Edit Gambar Guna Smartfon Je ? | My Favourite App


Assalamualaikum 

Applikasi edit gambar yang wajib ada dalam telefon pintar | Lama sangat dah entry ni terbenam dalam draft , so hari ni aku nak kongsikan applikasi edit gambar yang memang my favourite forever and after , aku bukan seorang yang pro sangat bab mengedit gambar ni , untuk letak dekat instagram boleh lah hihi , by the way jangan kecam aku yang tak pro ni , hanya share cara aku edit gambar .. hehe , ada la jugak tanya biasa aku edit gambar guna app apa .. haa so cekidaut ! 

Dalam banyak-banyak applikasi yang ada , ini untuk mobile photoghraphy sahaja ye .. aku minat sangat edit dengan dua app ni je .. kalau guna yang lain macam tak berapa nak serasi dengan jiwa , lepas tu gambar semua edit pun ke laut .. iaitu applikasi SNAPSEED dan juga VSCO 

SNAPSEED

Kenapa aku suka dua app ni ? Fisrt SNAPSEED sebab ianya sangat lah mudah .. kalau kau rasa nak cantikkan lagi gambar yang ada , guna snapseed je pun dah lawa tapi kena pandai guna la .. kadang main hentam je pun dah lawa ~ asalkan editing tu tak terlalu over ! snapseed ni ada fungsi HDR , apply sikit pun naik seri gambar tu tapi kalau terlebih apply akan nampak comot .. biasa snapseed aku guna untuk gambar pemandangan mcm tu la .. 

Gambar lama dah masa berjinak-jinak dengan snapseed , edit ala-ala macam lukisan , agak comot sikit tapi nampak macam lukisan kan , gambar ni kat Umbai Melaka ..

Tool dan filter yang ada di Snapseed , biasa aku akan guna tune image je , ambiance (betul tak eja taktau haha) , brightness kalaunak cerahkan lagi , adjust temperature , yang ni paling penting sebab nak sekatakan tona warna , kalau macam warna kuning sangat boleh la adjust bagi warna biru-biru gitu , haa tengok sesuai dak dengan gambar korang ..
Filter biasa guna HDR , dia akan pantulkan lagi gambar korang , dan boleh adjust kekuatan HDR tu , kalau over sangat kurangkanla orait ! 

VSCO

VSCO pulak , banyak filter-filter yang mempunyai tone yang sangat menarik dan lawa , apa beza nya dengan snapseed , snapseed takde filter , vsco banyak filter yang korang boleh pilih , dan boleh adjust lagi filter tu nak strong ke week , sado ke tak sado semua boleh , tapi ada yang berbayar dan jugak free , dulu biasanya aku guna yang free je , selalu guna filter HB1 dan HB2 , lepas tu beli semua filter haha , A6 , A8 , A10 tu kebanyakan aku guna , campur-campur tengok keadaan gambar jugak 



Untuk kaki selfie boleh apply segala filter ni haaa , kalau gambar original sendu je , lepas filter kemahen ko .. haha fake sangat !

Hati Berbicara :

So selamat mencuba uolsss , tapi aku tahu ramai je dah guna snapseed ni kan , ce share korang edit gambar dengan smartfon guna applikasi apa ? sharing is caring right ?
Btw kalau korang suka edit gambar dengan tulisan , korang boleh cuba applikasi STUDIO , banyak tesxt yang menarik dan sharing dari orang lain , kalau nak yang simple guna PHONTO , semua applikasi ni hanya guna smartfon je .. okey
adios ~ 


2 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Kak Sue pun pakai Snapseed,tapi kalau gambar selpie gambar muka tak suka edit..suka natural gitum.ecehhhh...ehehe..

    BalasPadam
  2. Memang suka guna VSCO. Tapi, lately ni mmg suka pakai raw gambar je sbb mmg suka dengan kualiti and warna gambar sony. hehe.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama