Assalamualaikum and hye :)
Lama rasanya tak bercerita tentang Rayyan , sebab baru-baru ni internet tersangat lah buat hal dan kedua charger laptop tertinggal di kampung , so now dah boleh berblog setiap hari , inshaaAllah semoga istiqamah , nak mulakan balik kerajinan berblog .. harapnya hehehe
Pejam celik pejam celik dah 7 bulan anak Umi , Rayyan .. fuh sekejap je masa berlalu , tak puas rasa perut kene tendang tiap-tiap malam , ops jangan suruh aku tambah .. biarlah dua tahun dulu yee .. kalau ada rezeki ameen kan aje .. sian Rayyan tak cukup kasih sayang lagi haha .. hari ni Rayyan dah masuk 7 bulan 16 hari dah haa , seronok tengok perkembangan dia depan mata .. amacam perasaan jaga anak ni ? ada rasa macam nak meletup tak ? haha so far setakat ni emosi aku masih stabil lagi , takde perangai Rayyan yang menguji tahap kesabaran tertinggi , so far dia takde banyak meragam , masih lagi behave tapi bila dah masuk 7 bulan ni ada la perubahan sikit.
Btw kalau nak cerita pasal perkembangan anak ni lain anak lain perkembangan nya , ada yang lambat ada yang cepat .. risau ? mak mana yang tak risau kan tapi kalau doctor cakap benda tu biasa tak payah la nak di jadikan satu beban untuk tekanan buat diri sendiri , benda gini normal la (cakap mcm dah ramai anak kan ) haha tapi benda betul .. yang penting anak kita sihat walafiat di jauhkan dari sebarang penyakit berbahaya .. kalau kita sakit pun susah hati apatah lagi anak kan .. so doa tiap hari agar anak kita sentiasa di lindungi , ujian setiap orang lain .. Allah tak uji di luar kemampuan hambanya ! ok ?
Btw kalau nak cerita pasal perkembangan anak ni lain anak lain perkembangan nya , ada yang lambat ada yang cepat .. risau ? mak mana yang tak risau kan tapi kalau doctor cakap benda tu biasa tak payah la nak di jadikan satu beban untuk tekanan buat diri sendiri , benda gini normal la (cakap mcm dah ramai anak kan ) haha tapi benda betul .. yang penting anak kita sihat walafiat di jauhkan dari sebarang penyakit berbahaya .. kalau kita sakit pun susah hati apatah lagi anak kan .. so doa tiap hari agar anak kita sentiasa di lindungi , ujian setiap orang lain .. Allah tak uji di luar kemampuan hambanya ! ok ?
muka baru bangun tido , Rayyan ni kalau tido dia cukup , bangun je mesti ceria .. terus nak main benda2 merangkak sana sini ..
maaf la sepah sikit haha , rambut Rayyan macam pelik sikit kan kat tepi tu sebab umi n dedi dia tersilap potong haha sebabnya tak reti duk diam , mmg tak dapat nak potong kat kedai la kalau pesen gaya gini
Perkembangan Bayi Usia 7 Bulan
Belajar Duduk ,Merangkak & Memanjat
Rayyan memang baru boleh merangkak dan duduk masa umur 7 bulan .. tu pun banyak kali terlentang , banyak kali jatuh haha biasalah tu kan , usaha tu kan tangga kejayaan .. pertama kali dia pandai duduk memang bersorak la daku , ekpresi tu tak dapat di gambarkan kat sini , nanti pengsan yang menengok haha kegembiraan seorang ibu kan .. eceh .. tapi merangkak tu kadang2 bila dia rasa nak merangkak , biasa nya mengesot dada je .. tapi bila dedi dia balik kerja amboii laju kemain haaa ..bab memanjat ni risau jugak , suka panjat dekat2 dinding semua haishh lasak sungguh , takut dia jatuh je ..hurmm so target duduk dan merangkak berjaya ! Senang sikit kalau g shopping dan makan kat luar , boleh la Rayyan duduk dalam baby chair .
Tumbuh Gigi
Yeyyy nampak tak gigi dia cinocet je , hehe baru lagi tumbuh2 gigi ni haa .. tu pun nasib baik demam dia tak melarat , cuma dedar2 macam tu je la .. dalam dua hari , aku just lap-lap badan dia dengan tuala basah tak bagi badan dia makin panas .. alhamdulillah tak melarat dan ok dah .. sejak tumbuh gigi ni suka sangat buat2 bunyi dalam mulut haha mungkin rasa tak selesa lagi terima perubahan baru dalam mulut dia dan suka gigit dah !sakit kot kena gigit huwaaaaaa Umi redha nakkkkkk ~
Bermain /Mengenal / Memegang objek
Main dengan objek ni dah start umur 4 5 bulan macam tu , sekarang makin aktif la semua benda nak capai dan gigit .. asal nampak jauh ke dekat pasti dia nak g ambil , tambah2 suka sangat dengan lubang plug , haishh tu lah bila anak makin membesar ni rumah mmg takpela kalau kosong pun sebab semua benda dia nak teroka , hari tu pasu bunga nasib baik tak pecah .. so dah simpan semua dalam bilik stor haha sebab bahaya jugak untuk dia .. bagus perkembangan yang positif dan aktif .. cuma kena pantau sebab suka makan .. pantang ada benda kat tangan semua nak di suap dalam mulut
Mengikut / Pantang Berpisah
Amende la mengikut pulok ni , bahasa pata timo aku bagi hukaloh .. haha ni perubahan baru la . sebelum ni ok je tengok umi buat keje , dia duk kat depan tv sorg2 .. tapi sekarang pantang nampak umi bergerak mula lah nak nangis , tu susah sikit nak buat keje .. buat keje pun masa dia tido je la .. tapi ya ampun tido pun sekejap je kalau siang hari .. peel terbaru Rayyan , kat rumah setakat ni macam tu .. kat luar hari tu ok lagi dia dengan orang lain .. sekarang tak tahu la sebab lama jugak tak keluar jumpa member2 umi kan .. hehe
tapi bila dia macam tu rasa diri di perlukan sgt haha
Mudah Tersenyum
Rayyan memang mudah senyum , sejak dari kecik lagi kalau buat lawak-lawak hambar pun senyum je dia .. haha setakat ni memang murah dengan senyuman la .. kadang2 duk borak dengan suami pastu gelak2 tetiba dia pun ikut senyum sekali .. hihihi perangai comel sangat haaa , pastu tergelak je haaa layan dia .. ada satu peel dia nak gelak tapi sekali dengan air liur keluar , pesen senyum extra sembur air liur -_-
Pantang Tengok Orang Makan
Yang ni kalau kat rumah , umi n dedi pulak suka makan .. Rayyan mmg pantang tengok , walaupun waktu tu dia tengah khusyuk main , tetiba laju je datang .. tapi time org suap makanan dia asyik nak lari je haaa .. nak jugak makan macam org dewasa .. mesti besar ni kuat makan macam dedi kan , haha lagi pun masa mengandungkan dia memang aku kuat makan .. sabar ye nanti Umi suap Rayyan byk2 bagi bam bam .. sekarang tak tahu la berat dia berapa ,masa 6 bulan hari tu 7.7 , bulan depan baru check up .Wktu ni pun du berebut laptop dengan dia , nak ggit laptop pulak -_-
Hati berbicara :
Haaa tu je la kot perkembangan dia setelah masuk umur 7 bulan ni , doakan Rayyan sihat sokmo ye.. sekarang ni macam2 virus ada .. risau jugak bila fikir pasal penyakit berbahaya ni tambah2 melalui nyamuk .. semoga kita semua di jauhi dari segala penyakit .. inshaaAllah ameen :)
nanti Umi cerita lagi pasal Rayyan ye .. ni pun rasa berjam2 nak siapkan .. haha berebut menaip !
ishhh comeinya
BalasPadamdah besar dah. cukup setahun dah leh jadi blogger :P
BalasPadamrayyan omeyyyyy moga terus membesar dengan sihat ,aminnnn
BalasPadam