Assalamualaikum ,
Yeah food review again , beberapa hari lepas qaseh terima jemputan oleh FOOD INK ! Best jadi food inker member ni , hehe tq again food ink ..jadi kali ni food ink membawa qaseh di TEH TARIK PLACE yang terletak di SELAYANG , btw sebelum ni selalu je lepak di Teh Tarik Place area Putrajaya , kali ni di Selayang pulak .. apa yang best nye di Teh Tarik Place di Emerald Vanue Selayang ni ada menu tersembunyi yang sememangnya tiada di Teh Tarik Place yang lain .. haaa sebab tu kena datang jugak kat sini , menu unik dan sedap .. apa yang dihidangkan memang tidak mengecewakan , penuh perut makyong tau .. kenyang amat dan sangat berbaloi .. ! Tak percaya ? meh tengok apa yg qaseh makan .. jangan terliur sudah hehe tapi haruslah terliur dan terus terjah .. yang berdekatan tu sangatlah rugi kalau tak cuba makanan special di sini ~
o
First menu yang di ngap oleh qaseh haaa ini lah dia , ROTI SARDIN .. biasa makan dekat mamak ? eh tu kat mamak rasa lain macemmm .. yang ni lagi power , air tangan melayu kita .. roti nya lembut jeee , sekeping memang tak cukup ,sebab bila dah cuba sekeping memang akan nak lagi berkeping-keping .. dan kuah roti sardin ni pun sangat lah sedap , orang kata tak cicah dengan kuah memang tak terangkat la , kalau campur2 kuah tu lagi sodap ok !
Harga roti sardin : Rm4.50
Menu kedua pulak , KEROPOK LEKOR RAINBOW , btw apa yang menarik dengan keropok rainbow ni .. sos yang berwarna warni macam pelangi ni adalah sama dengan sos yang terdapat di subway , pernah makan subway ? haaa sos ni lah yang di gunakan .. asyik makan dengan subway je kan ? so kita makan bersama keropok lekor plak .. bosan jugak asyik makan dengan sos cili je kan .. btw kalau korang berminat untuk berniaga keropok lekor rainbow ni , korang boleh contact manager Teh Tarik Place ni .. sambil beliau berniaga , beliau pun nak menolong org lain jugak , lebih2 lagi yang minat berniaga ~
Harga Keropok Lekor Rainbow : RM6.00
Yang ni pulak ASAM LAKSA , kat sini pun ada asam laksa .. bagi yang tak mau makan nasi boleh lah cuba asam laksa ni .. pun sedap dan harga pun berpatutan .. standard harga , so kalau sesiapa rasa tak mampu nak lepak Teh Tarik Place sebab harga nya .. itu sangat tidak betul .. sebab harganya berpatutan berbaloi dengan kesedapan yang akan korang rasa .. yeahh masuk dulu , duduk dan cuba pelbagai makanan yang tidak merugikan ~
Harga Asam Laksa : Rm7.50
Harga Kuew Teaw Cantonese : Rm9.50
Next one is KACANG POOL , menu ni pertama kali qaseh try , sebelum ni hanya dengar je orang cakap kacan pol sedap tapi tak pernah terlintas nak try , so lucky laa kat sini ada di sediakan .. orang kata kacang pool ni sangat glemer di Johor , dan manager pun sememangnya orang Johor .. so dari situ beliau ambil alternatif untuk lebih mengetengahkan masakan Johor .. haaa org2 johor mesti suka makan ni kan , first try not bad , bawah telur tu ade kuah , lagi sedap makan dengan roti .. kuah tu ade pelbagai bahan dan smestinya ada daging .. kena dtg try sendiri ok , susah nak describe rasa kacang pool ni , sebab lain dari yang lain ..
Harga Kacang Pool : Rm9.90
Haa yang ni pun qaseh sangat recommend untuk korang semua , NASI LEMAK SAMBAL STRAWBERRY , memang betullah semua menu yang ada di sini takde di Teh Tarik Place yang lain , btw nasi lemak di sini menggunakan beras basmati , dan sambal strawberry hanya terdapat kat sini je , tak pernah try kan ? dah biasa sangat makan nasi lemak sambal yang selalu tu , kali ni try sambal strawberry rasa pun dah berubah .. rasa yang masam-masam manis , ada campuran ikan kering dan bahan lain , semestinya rahsia .. datang sini nanti wajib try this menu ok !
Harga Nasi Lemak Sambal Strawberry : Rm12.50
Dan yang paling last sekali , NASI GORENG CAMPUR , perfect betul telur tu .. cucuk sikit je terus mengalir .. wahhh makan pulak dengan keropok keping .. hurmm memang mabeles ...
Harga Nasi Goreng Campur : Rm8.50 without egg , Rm10.50 with egg
So itulah sedikit sebanyak menu special yang terdapat di sini , wajib datang sini ye sebab kat Teh Tarik Place yang lain takde ...perghh 7 hidangan yang sangat-sangat berbaloi untuk korang cuba .. boleh bawak family datang makan ramai2 kat sini , sekali sekala harus lah hiburkan perut korang tu dengan masakan yang tak pernah korang try .. tapi jangan marah kalau lepas tu ketagih nak makan lagi .. hehe jom tengok deko kat sini plak .. ala-ala hipster gitu .. btw kat sini pun korang boleh sewa untuk buat event
Catering for event :
Rental for event (2 hours) : RM1000 without food
Rental for event (2 hours) : RM1500 with 20 pax food
Add on additional pax : RM25 per pax
apa lagi jom ngeteh tarik dengan Qaseh , eheee dating kat sini pun lomantikkk maaaa
memang sesuai sangat nak buat event kat sini , deko pun menarik !
Lastly ! tq berbanyak-banyak buat Hencik Zikri sudi menjemput kami merasa makanan superb sedap di Teh Tarik Place beliau ni , makanan memang istimewa dan terima kasih sudi jugak mencurahkan ilmu niaga beliau .. so kalau korang rasa nak berniaga boleh contact beliau sebab beliau ada membuka peluang untuk korang yang berminat ok !
INFO :
Selayang Branch:
Address: Unit A8 & A9, Emerald Avenue Lebuhraya Selayang – Kepong Selayang, Selangor 68100 Malaysia
Business Hours: Mon-Thu 9.00pm – 11.00pm; Fri-Sun 9.00pm – 12.00am
Contact No: 03-61275560
Facebook: Teh Tarik Place Selayang [klik]
Food Ink: Food Ink [klik]
Bangsar Branch:
Address: Unit 2-7, 2nd Floor, Menara UOA Bangsar, Jalan Bangsar Utama 1, Taman Bangsar, 59000 Kuala Lumpur.
Business Hours: Mon-Fri 7.00am – 9.00pm; Sat-Sun 9.00am – 6.00pm
Contact No: 03-22011888
Food Ink: https://www.foodink.com.my/listing/teh-tarik-place-menara-uoa-bangsar/
Tags:
food review
First nak cakap tempat dia nampak cozy lepas tuh deco pon cantek..dah satu tarikan da kat situ..menu pon menarik..Nasi lemak sambal strawberry tuh memang takkan jumpa la kot kat tempat lain.. aritu ada terbaca pasal kacong pool..teringin nak try tapi susah nak dapat kalau bukan kat johor..tak sangka plak kat sini ada.
BalasPadamroti sardin tu menarik perhatianku
BalasPadamnasi lemak sambal strawberi rasa cmner ek.
buat aku terliur je ni.
sedapnya menu nya..
BalasPadamterliur
menariknyaaaa menu!
BalasPadamwah banyaknya menu dia. zaman study dulu hampir setiap hari pergi. main thing mestilah nak teh ais dia, tahap ketagih dah. pastu layan roti bakar. yummy
BalasPadam