Ahoy Cafe Subang Jaya | Dessert Sedap Harus Cuba !

Assalamualaikum 

Ahoy Cafe Subang Jaya | Signature of the best dessert ..Ahoy korang ! Jom jalan-jalan cari makan bersama qasehdalia.com  acewah , kali ni aku nak bagitahu satu cafe yang bertempat di Subang , iaitu Ahoy Cafe dan kepada  peminat dessert / pencuci mulut wajib terjah kat sini ! nak tau kenapa korang kena datang di Ahoy Cafe ni ? sebab dessert kat sini superb best dan sedap sangat tau .. tak percaya ? kena percaya jugak ! sebab makanan kat sini langsung tak mengecewakan .. bila makan rasa macam nak je simpan dalam perut selamanya tau .. nampak tak betapa sedap nya makanan kat sini ..

Sebelum tu jom kita tengok dekorasi cafe ni , aku suka dekorasi Ahoy Cafe ni , berkonsepkan kapal .. tengok dari luar pun dah nampak konsepnya kat sini .. bila korang cari tempat makan mesti lah nak tempat yang menarik kan , sebab aku memang sukakan keadaaan yang tenang dan tidak serabut .. 





Jika korang tak suka makan di dalam cafe , boleh makan di luar cafe  , pilihan masing-masing

Masuk je Ahoy Cafe ni , ada ruangan makan yang boleh bersila , macam best je kan .. aku memang lebih suka duduk bersila , orang kata lebih feel gitu 

Yang tak suka bersila jangan risau banyak bahagian yang ada dalm Ahoy Cafe ni , kerusi buaian macam ni , sofa , dan banyak lagi .. walaupun cafe ni tak besar tapi susun atur kat cafe ni nampak luas dan banyak ruangan makan untuk korang pilih..



Signature Of Ahoy Cafe
Setiap cafe atau restoren mesti ada signature masing-masing kan , so signature kat sini adalah dessert yang superb sedap gila weii tak tipu langsung , dan yang aku suka tentang cafe ni kebanyakan makanan kat sini adalah homemade ..  

Chocolate Angel Falls (Rm23.90)

Chocolate dia memang pekat , bagi peminat atau pun hantu choc memang korang akan jadikan sebagai list favourite , tapi macamanana nak makan ni  ? sebenarnya rupa dia malten kek tu korang kena potong sendiri , lepastu akan keluar lah cairan coklat turun membasahi aiskrim yang ada dalam balang tu haa .. nak makan nya korang masukkan je dalam balang semua then makan la sesuka hati .. sedap weiii terasa lagi dalam tekak ni haa

Matcha Angel Falls (Rm24.90)

Kalau minuman , antara favourite aku adalah Green Tea , dan Matcha Falls ni rasa dia adalah seperti green tea , bila di transformasi kan sebagai dessert agak-agak sedap tak ? tentulah sedap ! nasib baik sedap tau kalau tak peminat green tea menangis nanti ..hehe rasa cairan tu panas-panas bila masuk mulut lepas tu pekena pulak dengan aiskrim .. fuhh nikmat  

cara makan , potong kat tengah-tengah malten kek tu orait 

Twin Waffle (Rm24.90)

Waffle berkembar dua keping di apit dengan aiskrim vanilla , dan kepingan pisang .. makan waffle dengan aiskrim memang sedap ! 

Brown Island (Rm18.50)

Dihidangkan bersama espresso , so kena makan aiskrim vanilla , brownie dan kacang yang ada dengan espresso untuk rasa yang lebih lazat dan lebih umpph !  dan rasa dia macam kopi gitu .. besttt


Minuman 
Minuman wajib lah ada kan , apa minuman yang best di Ahoy Cafe , bawah ni antara 4 minuman yang aku cuba dan semuanya sedap .. tak tahu nak minum apa nanti ? boleh try minuman ni semua alright  yang pasti semuanya sangat berbaloi dengan harga

Passion Berry Yogurt Smoothies (Rm13.00)


Choco Berry Frappe (Rm16.00)


Matcha Caffe Latte (Rm11.00)


Matcha Chocolate Latte (Rm13.00

Makanan Berat / Ringan 
Selain dari dessert , terdapat juga makanan berat dan juga makanan ringan yang sangat sedap dan wajib cuba .. dan yang aku paling suka Smoked Duck Carbonara Spagheti .. yang ni sesuap aku rasa memang terus jatuh hati .. sedap sangat korang , tak tahu nak bagi gambaran betapa sukanya aku dengan menu yang ni , so nanti bila korang datang , wajib cuba tau ! wajib ok , WAJIB haaa capslock gitu haha 

Smoked Duck Carbonara Spaghetti (Rm22.00)

Tadaaaa ! ini lah dia kegemaran aku .. dah lama jugak la aku tak makan itik , dan sememangnya aku sukakan daging itik sebab ia manis .. bila di gabungkan dengan spaghetti , sosej dan ayam  , oh my god sedap sangat-sangat , macam nak mintak resepi gitu haha .. 

Close up sikit dia punya itik .. perghhh terasa lagi kesedapan dalam tekak , nanti bila pergi Subang nak g makan ni lagi !!!

Fish & Chips (Rm19.00)


Vege Aglio Olio Spaghetti (Rm16.00)

Vegetarian ? ada menu untuk korang dan salah satunya ini diaaa ..


Homemade Creamy Mushroom Soup With Toasted Bread (Rm9.00)

Kadang-kadang mesti korang kecewa dengan sesetengah restoren yang sediakan mushroom soup tapi guna yang dalam tin , kat sini adalah homemade ! so rasa dia lain dari yang lain tu yeee .. sedap ? eh kena la cuba sendiri .. tapi memang sedap pun .. anak-anak pun suka makanan macam ni 

Smoked Salmon Salad (Rm16.00)

salmon + salad = delicious ! korang sukakan salad boleh cuba menu ni ok ..

Chicken Kimchi Spaghetti

The last one ! kamsahamnida ! tetiba kan haha btw lama dah aku nak try kimchi jeruk tu tapi laki iols cakap tak payah nak acah-acah korea sgt la , dia tak tahu bini dia asal nya korea kikiki ok gurau je , yang suka sangat makan kimchi tu korang dah pernah ke makan dengan spagetti ? haa tak pernah la tu ~ kalau gitu mai la ke Ahoy Cafe try menu ni .. jangan malu-malu naaa ~ 

Pelbagai pilihan kek 
Selain tu juga di Ahoy Cafe banyak sangat pilihan kek yang ada , kalau korang nak order satu slice pun boleh .. kalau nak order sebiji kek pun lagi boleh tapi sebolehnya buat tempahan awal-awal okey .. dan semua kek ni adalah homemade dan di buat setiap hari oleh owner ..

Oh ye bagi yang muslim , sebelum tu tanya dulu sama ada kek halal atau tidak sebab sesetengahnya ada bahan alkohol :)

Kek Pango Yogurt (Rm11.90)


Kek Motcha Cornette Cheese  (Rm12.90)

So amacam ? ada terliur tak , sapu sikit air liur dah terkeluar tu ahaks .. hurmm sangat puas hati dan berbaloi makan kat sini .. semua makanan sedap-sedap dan hargannya tak lebih dari Rm25.00 .. saiz portion pun mengenyangkan melainkan korang bela saka .. heh heh .. jangan lupa tau kalau datang Subang Jaya sila terjah Ahoy Cafe ! 

Take note : Ahoy Cafe is Free Pork , dan semua bahan dari supplier yang halal / kek je sesetengah ada bahan non halal so nanti bila order jangan lupa tanya dulu alright ! 

More Info :

Adress : 74 Jalan SS15/4, 47500 Subang Jaya, Selangor
Whatsapp : 019-914 1334

Waktu operasi: 
Khamis hingga  Selasa (2PM-12AM)
Offday : Rabu



10 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Nyum nyum dappnyee boleh cuba nanti

    BalasPadam
  2. Bestnya ada tempat makan bersila, baru feel macam makan kat rumah.

    BalasPadam
  3. Awat sedap sangat ni weiii...bokeh terjah

    BalasPadam
  4. ahoy nama owner tu ke ? hehehe nampak macam sedap jek

    BalasPadam
  5. Wahh...siap ada buai...senang mak2 nak bersantap macamni..anak blh main buai

    BalasPadam
  6. sedapnya tengok. hehe nak kena try kedai ni . :)

    gambar pun lawa2

    http://www.kataubaid.com/2017/05/harga-tiket-top-komtar-pulau-pinang.html

    BalasPadam
  7. Wahhhhh... gamba cantik2 membuatkan perut ni bertambah berkeroncong.... g sane nnt nk try kedai ni...

    BalasPadam
  8. Mengancamnya tengok semua menu... lapar dah...

    BalasPadam
  9. Gulp. Sedapnyaaa makanan kat siniii

    BalasPadam
  10. sedapnya la hai choc angel falls tu. merecik air liur

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama