Assalamualaikum ~ kali ni nak sambung percutian bujet qaseh ke Cameron Highland , kalau belum baca part 1 boleh baca kat sini k {KLIK} , so kat mana lagi tempat-tempat menarik kat sini ? sebenarnya banyak sangat tempat-tempat menarik tapi yang qaseh sempat pergi ni sahaja ... :) hari kedua , heyyyy kalau datang Cameron tempat wajib datang mesti ladang Teh selain dari Strawberry , Teh sangat lah famous kat sini , so jangan wat loqlak tak datang Ladang Teh k .. sebenarnya ada dua ladang Teh yang famous kat sini , iaitu Cameron valley Bharat Tea Plantation dan Ladang Teh Boh Sungai Palas... tapi sebelum tu kami singgah di MARDI ..
LADANG TEH BOH SUNGAI PALAS
Selepas melawat MARDI kami terus pergi ke Ladang Teh Boh Sungai Palas , btw ada beberapa tempat lagi ladang Teh di Cameron Highland tapi kami memilih di Sungai Palas , entah la kenapa mungkin nak feeling-feeling ombak rindu , sebab kat sini lokasi Ombak Rindu ok .. tapi jalan agak mencabar sikit sebab sangat la sempit , kecut perut jugak datang ke sini jadi sila memandu dengan berhemah tau .. walaupun pergi hari biasa ramai jugak orang datang ke sini .. jenuh jugak beratur untuk beli makanan ~
TAMAN BUNGA LAVENDER
Tempat last kitorang selama dua hari di Cameron Highland , Taman Bunga Lavender .. Yuran masuk untuk dewasa RM6 dan RM4 untuk kanak2... kat sini memang di penuhi bunga-bungaan yang sangat cantik .. memang cantik tempat ni , kalau korang kaki bergambar ataupun selfie ni tempat terbaik untuk korang hehe ... selain dari bunga Lavender , banyak juga bunga-bunga lain yang terdapat disini , siap boleh petik lagi tapi RM2 untuk sekuntum bunga ..
AGRO TECHNOLOGY PARK MARDI - di buka setiap hari kecuali Isnin
Apa yang ada di sini ? dah namanya pun MARDI , kat sini sebenarnya tempat penyelidikan agricultural yang telah di buka oleh kerajaan , bagi aku agak bosan jugak kat sini al-maklumlah bukan suka sangat bab2 menyelidik haha , tapi kalau korang yang sukakan alam semula jadi boleh la lepak kat sini , harga masuk hanya RM5.00 ..
bila suami amek gambar :p
LADANG TEH BOH SUNGAI PALAS
Selepas melawat MARDI kami terus pergi ke Ladang Teh Boh Sungai Palas , btw ada beberapa tempat lagi ladang Teh di Cameron Highland tapi kami memilih di Sungai Palas , entah la kenapa mungkin nak feeling-feeling ombak rindu , sebab kat sini lokasi Ombak Rindu ok .. tapi jalan agak mencabar sikit sebab sangat la sempit , kecut perut jugak datang ke sini jadi sila memandu dengan berhemah tau .. walaupun pergi hari biasa ramai jugak orang datang ke sini .. jenuh jugak beratur untuk beli makanan ~
Untuk naik ke sini agak semput jugak la kena daki tangga-tangga yang sangat la banyak , dah la tengah memboyot masa ni , tapi gigih sebab anak umi sangat la strong kan ! |
kat sini pun ada jual pelbagai jenis teh dan ole-ole , sedia wang banyak2 okey |
Tempat last kitorang selama dua hari di Cameron Highland , Taman Bunga Lavender .. Yuran masuk untuk dewasa RM6 dan RM4 untuk kanak2... kat sini memang di penuhi bunga-bungaan yang sangat cantik .. memang cantik tempat ni , kalau korang kaki bergambar ataupun selfie ni tempat terbaik untuk korang hehe ... selain dari bunga Lavender , banyak juga bunga-bunga lain yang terdapat disini , siap boleh petik lagi tapi RM2 untuk sekuntum bunga ..
ni semua bunga yang boleh di petik tapi berbayar la ok .. cantik tak ? qaseh tak petik pun sebab bukan jenis manusia yang suka jaga bunga , cuma suka tengok bunga je hehe |
ni pulak korang boleh ambil gambar polaroid , kalau tak silapRM10 .. untuk kenang - kenangan |
Hati berbicara :
Sebenarnya banyak lagi tempat2 menarik di Cameron Highland tapi semua yang tercoret adalah tempat2 paling popular orang kunjungi ~ hehe masa pun terhad dan tak larat sangat untuk berjalan ,, inshaaAllah datang lagi bawak Ayyan ke sini ..
Wow... Xpernah sampai yang lavender. Sempat bawa mummy daddy kt kilang teh.. rindu nk jejalan dgn derang...cantik gegambar.
BalasPadam