Assalamualaikum , salam jumaat semua .. di hari yang mulia ni nak share tips untuk jadi seorang yang lebih baik , marilah kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik , InshaAllah .. dan sebenarnya post ni untuk diri sendiri jugak yang banyak lalai dalam hidup .. Kadang-kadang bila kita nak berubah ke arah kebaikan ni ada juga antara segelintir yang kecam dan cop kita bajet baik .. so abaikan , butakan mata , pekakkan telinga ,kunci mulut , kuatkan hati dan jalan terus !
Pertama sekali apa-apa yang kita nak buat , tak kira apa pun kita kena ada niat , niat yang betul yang Allah redha bukan sekadar niat di mulut betul tapi di hati niat nak menunjuk sampai boleh jadi riak , takpe kita niat yang betul hanya Allah yang tahu , tapi hati kena kuat , kalau tak jatuh tersungkur tapi yakinkan diri kita mampu , kalau tak mampu buat banyak benda kebaikan , kita mulakan sikit-sikit .. bila dah kumpul sikit2 tu makin lama makin banyak kan ..
Kedua , apa benda sekalipun yang kita nak , jangan lupa doa sungguh-sungguh kat Allah , kalau kita kata kita nak jadi baik , setiap hari setiap malam , sambil berjalan , sambil buat kerja doa je ''YaAllah aku betul-betul nak jadi baik , baik dari masa lampau , baik dari hari ke hari , lebih baik dari hari semalam ! doa je Allah itu maha mendengar , kadang-kadang ada benda kita nak barang atau apa-apa pun kita doa sungguh-sungguh , mungkin hari ni , kita tak dapat , hari esok pun kita belum dapat , tapi inshaaAllah lama-lama Allah akan nilai dan hargai ''budak ni tak putus doa kat aku , aku nak tengok sampai bila'' dan satu hari doa itu pasti dimakbulkan juga ~
Yang ni sangat penting , andai kita tak tahu apa - apa kita boleh belajar kan , kalau kita dah tahu sesuatu tu kita pulak boleh mengajar orang yang sedang mencari sesuatu ilmu , bab belajar ni semua sekarang ada kat hujung jari je tapi pastikan betul , kalau rasa was-was kita boleh tanya orang yang lebih arif .. dan andai pulak ada seseorang bertanyakan sesuatu dan kita tahu , ajarlah dia sunguh-sungguh , kat situ kita dah beroleh pahala dan kebaikan.
Aku kadang-kadang suka sangat bertangguh , yes aku mengaku hurm , kadang-kadang dah niat dah esok nak buat itu ini , nak ubah cara hidup , nak konsisten dengan jadual yang di buat dalam minda , tapi bila bangun pagi esok ntah kemana semua jadual yang ada di kepala , kadang-kadang suka bertangguh nak tutup aurat , bertangguh nak baca quran , bertangguh solat .. lama kelamaan hati pun tak tenang .. so harapnya takde dah perangai yang suka sangat bertangguh ni !
Dan part yang paling payah sebenarnya adalah ISTIQAMAH , orang kata nak berubah tu sebenarnya senang sangat , tapi nak istiqamah tu sangat lah susah .. baru nak bangun dah jatuh balik , bangun lagi dan jatuh lagi .. ~ Allahu , tapi bila buat jahat senang je nak istiqamah ye .. hurmm kat dunia ni toilet nak masuk pun kena bayar , kat akhirat kelak nak masuk syurga pun bukan free , kena buat sesuatu .. semoga kita semua terus istiqamah dalam berbuat kebaikan , inshaAllah .. doakan korang semua dan tolong doakan aku juga :(
Hati Berbicara :
Aku tersesat menuju hati Mu , beri aku jalan yang indah..
semoga kita semua jadi antara orang yang baik-baik
BalasPadamnice tips ;)
BalasPadamsharing is caring
BalasPadam