2 Tahun Dah.....

Assalamualaikum ~

Terlambat plak nak update entry ulang tahun perkahwinan yang ke dua tahun , btw we ols punya anniversary 14 February , tapi dah masuk march baru boleh karang , nampak tak buat-buat busy sangat daku ni .. tq yso much atas doa-doa kalian kat facebook mahupun secara tersembunyi .. ameenkan semua doa kalian .. semoga korang semua juga mendapat kebahagiaan hingga ke syurga 


14 Feb 2015 - 14 Feb 2017, yeahhh dua tahun dah , masih setahun jagung dalam alam rumahtangga ni , lepas jalani ujian yang berliku .. yang ujiannya sentiasa aku yang mula , aku yang selalu bermasalah , aku jua lah yang selalu mengikt hati dan perasaan sendiri .. hihihi

Semua benda yang pahit tu aku nak lontar jauh - jauh , alhamdulillah sekarang kehidupan lebih tenang lebih-lebih lagi bila hadirnya seorang anak ni , betul orang kata anak ni pengerat kasih sayang , anak ni tambah kebahagiaan , dan apa-apa tindakan yang nak di lakukan first thing mesti fikir tentang anak .. tp yang tak punya anak bukan tidak bahagia .. tapi aturan Allah tu tepat pada masanya .. 

Allah tu maha mendengar dan maha penyayang , jangan sedih jika apa yang kita nak tak dapat kita miliki lagi , kerana akan ada rancanganNYA yang lagi baik buat kita .. dan yang pasti perancangan Allah itu lagi baik dari rancangan kita .. yang kita kena buat adalah sabar dan pandang segalanya dengan penuh hikmah .. walaupun sakit dan pedih sekalipun ~ siapa kita untuk melawan takdir Allah ? inshaAllah yang akhirnya yang indah-indah saja yang muncul

Yang penting sekali dalam hidup rumahtangga ni , kena ada sabar , bekerjasama , saling bantu membantu .. jangan cuba letakkan semua kerja rumah atas bahu isteri .. sekali sekala saling bantu , tq suami sebab selalu tolong hihi dan bila ada anak ni , gilir-gilir jaga .. kerja sesibuk mana pun , luang masa jugak dengan anak .. sebab anak ni perlukan dua kasih sayang bukan satu saja .. hihi 

So ! semoga kami terus hadapi alam rumahtangga ni dengan penuh matang , dan semoga Allah dan suami mengampuni segala dosa-dosaku .. 

Hati Berbiacara :



Hidup ni bukan seperti dalam novel , semua nya nampak sweet dan romatik je kan .. tapi ingat hidup ni adalah satu realiti , akan ada suatu waktu kita akan di uji .. dan semua tu menguji tahap kesabaran kita .. kalau tak mampu sabar maka hancur lah segala .. inshaAllah Allah takkan menguji hambanya di luar kemampuan hamba-hambanya 


4 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. semoga kekal bahagia till jannah sis!

    BalasPadam
  2. Saya pun nak masuk 2 tahun dah 4.4.2015 tapi bulan depan la cukup 2 tahun

    BalasPadam
  3. Semoga masjid dibina sentiasa kuat..InsyaAllah..

    BalasPadam
  4. Happy anniversary! Semoga terus bahagia hingga ke syurga. 😍

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama