Webfilm Tahun Baru Cina dari TNB Penuh Isi Tersirat | Cooking Hustle

Assalamualaikum 

Happy Chinese New Year buat semua yang merayakan , semoga tahun baru kalian lebih Ong hihi Gong Xi Fa Cai semua ~ yang bestnya dapat makan limau banyak-banyak , paling favourite bila tiba nya Chinese New Year , oh yeee sempena CNY  , qaseh ada menonton satu video ni dari TNB , (Tenaga Nasional Berhad ) korang dah tengok belum ? kalau belum boleh tengok webfilm pendek yang qaseh share kat bawah ni .. sempena Chinese New Year , TNB telah membuat satu filem pendek .. terbaik sangat video ni sebab banyak meseg tersirat yang ingin di sampaikan .. tengok dulu tau ! 

Cooking Hustle - TNB Chinese New Year 2017


Apa reaksi pertama korang bila tengok video ni ? kalau mata kasar first tengok video ni agak kelakar jugak dengan mak mentua yang garang macam singa , ipar duai yang semua hebat tapi seorang macam qaseh je haha tak reti nak masak opsss , tapi sebenarnya banyak mesej yang di sampaikan melalui satu video pendek ni , agak-agak apa ? btw orang kata kalau nak memikat suami ikatlah perut dia , nampak tak dengan masakan boleh menambahkan kasih sayang ..

Bila tiba CNY memang sinonim dengan ''makan besar'' kan , so Tahun Baru Cina adalah masa yang sangat sesuai untuk menyatupadukan keluarga , mengeratkan silaturahim , dan mengenepikan segala perbezaan , darjat or pangkat dan merapatkan balik ikatan .. tak kisahlah kau doktor ke , kau surirumah ke , semua benda tu letak tepi ~ 

Dalam video ni , masing-masing tunjuk power memasak untuk memenangi hati mak mentua , kalau yang jenis power memang mudah la nak pikat hati kan ? tapi sebenarnya bukan apa yang terhidang di atas meja yang dapat menggembirakan ahli keluarga , tapi ahli keluarga yang hadir tu sebenarnya lagi menggembirakan dan memeriahkan suasana , kalau hidangan sedap tapi tiada ahli yang datang ~ gembirakah ? tak kan .. mungkin suram je , telan makanan pun ibarat tiada rasa ... 

Kadang-kadang pertelingkahan or pergaduhan terjadi sebab sikap masing-masing , lebih-lebih lagi dalam keluarga yang ramai , ada yang pentingkan diri , ego , tunjuk bagus dan banyak lagi sikap negatif yang buatkan sebuah keluarga tu hilang seri .. so sepatutnya bila tiba perayaan besar segala perbezaan  diraikan dan bukan di ketepikan seperti hidangan  Tahun baru yang pelbagai jenis rasa dan rupa  , begitu jugalah dengan ahli keluarga kita 

Seperti pepatah , ''Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh'' , kebahagiaan itu akan tercipta apabila kita bersatu hati dan mesra antara satu sama lain , semoga video pendek dari TNB ni akan buka mata kita semua , dan rapatkan kembali jurang yang pernah kita bina .. kerana bahagia itu yang kita cari :) 

Table Of Harmony

Mungkin ada yang pernah bersengketa tersedih pulak layan video tu kan , jom main satu game dari TNB ni , gamenya senang sangat ! iaitu Table of Harmony , game apa ? eh mana boleh bagitau tapi ia akan menunjukkan itu lah cara korang dalam family .. so kat bawah ni step mudah korang boleh ikut 

    Step 3 : Jawab soalan mudah ni .. tekan jawapan korang , so qaseh pilih A , wuhuuu


    Step 4 : Unveil Your Dish 

    Tadaaa keluar result dia , so aku ni dalam ketegori Calm and wise , you give amazing advise to anyone who'll open up and share their troubles with you ! 
    eececece .. korang pulak dalam kategori apa agaknya .. so jangan lupa try ! 

    So korang jangan lupa ok tengok video pendek khas dari TNB ni dan jangan lupa main game Table of Harmony dan unveil your dish ! dan yang paling penting jangan lupa share or post as a gif , ajak kawan-kawan main game ni sekali orait ! 


8 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. menarik webfilm tu, banyak mesej berguna yang disampaikan. TOH tu pun menarik, boleh cuba buat.

    BalasPadam
  2. ibu mertua yang garang, tetap juga dapat merasa masakan dari menantu..

    BalasPadam
  3. Syok pulak layan filem pendek ni..

    BalasPadam
  4. lawak webfilm ni..lagi2 bab lap peluh ngn kaki tu..hehehe

    BalasPadam
  5. mystery dish sonok pulak main..macam2 personaliti boleh tau..hahaa

    BalasPadam
  6. mystery dish qaseh hebatnya.. pendengar dan penyelesai masalah yang baik rupanya Qaseh ni..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama