOHOR , sebenarnya tak pernah makan laksa johor sebelum ni , orang ganu katakan suka sangat makan laksam .. btw lebih kurang je cuma bezanya kuah dan juga mee .. laksa johor ni memang menggunakan mee spageti .. first time rasa pun sedap .. kuah dia mmg pekat , lagi sedap bila tambah sambal lebih .. pehh terangkat
menu kedua , MEE JAWA , haa yang ni memang feveret org2 jawa lah ye .. lebih kurang sama je dengan laksa johor cuma haruslah ada tempe ! org jowo suko sangat makan tempe yoo .. haha harus cuba jugak jika datang di sini ..
Pencuci mulut yang terdapat kat sini , KUIH KOCI LABU , ada jugak UBI REBUS cicah NYOR , ingat senang ke nak cari kuih2 tradisi ni ? susah jugak ok so untungla bolehdapat di Cafe Cerita Kambing ni ..
Yang ni AYAM MASAK MERAH , sedap gila masakan ni , yaAllah memang sedap betul , mintak resipi boleh dak Chef Zakaria ahaks , makan plak dengan nasi beriyani panas2 , fuhhh mak mentua lalu tak nampak haha .. so makanan wajib jangan lupa untuk makan di sini ok
Buah pun di sediakan , Vitamin E untuk pelanggan2 tercinta .. ~
Acar timun + nenas , eh makyong termakan semalam .. sedap sangat lupa termakan nenas haha .. yang ni penambah kesedapan bila makan nasi + ayam masak merah + acar timun .. memang rasa macam kat kenduri pun ade ..
dan ini lah Menu Special di sini , Kambing Massala .. tak payah cerita dah kesedapannya .. kena rasa sendiri ..
Lastly KAMBING BAKAR , sebenarnya banyak lagi makanan yang terdapat kat sini ,, dan ini sebahagian yang di hidangkan buat kami .. sangat berbaloi-baloi datang makan kat sini , harga pun berpatutan ..
hencik suami kata tak cukup la , nak lagi nak lagi ! hihi tak sangka pulak dapat tapau dari Chef Zakaria untuk semua blogger yang hadir , perghhh macam tahu2 je .. nak makan semua sekali perut penuh .. siap bagi tapau makan kat rumah plak .. memang thorbaik dan semoga di perluaskan lagi rezeki Chef Zakaria ni ..
ni salah satu feveret qaseh kat sini , lama sangat tak makan pengat pisang ni .. perghh tq hidangkan pengat pisang kat sini ..
Apa-apapun terima kasih buat Chef Zakaria yang sangat peramah dan rendah diri , semoga maju jaya dalam dunia perniagaan katering dan juga masakan ..
dan buat kaki makan , ada pesta makanan di sini minggu depan , haaaa jangan lupa datang beramai2 ok !
Chef Zakaria : 011 31760227
Puan Azizah : 019 2816308 (tel) 019 3531320 (whatsapp)
facebook page
Tags:
food review
perghhh.... sedap... tgk makanan semua tu terus lapar....
BalasPadambest giler siap boleh tapau lagi..kambing tuh serious nampak sangat..
BalasPadamBlh try ni..
BalasPadamoren vit c la heheheh nanti nak repeat la makan lamb chop lak hehehe
BalasPadam