Pentingnya Bra Menyusu / Nursing Bra Untuk Ibu-Ibu

Hai , hari ni aku nak tanya dan survey sikit , bagi korang bra menyusu / nursing bra penting ke tidak buat ibu-ibu semua ? atau pun ''alaahhh pakai bra biasa pun dah memadai , nursing bra dah la mahal '' atau ''sangat penting , sebab ia memudahkan korang bila menyusukan baby'' .. 

Secara jujurnya bagi aku yang masih baru dalam dunia 'ibu' ni , awal-awal persiapan menyambut kelahiran baby lagi aku dah melakukan kesilapan .. yesss ! aku silap besar bila aku terlampau excited mencari kelengkapan baby , tapi aku lupa yang aku juga perlu pentingkan kelengkapan di waktu pantang dan selepas bersalin .. ini pentingnya ilmu dan jangan malu nak tanya orang-orang yang berpengalaman ! 


A lil throwback of my prince , Rayyan .. budak yang sangat kuat menyusu !

Bila Rayyan lahir dan bermula nya episod menyusu dalam kehidupan aku , baru lah aku tersedar yang nursing bra sangat-sangat penting , nasib baik jugak lah tersedar , kalau tak sedar2 guane gamok haha so bila nak menyusukan Rayyan pakai bra biasa sangat-sangat leceh dan merimaskan , lebih-lebih lagi pengalaman menyusu kan Rayyan sangat perit bila puting melecet ! lepas tu pakai pulak bra yang tak berkualiti lagi lah menyakitkan .. 




Ingat lagi pengalaman bawak Rayyan pergi klinik , tiba-tiba dia menangis nak susu .. so pergi lah ke bilik menyusu kan , ramai pulak ibu-ibu kat dalam tu , segan pulak sebab first time kan .. hurm Rayyan dah nangis-nangis ! masa tu tak beli pun bra menyusu , pakai bra biasa je uols , dan Rayyan pulak menyusu memang lama .. siap je dia nyusu , nampak ada garisan kesan merah sebab kena bra di hidung dia ... alahai kesian baby Umi  ~~~ 

So lepas tu aku terfikir , kan senang kalau bra yang selak terus ! Rayyan pun tak melalak tunggu Umi terkontang kantig nak bukak butang kat belakang bagi selesa hahaha .. sabo je lah ! jangan kecam tau sebab iols kan Umi baru .. acewah .. so start dari situ tersedar dan insaf lah , terus bagitau laki untuk belikan bra menyusu 

muka kekenyangan ! alahai rindu pulak masa ni .. 

tapi laki pandai ke belikan ? agak-agak ? -_- adohaaa memang tak la kan , so terpaksa lah jugak ikut , risau pulak salah beli bra yang terlebih seksi .. :p tapi nak beli nursing bra pun ada tips nya jugak , bukan apa ! payudara kita akan berubah saiz bila mengandung dan melahirkan anak .. so jangan pulak beli yang kecik atau yang biasa pakai..

Lagi satu untuk ibu-ibu yang bekerjaya , lagi lah pentingnya nursing bra ni , sebab nak memudahkan proses pengepaman susu , nak pam susu lagi lah leceh kan .. wajib beli nursing bra banyak-banyak .. 

Tips Memilih Bra Untuk Ibu Menyusu / Nursing Bra 
  • Pilih Ukuran Bra Yang Sesuai 
  • Bra yang mudah di buka dan ditutup menggunakan satu tangan 
  • Pilih Bra yang menggunakan kain kapas 
  • Hindari bra yang mempunyai besi
  • Pilih tali yang besar 

Jadi hari tu ajak laki shopping nursing bra , nak beraya ni kena semua yang baru termasuk yang dalaman haaa gitu .. lagi pun rasa macam makin lama makin ketat pulak yang beli tempoh hari  opss ! .. so jalan-jalan ke Kl target nak pergi kedai bmama .. tengok di page bmama banyak barangan yang menarik , dan memang sesuai untuk bakal ibu dan juga ibu yang menyusu .. 

Dulu salah satu sebab aku tak terfikir nak beli nursing bra ni sebab aku fikir , mesti design nursing bra macam mak nenek .. haha sebab aku pernah ternampak bra mak-mak zaman dulu , yeahhh memang memudahkan ada butang di depan .. tapi kemahen siap ada zip lagi lepas tu takde CUP dan sangat lah lembik .. aigooo! 

erghhhh weird thinking ! haha

B_Mama Maternity 

Walaupun kedai Bmama ni nampak kecik je , tapi banyak keperluan untuk bakal ibu dan juga ibu2 lepas bersalin , keperluan masa pantang yang nak baik pulih dan mencantikkan balik badan ada kat sini .. Bmama sebenarnya baru bukak cawangan di sini sebab sebelum ni cawangan nya di Sabah yang dah beroperasi selama 4 tahun .. 


Banyak pilihan dan design yang menarik , so korang boleh pilih any design yang berkenan dan harga nya pun sangat berbaloi .. so aku sukakan bra yang design nya ada lace  dan warna-warna pastel .. wow nampak tak warna lembut tu seperti ibu yang sangat penyayang ! ahaks ..

kalau korang macam aku yang takde pengalaman how to choose nursing bra , korang boleh tanya pada staff kat sini , banyak ilmu dan juga tips yang korang boleh apply sewaktu pemilihan nursing bra .. jangan malu-malu nanti sesat jalan tau ! 

Design Yang Menarik 

Pilihan pertama aku , bra Cocorita , yang pasti bukan KING COCO k .. aku suka design bra ni , warna lembut dan lace yang berkualiti .. jangan risau lace-lace ni tak buatkan kulit korang jadi gatal ok .. nampak tak label tu , design in Australia 



Kebanyakan nursing bra mesti dia punya tali besar kan .. bagus  tau sebab ia memberi sokongan pada payudara korang dan lebih memberi keselesaan .. antara tips nak cari nursing bra yang bagus .. dan ada 4 baris cangkuk , so boleh selaraskan mengikut keselesaan masing-masing 

Nursing bra pun sexy okey .. :p

Tiada Besi 

Dah banyak kali dah sebenarnya aku tercucuk besi bra haha tapi still pakai jugak kan ! sebab tak pernah jumpa design yang macam tu tapi takde besi ... haaa korang paham dok maksud aku ? tapi suka sangat bila datang sini , aku jumpa bra yang aku nak tapi tiada besi kat dalam .. wahhh serious happy ! bakal ibu hindari beli bra yang ada besi nanti ok ! sebab ia mengganggu proses penghasilan susu dan tak selesa la untuk korang nanti 

masih lagi pilih design yang ada lace comei-comei haha .. 

Mudah Di Buka 

Kenapa orang cari nursing bra ? of course la yang mudah untuk di buka hanya menggunakan sebelah tangan .. so atas pilihan korang lah nak yang jenis macam mana , aku pilih yang cangkut di tali .. bila riba anak kan , sebelah tangan lagi hanya klik kat cangkuk dan terbukak .. so sangat mudah , atau pun korang boleh pilih yang ada butang di depan .. haaa lagi mudah ! 



kain dia sangat selesa dan lembut , pastikan korang beli kain yang mudah menyerap tau , walaupun berpeluh ia tetap memberi keselesaan pada korang , kulit pun boleh bernafas dengan helok .. 

Alang-alang berada kat sini , selain tershopping nursing bra .. tertarik dengan ''seluar dalam'' Viscose ni .. faham-faham je lah perempuan kadang berpeluh sana sini , so seluar ni memberi lebih keselesaan dan kulit boleh bernafas dengan bebas .. bila datang bulan lagi selesa pakai ni .. 




Selain tu banyak lagi barangan untuk bakal ibu kat sini , pakaian dalam yang pasti memberi keselesaan .. contoh seluar dalam yang sokong perut bila perut makin membesar , bengkung , pakaian sewaktu mengandung , ginger homemade dan banyak lagi lah .. 

Antara barangan yang terkenal dan sangat berkualiti , dan sesetengahnya sangat popular di Jepun 
  • Inujirushi Maternity 
  • Kawaii Range of slimming wear
  • Satine Range of slimming wear
  • Canmake Tokyo cosmetic
  • Sleep-well Ginger powder
  • Energizing Ginger Honey Vinegar


Semoga perkongsian aku ni banyak memberi manfaat dan ilmu pada korang , jangan lupa singah kedai bmama_maternity tau .. recommended shop untuk bakal ibu dan juga ibu-ibu kat luar sana .. jangan lupa share kat semua betapa pentingnya nursing bra kepada ibu-ibu ... yang selesa nya korang , yang bahagia always our baby ! hehehe so kat mana kedai bmama_maternity ni ? segala info kat bawah okey !  tq for reading ..



12 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Cantiknyaaaaa..tp mmg sgt bguna time menyusu..

    BalasPadam
  2. Cantiknya bra menyusu ni...aah kalau ada besi x selesa nak menyusu utk baby...

    BalasPadam
  3. Wah kena beli ni. Yaya baru standby 2 pasang je hee

    BalasPadam
  4. Tqq for good sharing qaseh ! kene pegi kedai ni la nanti

    BalasPadam
  5. Memang pakai nursing bra dari anak sulung lagi, selesa dan senang nak menyusukan anak.

    BalasPadam
  6. kita pun masa mula2 lahirkan fraiza tak beli nursing bra, angkat je la masa dia nak susu..hahaa..sekarng banyak dh nursing bra beli

    BalasPadam
  7. tunggu ada anak nti beli . kekekeke

    BalasPadam
  8. cantik2 nya tgk gini pun dah rambang mata huhuu..sama la kak sue dah pantang baru kelam kabut cari bra menyusu,pengalaman kat klinik tu sampai selok anok hahahaha

    BalasPadam
  9. Pengalaman awak sama mcm Ana. First time bawa anak check up pakai bra Biasa je. Kelam kabut nk bg susu. Haha.

    BalasPadam
  10. Nursing bra memudahkan kan..
    Ngancam bra2 nya.cantik2,,

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama