Assalamualaikum .. hai korang , Alhamdulillah dah masuk 5 Ramadhan , semalam dalam banyak-banyak hari aku sangat lembik , melepek je baring dengan Ayyan hingga ke petang , nasib baik Ayyan memahami keletihan uminya..
Berbalik pada tajuk entry , agak-agak aku marah siapalah kan ? Muka nampak lembut tapi garang macam kucing je , hihi takdela sebenarnya sesaje je , haritu ada la jugak aku buat survey kepada ibu bapak di facebook tentang '' Kalau korang ada anak kecil / baby , korang bagi tak orang luar yang korang langsung tak kenal nak dukung-dukung anak korang? '' Haaa korang bagi tak ? Sebabnya alkisah cerita aku pulak hari tu aku lepak pantai dengan Ayyan dan suami ,
Tengah syok lepak sambil menikmati green tea yaAllah nikmatnya air tu sejuk-sejuk dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa (jangan terliur) , kat meja sebelah aku ada sekumpulan anak muda , semua gadis-gadis pakaian pun bersih elok , muslimah sejati kiranya semua menutup aurat la ,tetiba salah seorang datang sambil berkata '' akak ! (eh bila pulak adik aku datang , teringat balik aku takde adik perempuan ) haa sambung balik , boleh tak saya nak dukung anak akak jap , eee comeinyaa ... aku bagi ke tak ? sebelum aku jawab aku nak share komen member-member tentang persoalan ini ..
Haaa banyak lagi komen-komen dari member yang dah banyak pengalaman ni , dan jawapan aku ialah tengok orang tu dulu macamana , fizikal dia , pakaian dia , cara dia haaa sempat pulak aku tilik kan , dan aku perati dari dekat tapi sekejap je la aku bagi ahaks tu pun sebab aku rasa macam serba salah haritu dan naluri aku cakap takpe untuk sekali ini sahaja muehehe , bukan la kita ni kedekut tapi zaman sekarang ni macam-macam boleh jadi , bersalin tu bukan mudah .. nak dapat rezeki anak pun bukan mudah , jadi lepas ni kalau boleh dalih , insyaAllah akan terus berdalih haha orang kata baik mencegah dari merawat kan ...
Hati berbicara :
Sekarang macam-macam jenayah ada , hurmmm isu phedophile pun makin menjadi-jadi , yaAllah semoga semuanya di jauhi dari anak-anak kita .. Ameen
tu lah niat di hati taknak bagi. kekadang ada yang "eii comelnya" pastu terus dukung. ada kekadang datang datang je "eii nak rasa badan dia" belum sempat cakap apa dah dukung -_-
BalasPadamtaktahu nak respon apa
ada terjadi..orang tu datang amik anak kita bagitau nak pinjam kejap..rasa tergamam sekejap..tapi masa kejadian kat kedai makan la..sebenarnya nak kata tak boleh tu rasa macm payah jugak...anak pulak jenis tak kisah dengan sesiapa pun..tu yang payah tu nak bagi alasan
BalasPadamtak bagi.. tapi kdg budak tu sndri yang actve nak berkawan. huwaaa
BalasPadamdepend pada org.. & kalo depan mata mmg kita tunggu sampai kita ambil balik.. tu la kalo jalan2 mmg sumbat dlm babywearing lekat kat dada takder sapa boleh ambik.. hehehhe
BalasPadamkalau tmpat terbuka cmtu boleh je.
BalasPadamnk kejor pn sonang kalu dia buat jahat.
yg x bagi bila kdai2 tepi jalan.
yg tu risiko.
susah jugak nak kata "taknak" sebab kadang kadang orang dah depa kan tangan nak dukung..adehhh..
BalasPadamERK....
BalasPadamX bagi kot...sambil muka kelat2 senyum & scan terus jari,kuku, gigi,baju org yg tanye tu ..:P
Pernah 1 x tu, masa tgh scan2 nak lauk pauk dkt 1 kedai makan, tetiba åkåk kedai tu terus ambik baby & cakap ' meh aka tlg pegang baby, adik pilih le lauk'
terus panik & purak2 tgk lauk sekejap & terus amik baby kate x jadik dan blah.
cemas, seram, lapau ..semua ada..
kalau ada anak comel mmg akan jadi tumpuan.. klu x bagi x leh gak.. cik en sndri pon suka naak comel.. tp cik en akan tegur je.. tnpa pegang.. hihi
BalasPadamI dont have a baby yet..but if I even had a baby sister or brother, I don't think I will allow it..but then again maybe bagi kowt.. :P
BalasPadamsebagai ibu, kakak TAK BAGI.. hee~
BalasPadam