Assalamualaikum
Sejak kawen dan terpisah agak jauh dari kawan-kawan rapat blogger memang susah sangat dah nak berjumpa , lebih-lebih lagi dah ada anak yang makin banyak perangai ni haaa .. tapi hari tu sempat jugak jumpa dengan semua , yeyyy ! tq sangat kat kaksue sebab sudi tumpangkan aku dan Rayyan tido kat rumah .. maaf bebanyak ya kaksue kalau menyusahkan hihi
Alkisahnya nak pergi mengurut sebab sakit nawww dah belakang ni , mungkin sebab selalu angkat Rayyan yang dah 10kg lebih , bayangkan lah lepas bersalin tak pergi mengurut langsung ! kat area rumah ni mana nak kenal sesape tukang urut hurmm so mengurut dengan mak saudara kaksue , fuh lega baq angg ! padahal banyak kali dah kot nak pergi mengurut tapi kena tunggu hencik suami free dululah .. akhirnyaa dapat jugak yeyyy inshaaAllah nanti repeat lagi .. nak mengurut jugak ? meh la area Banting je ..
Dah alang-alang kat rumah kaksue , banyak naww plan dia .. belum sampai rumah pun dah siap ada plan ! ko rase ? haha kemain mak-mak kesunyian ni haha .. so plan-plan , eh kaksue je la plan , aku tukang mengikut je haa .. tapi kan memang dah lama dah tak ''girls day out'' dapat jugak keluar berlima .. alhamdulillah
14 / 4 /2017 - Lunch di Aroi Thai (untuk kenangan di hari tua :p)
Memandangkan Kak Fiza dan Ty kerja , busy woman uols .. set date untuk lunch kat Aroi Thai , aku rasa dah berzaman kot nak lunch kat sini , haha akhirnya dapat juga , kalau Allah tak izin maka tak jadi , tapi bila tiba masanya Allah mudahkan la segala perancangan .. best ke makan kat sini ? sedap juga makanan kat sini , style macam boat noodle , tapi kat sini bukan mee je ada .. nasi , tomyam semua ada .. dan semuanya yang mangkuk-mangkuk kecik ni harga RM2.09 .. kakfiza cakap dah naik harga ! bebel macam mak jemah dia haaa
Aroi Thai Cyberjaya
haaa setiap mangkuk ni harga dia Rm2.09 , nak makan apa dan berapa banyak haa sukahati korang , makanan dia sedap-sedap belaka.
Always my favourite ! Green Tea ~
Edit je lebih :p
Kaksue stress haha !
15-4-2017 - Bowling dan Lunch di Alamanda
Plan nak main bowling , tapi sebenarnya tak sempat habis main bowling sebab bengang betul dengan staff bowling kat Alamanda ni , syok-syok main tetiba kena tukar tempat .. sebabnya ada orang dah booking tempat tu pukul 12.30 tengah hari sebab ada tournament , dah bongok sangat tak cakap awal-awal lepastu bagi kami main kat tempat ni kenapa ! adohaii terus takde mood .. apa lagi , refund balik lah duit ... tak kuasa nak pindah-pindah tempat eh .. lain kali bagitahu awal-awal lulssssss ..
Rayyan pulak buat perangai kat sini , Umi stegheehh tak tahu dia nak apa .. rasanya dia nak angkat bola tu tapi berat ! tak dapat mula lah nak nangis .. adohaa anak bertuah ini
btw lama gila tak jumpa mieza , cantik seperti selalu hehe .. tahniah mizaa , jaga diri elok-elok .. semoga bahagia selalu .. hihi
Dapat jugak jumpa si kecik ni , Aisyah Humaira .. mak oiiii kalah Rayyan , haha asyik kena pok je hihihi kelakar betui .. besar dah dia .. baru dapat jumpa
Budak mengamuk , lepas ni duduk rumah dengan dedi ! mak-mak nak keluar dengan senang hati haha .. awak sekarang mula menunjukkan tantrum2 yang sukar di duga kan .. ermm maybe sebab dia ngantok jugak.. lepas tu jatuh bawah meja plak tu hahaha sabar je la nak
dapat membowling sekejap pastu kita lunch kat Secret Resipe ! blur nak makan kat mana .. dah lama tak datang Alamanda so tempat makan yang biasa pergi pun dah berubah-rubah tempat .. jenuh oik nak cari ..
Happy lunch !
Hati berbicara :
Tq korang semua sudi lagi bertaut kasih , berjumpa dan bermesra .. dalam arena blogging ni , depa la yang rapat dan ngam dengan aku .. mungkin pernah terjadi salah faham , tapi harapnya yang dulu kita lupakan dan cipta kenangan yang manis-manis sahaja.. setiap manusia sering lakukan kesilapan .. dari qaseh pun mungkin dalam tak sedar ada melukakan hati korang semua .. minta maaf banyak-banyak ye .. sayang korang semua .. kalau boleh nak perhubungan ni berpanjangan sampai ke tua , walaupun jarang jumpa .. almaklumlah dah balik ke dalam hutan haha ..
thanx again , kaksue - http://www.sueizza.com , mieyza - http://hasyanaurah.com/, kak fiza - http://dismybelog.blogspot.my , dan yanty - http://www.yanty.my.. semoga di bawah rahmat Allah selalu dan syurga tempat kita kelak :)
Tags:
personal
Muahhhh2 nanti kita buat lg eh hahahha
BalasPadambila dah berjimba ni,rasa macam sekejap je kan masa berlalu...
BalasPadamseronok dpt hang out sekali sekala ramai2..
BalasPadamSeronoknya dpt berjimba2 gitu, rindu nak berjimba dgn kengkawan :)
BalasPadamTQ juga dear. Nanti lepak lagi ye. Harapnya hubungan antara kita akan kekal hingga sampai bila2. In sha Allah. Aamiin.
BalasPadamSeronok gathering mcm ni...lebih merapatkan ukhwah.
BalasPadamsyok dapat berjimba dengan rakan-rakan macam ni.
BalasPadamhaha..rayyan dah besar..
BalasPadam