Assalamualaikum , jiwang qaseh comeback , jangan tak percaya aku ni jiwang orgnya , kalau tak percaya boleh baca lama2 punya kat tab luahan hati , jaga2 ! haha
Kadang-kadang penat berjalan asyik terpijak duri , sesekali ingin terbang di awangan biar angin pula yang membelai diri
Pernah tengok manusia yang hatinya sudah beku ? pernah tahu kenapa hati yang beku itu susah untuk di cairkan ? pernah tengok air mata yang sepatutnya keluar tapi sudah lama tidak mengalir ~ kerana dia telah move on , atau masih coba untuk ''move on'' dengan sesuatu yang teruk yang pernah menimpa dirinya .. saat itu kau lihat dia seolah tiada perasaan bila mengaitkan dengan sesuatu , seperti bersahaja menghirup air teh yang cukup kelat rasanya ~ reaksi tiada , keluh kesah apatah lagi ..
Bila seseorang itu sedang bangkit dengan sesuatu yang sebenarnya amat payah ! berkali-kali cuba bangkit tapi semakin terbuai .. dia akan ambil masa untuk dirinya sendiri ~ ibarat berada seorang diri di pulau tanpa sesiapa yang menyerabutkan dan mengingatkan dia tentang sesuatu .. kadang-kadang orang selalu fikir bila kita mendiamkan diri , menjauhi , melepaskan lelah dari kejauhan disangkakan kita sedang membenci ! sedangkan gelodak di jiwa sedang meletup , jika tidak di kawal mungkin akan hancur !
Betapa nak move on tu sangat memerlukan masa , betapa susahnya seperti ingin istiqamah dengan konsisten .. tahu ? so jangan pernah cuba untuk bersangka buruk jika tidak tahu apa yang sedang dia lalui , jangan pernah mengherdik jika tidak mampu menghulur tangan untuk membantu , jangan sayang ~ kerna ia mampu menambah luka .. andai dia ingin meminta masa .. berikanlah , andai dia ingin menyendiri .. biarkan lah ~ andai dia menjauhi .. redha lah ~ suatu waktu nanti dia akan kembali .. kembali dengan semangat yang lebih kuat.
Hati Berbicara :
Selalu melihat pengalaman orang yang sedaya upaya untuk move on dari kisah lalu , perit jerih semua ada ! sadis atas luka teruk yang pernah di lemparkan oleh manusia kejam .. tapi bila seseorang itu sudah habis fasa ''move on'' kembali cantik dengan semangat baru seakan baru di lahirkan kembali ..
Sabar sayang andai saat ini ada sesuatu yang menguji , kalau tiada sabar mungkin kita semua akan jatuh gaung , terhempas dan mati !
p/s : lama tidak menaip coretan sebegini , rindu aku sangat rindu seakan feel tu sampai , seperti pertama kali aku mengenal blog .. boleh kan setiap malam aku menulis sebegini ? Blog aku bukan ? :p
Tags:
Luahan hati
Betul tu.
BalasPadamfrom:
http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.my
Singah sekejap sini. Nak baca blog awak kalau ada yg menarik.
BalasPadamFrom:
http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com
hmm kadang orang cakap mudah je nak move on, hakikatnya susah :)
BalasPadammove on memang amik masa..lagi kalau benda tu menyakitkan sangat
BalasPadam