Percutian Awesome di Hard Rock Hotel Penang dengan Traveloka


Assalamualaikum



Hai korang , antara negeri yang aku suka pergi untuk bercuti ialah PENANG !! Selain Terengganu, Penang dengan laut memang tak dapat dipisahkan. Jadi kalau ke sana, memang tak sahlaa kalau tak ke pantai. Pulau kecil yang terletak di utara tanah air ni memang sentiasa penuh dengan pelancong, tak kira la dari dalam ataupun luar negara. Setiap hari adalah hari bercuti ok haha..Kat sini memang korang akan lihat pemandangan laut yang mengagumkan , makanan yang superb sedap , jalanan dan orang-orang kat sini memang peramah dan awesome ! So semuanya mmg perfect untuk idea percutian yang hebat bg korang yang tengah pening nak bercuti ke mana tu haa ..

Btw , Penang ni terbahagi kepada dua bahagian iaitu pulau dan tanah besar. Tapi aktiviti pelancongan kat sini lebih tertumpu pada bahagian pulau, lebih-lebih lagi di kawasan persisiran pantai Batu Ferringhi. Oleh sebab bentuk muka bumi di sini yang berbukit-bukau, kebanyakan pantai disini diserikan lagi dengan pemandangan bukit yang sangat memukau.Tapi korang tak perlu risau tentang penginapan sebab memang banyak Penang hotel near beach yang mempunyai pemandangan indah ni. Oh ye bagi yang kaki durian tu, orang cakap , korang boleh dapat the best black thorn and musang king kat sini !! Fuhh nikmat gila kan .. haa jangan lupa tau cari durian kat sini


Weekend Promo Hotel di Traveloka


Disebab jadual harian yg sangat pack so last minute survey penginapan ~ survey punya survey akhirnya aku terjumpa promosi weekend Batu Ferringghi hotel di satu laman web iaitu di Traveloka. First time jugak aku tahu pasal web ni , cool gila web ni ! siap ada diskaun hingga 73% masa weekend ! Biasa susah jugak la dapat diskaun time weekend kan , tapi kat Traveloka memang terbaik promo weekend , nak book pun senang sangat , then pilihan hotel lagila banyak .. website pun macam comel je .. hihi
Mudah je nak survey hotel or flight kat Traveloka ni 


Klik je dekat 73% diskaun untuk tengok promosi2 yang ada ~


Kalau nak tengok banyak lagi promosi klik je "promotion'' bahagian atas tu haa

So mana pilihan hotel aku kali ni ? dah survey bagai i get the best deal at Hard Rock Hotel Penang ! woohooo macam mimpi je dapat stay sini untuk percutian kali ni , di sebabkan nak ruang yang lebih besar dan dapat access terus ke kolam renang famous kat sini .. aku pilih Lagoon Deluxe ~memang terkesima dan terpegun la tengok bilik ni weh .. dengan di lengkapi king-sized bed , LED tv dengan in-room HD blockbuster movies , free internet access , streaming music channels , nespresso pod machine dengan selections of coffee, hansgermany rain shower dan yang paling penting ada kiblat directional signanage .. perfect !!



 Lagoon Deluxe 
 Swimming Pool 

Selain dari bilik yang menarik , makanan kat sini katanya memang sedap sangat , dan memang banyak makanan2 yang best dari street food hingga la ke fine dine , citarasa tempatan atau pun antarabangsa semua korang boleh jumpa kat sini , dan antara tempat yang famous dan aku suka ialah Starz Dinner dan Pizzeria ! tentang chef memang tak di nafikan mereka semua hebat2 ..dan korang kena try Asam Laksa dan Char Kuew Teaw yang superb best ! Korang bayangkan la , chef akan sediakan makanan korang live dengan api yang menyala2 depan mata ok , lepas tu hantar ke meja dengan panas2 berasap lagi .. menarik gila kan ! 

Starz Diner yang cantik amat 

 Pizzeria 

Selain tu , tak sah la kalau tak ber SPA uolss ~ Spa kat sini terletak di vila mewah yang menghadap laut , spa kat sini memang sangat berbeza dari tempat-tempat lain kerana ia berkonsepkan muzik .. Yela kan , nama pun hard rock haha .. Bezanya kesemua treatment kat sini menggunakan principle amplied vibration , pressure dan patterns .. bayangkan la setiap teknik urutan korang di susuli dengan rentak muzik (bass vibration , treble beats , dll ) yang membuatkan badan kita segar dan bertenaga .Confirm rasa macam nak tidur je kan .. dan yang paling penting korang tak perlu risau , sebab staff kat sini semuanya berpengalaman ..

 Mau tak tertido berspa menghadap laut 
Teknik urutan mengikut rentak muzik

So ni la sedikit sebanyak cerita yang dapat aku kongsikan kat korang semua , personally memang sangat berpuas hati dengan segala kemudahan yang ada di Hard Rock Hotel Penang .. InshaaAllah ada rezeki harusla datang lagi tapi bila tengok di https://www.traveloka.com/en-my/ banyak Batu Ferringghi hotels yang aku rasa nak stay ... Mana tahu ada rezeki lebih lagi boleh cuba hotel lima bintang yang lain pulak .. haaa kalau korang ada pengalaman best mahupun tak , boleh la tinggalkan url dan share ye , aku pun nak tahu jugak cerita korang !!


6 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. cantiknyeee hard rock hotel ni ... tapi terkejut tengok gambar yang last tu heheheh :D

    BalasPadam
  2. Wahh bestnya bercutiiii..nnt nak plan cuti gak laaa..dah dekat2 nK cuti skolah ni kena laaa usha2 tempat nak g bercuti..

    BalasPadam
  3. kalau balik kedah, selalu singgah penang rumah kakak.. maybe next time boleh stay kat hotel ni. nampak menarik giler kat sini

    BalasPadam
  4. perghh..tengok gmbr tu menarik perhatian betul

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama