Aku dan Suami Kembar?

Assalamualaikum and hye
hari ni aku nak cerita satu benda rahsia , sebenarnya aku dan suami kembar tapi terpisah jauh , ala-ala jejak kasih gitu .. tapi kalau kembar boleh kawen ke ? bukan ke kembar tu adik beradik ... huwaaaa drama sangat ! sila pok kepala aku haha .. 

Ok ni baru la cerita sebenar-benarnya , ermmm sebenarnya dragon ball ada 7 biji kesemuanya , eh lama pulak tak tengok Dragon Ball , dulu aku minat benar cite ni hikhik , ok sebenarnya aku dan suami bukan la kembar sedarah sedaging , cuma orang cakap kami kembar muka .. tang mana? aku pun tak tahu .. kesahnya bila aku upload gambar dengan suami mesti kawan-kwan kat fb akan komen ''muka korang sama'' ''kembar ke'' dan sewaktu dengannya .. ~




komen brother potia ni rasa macam nak sekeh2 je haha , terhibur baca komen sumeorang

Tapi aku selalu jugak tilik muka suami , tilik sekejap-sekejap je , kalau tilik lama-lama kang haaa eh ermmm haaa dah puas tilik tapi tak tahu la tang mana sama muka kami berdua . tapi ye lah kadang - kadang kita sendiri tengok memang tak nampak tapi bila orang lain tengok akan nampak persamaan tu , macam aku tengok orang lain jugak , tengok suami isteri muka dah macam adik beradik tapi depa tak perasan pun tang mana yang sama kann .. selama ni aku ingat muka aku sama macam Siti Nurhaliza je rupanya dengan laki sendiri uhukk hukk hukk

Hati Berbicara :
Orang tua-tua kata , bukan aku yang kata sebab aku muda lagi , depa kata kalau muka seiras dengan pasangan .. jodoh nya panjang .. kalau tak seiras tak panjang ke ? hihi tu pepatah orang-orang lama kan , apa-apa pun semoga jodoh kita semua berkekalan hingga ke syurga nanti ..




4 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. HEHE..Mmg samalah..cer pakaikan tudung tgk..haha

    BalasPadam
  2. hahaha betullah tu kak, ada iras2..mudah-mudahan jodoh hingga ke syurga,aamiin.

    BalasPadam
  3. Tu orang kata, jodoh ni muka akan2 dedua.. hehehehe

    BalasPadam
  4. Lawak dik Qaseh...heheh alhamdulilah akak suka tgk Qaseh pakai shawl labuh sejuk mata memandang...rindu dengan baby...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama