Selamat Hari Wanita | Kerana Dirimu Begitu Beharga ~

Assalamualaikum 

Mensyukuri hari-hari yang sentiasa berlalu , mensyukuri dan menerima apa adanya yang berlaku dalam takdir yang telah di aturkan olehNya membuatkan aku menangis .. tq Allah atas usia yang masih berpanjangan , 8 Mac sempena hari wanita sedunia , aku ingin ucapkan selamat hari wanita buat semua wanita .. semoga kalian senantiasa dilindungi dan di berkati Allah .. hidup berbahagialah dengan apa pun ujian yang membelenggu ~ 


Buat wanita , aku juga seorang wanita yang lemah dan kian rapuh dengan hal duniawi .. terkadang tabah terkadang tersungkur .. dan bukan seorang yang hebat dalam kerjaya tapi aku bersyukur dengan apa adanya walaupun berkali di beri ujian ~ alhamdulillah masih boleh menangani dengan sekuat hati di samping seorang lelaki yang penyabar .. terima kasih kerana ada insan yang menghargai aku sebagai wanita ~ 


Wahai wanita , andai suatu waktu dulu kau rasa hidup kau telah gelap dek kerana kesilapan lalu yang bodoh dan memakan diri sendiri , meragut sesuatu yang amat berharga ~ jangan pernah sedih dan rasa diri tidak berguna .. bangkit dari masa lalu , dan menyesali segala perbuatan lalu dengan penuh hikmah  , perubahan dan taubat kerana menyesali masa lalu tanpa semua itu adalah sia-sia ~ jangan kerana suatu waktu dahulu , kau rasa diri tidak berguna ~ kau terus hancurkan hidup ini selamanya .. berhentilah menghukum diri sendiri kerana Allah itu ada dan maha mengampuni ..

Allah has a plan.
A plan far greater than you can imagine.
Stop worrying, stop stressing, and trust Him!"
Kadang-kadang sesetengah dari wanita terlalu menyayangi manusia hingga hidupnya dalam penderitaan .. ~ wahai wanita dirimu begitu berharga andai berada dalam kalangan orang yang tidak tahu menghargai dirimu .. lepaskan lah segalanya .. cukup-cukuplah menghamba kan diri atas rasa sayang yang sia-sia .. inshaAllah kebahagiaan yang lain akan muncul .. pasti ada kebahagiaan lain.. percayalah :) kerana kita begitu berharga dan selayaknya untuk yang tahu menghargai ..


Hati Berbicara :
Tidak ada insan di dunia ini yang tidak ingin bahagia dan dihargai ~ andai diri mu di kelilingi wanita-wanita yang sentiasa memberi kasih sayang hargai lah setiap detik , tenaga dan apa pun jua , kerana pada akhirnya yang di ingini oleh wanita adalah perhatian dan kasih sayang .. kan ?

2 Ulasan

TQ FOR COMMENT

Terbaru Lebih lama