Cara Meransang Memori Dan Pembelajaran Anak-Anak


Bagaimana Caranya Untuk Merangsang Memori dan Pembelajaran Anak-Anak | Bila dah jadi ibu ni baru lah qaseh tahu betapa mencabarnya untuk membesarkan anak , ibu mana yang tidak mau anak mereka kekal cerdas dan cergas dan membesar dengan perkembangan yang bagus .. of course semua ibu mahukan anak mereka macam tu kan ..


Tapi kadang-kadang masih ada ibu bapa yang mengambil lewa terhadap perkembangan otak anak-anak , mungkin terlalu sibuk dengan kehidupan harian .. huh qaseh pun tak terkecuali , ada masa terlepas pandang dengan benda-benda macam ni .. sedangkan perkembangan otak anak - anak sangat penting dan perlu di rangsang sepenuhnya bagi meningkatkan daya memori dan juga pembelajaran mereka ..




 alah anak aku kecik lagi , buat apa nak rangsang otak dia sedangkan dia sihat walafiat , maknanya perkembangan otak dia pun selari lah !

Jangan fikir walaupun anak - anak kecil lagi , mereka tak perlu di rangsang , sedangkan sejak kandungan 5 bulan lagi beberapa bilion sel otak telah tumbuh dan ketika lahir otak bayi mengandungi 100 bilion sel neuron dan akan berterusan .. so kalau korang sebagai ibu bapa  tidak merangsang sel-sel otak anak-anak ? biarkan mereka bermain sendirian ~ macamana sel-sel otak ini akan terus berhubung ?



Baca juga : Amalan Zikir Sepanjang Anak Menghadapi Peperiksaan {alertInfo}

Jadi qaseh pun sebenarnya terfikir benda ni semua , dan qaseh sebagai ibu lebih-lebih lagi baru sangat dalam dunia keibuan ni risau sangat jika terlepas pandang terhadap perkembangan otak Rayyan , so bagi ibu bapa di luar sana , bila timbul je kesedaran masih belum terlambat untuk meransang sel-sel otak mereka , yang pasti harus konsisten dan sabar , bawah ni ada tips yang qaseh boleh share dengan korang semua

  • Luangkan Masa Untuk Bermain 

Walau sibuk macamana pun jangan biar anak bermain seorang diri , anak-anak perlukan ibu bapa untuk bermain , bergembira dan bergurau senda .. korang boleh lah cuba pelbagai mainan yang boleh meransang daya ingatan mereka , contoh mengenal anggota badan , '' where your eyes , where your nose ''.. dengan cara tu anak dapat belajar dan mengenal dengan mudah

  • Muzik
Kenapa kita kadang masih teringat lagu waktu zaman kecil tapi tidak mengingati dialog ? nampak tak ~ muzik mampu menguatkan daya memori kita , so apply lah dalam pembelajaran anak-anak .. boleh lah uols tunjuk bakat nyanyian yang ada sambil selitkan dengan pelajaran

  • Bertanyakan soalan 

Bila bermain bersama anak , ibu boleh lah ajarkan siapa nama dia , mana diri dia .. contoh qaseh selalu jugak tanya anak (Rayyan) '' mana Rayyan ! sambil angkat tangan dia , dan jawab ''saya Rayyam ! '' then bila selalu buat rutin tu , tak perlu ajar dah , bila tanya je diri dia , terus dia angkat tangan .. otak dia dah mula terima arahan dan pertanyaan orang , anak-anak mudah je terima apa je yang keluar dari ibu bapa bila selalu di ransang



  • Main permainan yang menguji minda  


Sekarang pelbagai mainan yang boleh mengasah motor fikiran anak kita berfikir , contohnya belikan anak flash card / lego yang boleh membuatkan mereka berfikir , dengan ajaran dari ibu bapa , sel-sel otak mereka akan brhubung dan dengan mudah dapat menyelesaikan ssuatu perkara dengan mudah


  • Susu Yang Berkhasiat (Selain susu ibu)
Paling penting bagi qaseh adalah memberi Rayyan susu yang mempunyai segala nutrien penting lebih-lebih lagi DHA dan GA , sebab apa ? kerana selain dari aktiviti di atas , makanan yang baik , DHA dan GA sangat penting dalam tumbesaran otak .. so selain dari makanan berasaskan ternakan pengambilan GA boleh di pertingkatkan lagi dengan pengambilan susu / produk tenusu.
DHA ni membantu dalam pembentukan sel-sel otak dan GA menyokong pembentukan hubungan sel-sel otak ..tumbesaran otak dalam tiga tahun pertama sangat  penting dan boleh mempengaruhi perkembangan anak-anak dari segi emosi , sosial dan kognitif

Untuk Rayyan qaseh memilih susu Anmum Essential sebagai susu tambahan dia , pernah tak korang sebagai ibu-bapa  mengambil berat tentang apa yang terkandung dalam susu anak ? atau sekadar beli je ? ini juga salah satu benda yang ibu bapa terlepas pandang .. betapa pentingnya kandungan susu untuk anak-anak 


Kenapa qaseh memilih susu Anmum Essential untuk Rayyan
  • Mempunyai semua nutrien penting seperti GA® dan DHA
  • Tiada gula tambahan 
  • Mengandungi Inulin dan FOS - Serat makanan penting dalam menghasilkan persekitaran usus yang baik bagi penyerapan nutrien yang efektif  
  • Diperkayakan dengan vitamin-vitamin dan mineral untuk keperluan si manja setiap hari.Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan nutrien-nutrien penting untuk tumbesaran dan perkembangan yang optimum
Kanak-kanak 2-6 tahun tidak sepatutnya mengambil lebih dari 3 sudu teh gula tambahan dalam sehari ! dan kanak-kanak berumur 7-10 tidak boleh mengambil 4 sudu teh gula tambahan dalam sehari     ''Kanak-kanak 2-6 tahun tidak sepatutnya mengambil lebih dari 3 sudu teh gula tambahan  dalam sehari ! dan kanak-kanak berumur 7-10 tidak boleh mengambil 4 sudu teh gula tambahan dalam sehari
Dengan memilih susu Anmum Essential sebagai susu tambahan buat Rayyan , qaseh boleh mengelakkan dari berlakunya risiko obesiti , mengurangkan kecenderungan Rayyan kepada makanan yang manis-manis dan juga mengelakkan karies gigi terjadi pada dia kerana susu Anmum Essential tiada gula tambahan .. ia sangat penting untuk kekal cergas dan otak pun cerdas

Qaseh harap lepas ni semua ibu bapa peka terhadap apa yang terkandung dalam susu , dan tahu tentang perkembangan otak dan cara merangsang agar sel-sel otak terus berhubung .. bukan mudah menjadi ibu bapa tapi andainya ada ilmu yang kita boleh gali dan praktikkan inshaAllah anak-anak akan membesar dengan otak yang cerdas dan badan yang cergas .. kalau hari ni kita tak tahu , dan hari kita tersedar .. kenapa nak bertangguh lagi ?


Apa yang penting dari ibu bapa kepada anak - anak adalah macamana kita memberi nutrisi yang bagus kepada mereka dan makin banyak masa yang di luangkan bersama anak-anak , semakin meningkat perkembangan sel-sel otak mereka :)

More info :
Amazing Facts About The Brain


32 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Bagus tips nie. Boleh eyqa praktikkan untuk anak-anak saudara eyqa jaga nie..

    BalasPadam
  2. Nutrisi n pemakanan mmg penting utk anak2 but kita selain dr aktiviti lain2 yg boleh meransang

    BalasPadam
  3. Bagus susu anmum ni sbb byk testimonial sis baca menyokong pembentukkan si comel terus sihat dan kuat

    BalasPadam
  4. boleh la suggest pada kakak ipar untuk bg anak buah saya anmum..

    BalasPadam
  5. Bagus benda... Untuk menggalakkan lagi perkembngan minda bayi.

    BalasPadam
  6. Waaah good info ni... leh jadi panduan untuk ibu2 dan bapak2 jugak

    BalasPadam
  7. little boy pun minum ni dari kecik.. hehehe.. sampai skrg

    BalasPadam
  8. Comelnya Rayyan rasa nak gigit pipi tu. Nice sharing Qaseh. Berguna info nie bila dah bergelar parents nanti. Tq. 😘

    BalasPadam
  9. Dulu pn bg anmum kat anak. Good tips anyway.. dari bermain.. mcm2 ilmu leh dpt

    BalasPadam
  10. Setuju sangat, kita sebagai ibu bapa adalah peranan utama untuk rangsang perkembangan minda anak². Terutamanya melalui didikan dan makanan yang sihat!

    BalasPadam
  11. Akiff dgn Azif pun setia dgn Anmum dari kecik smpai skrg...

    BalasPadam
  12. Belum ade pengalaman.. Moga ade rezeki bergelar ibuuu..

    BalasPadam
  13. Aydina belum amik fm lg... so far susu ibu je... cuma pemakanan lin jaga buat masa skrg. Main tu xrisau dia ada abg2 yg join main sama...

    BalasPadam
  14. Betul tu, nutrisi dan ransangan sejak kecil penting untuk perkembangan otak anak anak

    BalasPadam
  15. Merangsang pembelajaran anak2 adalah amat penting

    BalasPadam
  16. Otak anak2 umpama "sponge". tahap serapannya sangat tinggi. merangsang otak anak2 melalui sesi fun learning dan jugak nutrisi yang baik memang sangat penting utk perkembangan otak mereka.

    BalasPadam
  17. Tips lagi - antar anak2 pergi kelas mcm kelas bermain ,kelas seni, kelas music.. Salah satunya recommended kat Gymboree Malaysia

    BalasPadam
  18. Alhamdulillah, dah berjaya follow sini👍

    BalasPadam
  19. Nutrisi yang lengkap sangat membantu minda anak Kita. Good sharing Qaseh

    BalasPadam
  20. Info bagus ni... comelnye anak umi ni

    BalasPadam
  21. Comelnya rayyan.. muah. Simpan ilmu guna bila ada anak nanti. Aaminn.

    BalasPadam
  22. Alhamdulillah satu perkongsian berguna buat ibu bapa di luar sana dalam pemilihan susu terbaik untuk anak anak bagi merangsang perkembangan minda anak anak..

    BalasPadam
  23. betul.

    bebudak memang laju serapan diorang.

    BalasPadam
  24. Nice tip...komunikasi ngan anak adalah rangsangan terbaik...

    BalasPadam
  25. Hihi...kalau saya bercakap dengan yaya...mesti dia...ha ha ha ? Penat tau..hahaha

    BalasPadam
  26. bagus semua tips..boleh cuba aplikasikan kepada anaklah..

    BalasPadam
  27. alhamdulillah tips yg dikongsi sini memang sy puan praktiskan dan sy admit memang sangat berkesan blh nampak perkembangan anak :-) suka baca blog qasehdalia ni :-)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama