Foodsbury Cafe Shah Alam | Berbaloi dan Sedap !

Assalamualaikum 

Semalam lepak Shah Alam , bawak Rayyan berbasikal kat Taman Botani Shah Alam , fuhh best jugak lepas situ main basikal .. sekarang baru terasa sakit kaki sebab dah lama gila tak kayuh basikal .. penat baq ang ! haha sampai melecur ibu jari (laki cakap over benaw main gear basikal sampai terkopek kulit) huh dia tak tau aku excited sangat kalah budak-budak .. so lepas balik tu terasa lapar sangat tahap kebulur ! padahal dah melantak nasi lemak .. (sebenonye malas masak bila balik rumah nanti ) 

So , harusla google dan tanya group semua ~ mana tempat best nak makan kat Shah Alam ni .. tekak rasa nak makanan makanan hipster , kemain ! laki pulak nak makan nasi .. hurmm biasalah adat pertandingan ada menang ada kalah , tapi kalau dengan perempuan haruslah perempuan yang menang ! haha .. so akhirnya decide nak pergi Foodsbury Cafe atas cadangan yayanatsumi , tq yaya ! 

Foodsbury Cafe Shah Alam | Berbaloi dan Sedap ? Betul ke sedap weh ?  aihh kalau aku cakap sedap , memang sedap sengoti .. hihi semua gambar take by fon je , penat nak snap dengan camera .. lapar sangat tau ~ 


Cafe ni takdela besar sangat , cute dan comel je tapi semalam pergi ramai jugak orang .. hampir penuh , bila makanan sedap mesti lah ramai yang datang kan , macam semut jugak lah kalau ada benda manis mesti dia akan pergi .. haha perumpamaan amende tah .. 

Bila masuk cafe ala-ala hipster ni , satu benda lagi tak tahu nak order apa .. tengok menu pulak takde gambar .. faham je la orang kg baca menu makanan hipster , krik krik 10 tahun kemudian ~ haha lepas tu lelakiku suggest ambil yang set je lah .. sama ada nak lambchop atau ayam , makanan lain yang ada dalam set ni sama je .. yang beza antara lamb chop dengan ayam .. so aku pilih lamb chop ! 

Sambil menunggu , ambil gambar sat buat kenang-kenangan di masa tua nanti .. 
Budak kecik tu memang selalu nak kena gomol .. 

Akhirnya sampai dah menu kita ~ yeahhh ingat kan portion nya takdelah besar mana sangat kan , tapi yaa ampun mampu tak habiskan ni haaa .. kalau ikutkan menu untuk 2-3 orang lah .. kalau korang membela saka ,seorang pun habis makan haha .. alhamdulillah habis jugak makan semalam , cuma ada sikit kentang tak dapat nak telan dah .. yang lain licin ! opsss

Dalam set ni ada 2 slices lamb chop , sedaplah lambchop dia .. nasib baik daging tak liat , lepastu 3 jenis pasta , salmon fillet , fries dan salad ! dan kesemuanya sedap belaka ... 


Harga untuk satu set ni Rm45 , berbaloi sebab bila tengok menu .. lamb chop sahaja dah Rm20 lebih seorang , so kalau korang order set ni , bukan takat lamb chop je kan boleh  makan .. pasta semua uols boleh rasa ~ gittew ! 


Air pulak , aku oder Salted Caramel (everyone fav !) lelakiku order teh ais vanilla .. 


Patutlah dalam kategori everyone favourite sebab sedap , lemak berkrim gitu .. minum sokmo kencing manis :p jarang - jarang boleh ye ...hihihi

INFO LANJUT :


Alamat:
No. 24, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A9/A,
Seksyen 9, 40100 Shah Alam

KLIK





7 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. telan ailio jap. berbaloi harga tu sebab dapat rasa semua . air tu lagi menggoda >,<

    BalasPadam
  2. huhuuuu mengundang tul la...ok masuk list,bila2 pi sana nak try.

    BalasPadam
  3. Platter tu menu baru. Later nak try. Huhuhu

    BalasPadam
  4. ya Allah, mengences ibu mengandung ni tengok makanan dia. hehe

    BalasPadam
  5. Sedap kannnn....xrugi kalu try hihi

    BalasPadam
  6. Besarnya portion dia dik Qaseh...tgk harga tu mmg berbaloi sgt...makan 4 orang dewasa ni puas hati kalau cm ni kan

    BalasPadam
  7. penuh, besar pulak tu..puas hati weeii

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama