Baby Wearing Review : I-Angel HipSeat Carrier | Carrier Bagus Untuk Baby 3 Bulan - 36 Bulan

Assalamualaikum , hari ni aku nak cerita tentang keperluan anak , sebelum ni aku ada post tentang perlu ke stroller baby ? dan ramai yang kata perlu dan juga sesetengah kata lebih baik carrier dari stroller .. bagi aku? dua-dua ada kepentingan masing-masing ~ tengok keadaan la , ada tempat stroller tak sesuai untuk di bawa , dan ada tempat carrier lebih menyenangkan anak dan juga parents .. 

Cerita pasal carrier ni dulu aku anti dengan parents yang bawak anak guna carrier , tapi ni dulu la sebelum ada anak sebabnya aku rasa macam eh , ''tak sakit ke baby bila di gendong dengan carrier'' ? ''macam siksa kan baby je'' dan banyak lagi la aku fikir , haha tapi bila dah ada anak ni haaa kalau nak dukung berejam lamanya dengan perangai tak reti duduk diam memang patah pinggang aku dahla Rayyan dah 7kg lebih dah fuhhh kuss semangat , dan bila sendiri gendong , sendiri letak Rayyan dalam carrier baru tahu sebenarnya baby selamat je dalam tu , selesa dan tak menyiksakan pun .. tapi harusla pilih carrier yang betul2 bagi keselesaan pada baby ..

Jadi apa pilihan carrier aku untuk Rayyan ? Jeng jeng jeng ,aku memilih JOSH Four Season Hipseat Carrier by I-Angel , kenapa aku memilih Hipseat Carrier ?sebabnya banyak kelebihan yang buat aku tertarik dengan carrier dari I-angel ni ..orang kata hipseat tak elok untuk baby , walhal sesuatu produk tu dah di kaji sebelum di perkenalkan , so pilihan masing-masing kan ?aku rasa dengan hipseat baby lebih selesa dari di gendong mcm2 cara hehe  apa yang buat aku tertarik dengan hipseat carrier dari I-Angel ni bukan hanya boleh di gendong dengan pelbagai posisi tapi juga di buat dalam bentuk ERGONOMIK ,

HIPSEAT DESIGN


 Benda pertama yang aku suka dengan i-angel Hipseat Carrier ni , aku boleh guna dua pilihan iaitu boleh guna hipseat sahaja ataupun  hipseat carrier [full wearing] , kalau baby korang jenis nak berdukung je memanjang ,jenuh jugak kan , lebih-lebih lagi kat rumah , takkan dalam rumah pun nak pakai carrier 24 jam , baby pun rimas jugak jadi dengan Hipseat ni lagi mudah dan tak lenguh pinggang bila dukung anak .. hipseat ni boleh ubah nak letak kiri ke kanan ke , haaa tu suka hati korang la .. lagi mudah nak buat keje , dan jugak menyusu.. memang tak lenguh pinggang aku lepas ni ..hehe kalau tengok dalam gambar atas tu , seat nya tak keras pun , jangan risau baby tak sakit bontot tapi lagi selesa amat , dan yang paling penting belakang korang tak rasa sakit dah ..

satu lagi korang tak perlu risau , hipseat ni memang kukuh amat , buckle pun besar gedabak kat belakang dan boleh di ketatkan seketat2 yang korang nak ..




Sesuatu produk bila di keluarkan haruslah di buat kajian dulu , haaa so dengan Hipseat ni boleh mengurangkan sakit belakang kepada mak pak sekalian .. nak buat kerja pun mudah kan , takdela anak asyik nak jatuh je .. gituuu


HIPSEAT CARRIER (Fully Wearing)
Untuk cantum hanya tampal dan zip di bahagian sini 


Ok tadi dah cerita guna hipseat sahaja , then pilihan ke dua mestilah full wearing , kalau pergi Shopping Mall or tempat-tempat yang crowded tak boleh la pakai hipset je kan , nanti jatuh plak anak korang haaa menangis tak berlagu .. nak pasang pun senang je , just zip kan mcm dalam gmbr atas tu haa .. nampak simple tapi sangat kukuh , dan carrier ni boleh menampung MIN 3.5 KG - MAX 20KG untuk baby 3-36 bulan, pertama kali guna , rasa ringan je  , berbeza la kalau dukung tanpa carrier sekejap je dah lenguh pinggang dan bahu . jadi carrier ni bagus untuk baby dan juga ibu bapa .. no pain anymore , yeah fall in love with this carrier !

pelbagai posisi la korang boleh guna , nak face in , face out ataupun belakang , tapi Rayyan tak suka sangat face in sebabnya dia jenis nak melihat semua benda dah sekarang , so posisi yang sesuai bagi dia face out la .. satu lagi Rayyan ni pantang sentuh benda atau pun mulut dia tersentuh apa-apa mesti dia nak gigit , tapi tak perlu risau sebab material di buat dari organik fabrik , takde bahan chemical yang buat kan anak kita terdedah pada bahaya lain .. amacam tak rugi punya pilih hipseat carrier untuk anak kita , yang penting selamat di gunakan dan memberi keselesaan pada dua pihak , ibu pun gembira , anak pun selesa .. lebih-lebih lagi kalau korang jenis kaki travel .. takde masalah dah punyalah !

Bergaya sangat anak Umi dengan I-Angel Hipseat Carrier ni ..

Pastikan anak selesa dan tulang dia dalam keadaan elok .. dua beza bila guna yang biasa dan juga Hipseat Ergonomik .. 

Antara posisi yang boleh di guna pakai bila guna Hipseat dan juga Full Wearing .. teruja tak , haaa haruslah teruja , baby pun suka punyalah !
Info Tentang  I-Angel HipSeat Carrier 
  • Has been approved as a safe product by the Korean Accreditation System 
  • I-Angel selects the highest quality materials and employs strict quality control easures that exceed global safety standards in the manufacturig of products to ensure a baby's safety and to fit mother's comfortably
  • Reasonable price and best quality !
Untuk Info Lanjut  boleh follow Facebook Page dan Instagram I-Angel di link bawah ye :

5 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Heheh sllu fkir tk skit ke anak ltk mcm tu.. tkde anak lagi..tk sure.

    BalasPadam
  2. Sakit pinggang kot pakai benda alah nie.. huhu

    BalasPadam
  3. hi selamat hari raya.. done follow u, follow me back ;)

    BalasPadam
  4. nak tunggu next baby la, boleh rembat set ni nanti. nampak macam selesa sangat anak duk dalam tu

    BalasPadam
  5. bagus tengok carrier ni..die duduk molek je

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama