Ramadhan 5 | Bila Gas Habis !


Hari ni terasa macam nak pengsan dengan karenah Rayyan , dah hari ni jugak aku rasa serba tak kena .. tak tahu lah kenapa tapi tu lah dalam kehidupan ni , pasti ada satu hari segala benda yang aku buat tak menjadi , pegang itu jatuh , pegang benda tu tumpah .. arghhh bila jadi benda-benda macam ni , ambil masa sekejap .. cuba tarik nafas dalam-dalam , hembus perlahan-lahan dan try to be relax .. sabar dan teruskan dengan plan yang teratur ! 

Bila dah rasa tenang sikit , masuk dapur pakai apron , basuh beras sebab nak buat kan bubur untuk Rayyan , dia sekarang kalau suap nasi kurang makan , tapi kalau buat bubur banyak la pulak makan .. hai lah Rayyan nak jadi baby balik la tu .. dah letak atas dapur , tup tup sekejap je tetiba gas habis ! aduhh stress betul baru je nak tenang tadi .. ada satu pilihan je masak guna periuk elektrik ~ 

Boleh ke masak guna periuk elektrik ?? terus post dekat facebook tanya pendapat ahahaha aku suka tanya dekat facebook sebab kawan-kawan semua membantu .. so apa lagi try je lah guna dari nanti berlapar .. nak tunggu suami balik jenuh lah tunggu dia ,  no telefon gas pulak hilang -_- so tak masak banyak pun tadi , jenis suami tak makan lauk banyak .. simple is nice , konon nya ahaks 

Dua Resepi Mudah Untuk Berbuka Puasa Guna Periuk Elektrik :p

dalam banyak-banyak masakan aku , dia suka makan ayam masak merah simple ni .. selalu request nak makan macam ni , so aiols buat je lah

Dan sayur sawi goreng dengan carrot .. haa ni bagi Rayyan makan banyak-banyak sayur 

So simple kan makanan berbuka kitorang hehe , yang pasti takde pembaziran dan habis licin makan .. ada jugak buat agar-agar milo tadi buat pemanis mulut  dan jugak kurma .. yeahh alhamdulillah for today walaupun kelam kabut :') Tq kerana sudi membaca ..

Hati berbicara :
Esok macam nak buat Hati Goreng Berlada .. sekali sekala makan hati takpe tapi jangan selalu ''makanhati'' , ops ! selamat bersahur .. 





5 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. soooo cam mana cara masak tu guna periuk letrik?

    BalasPadam
  2. Aduhai, LZ dapat bayangkan betapa sibuk Dalia petang semalam dengan gas habis lagi.. Mencabar sungguh..

    Tapi at last berjaya handle semua tu.. Mmg super mommy.. Creative cari alternative masak guna periuk nasi.. bravo! 👏👏👏

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi terpaksa lah , nanti kang berbuka dgn air kosong

      Padam
  3. nasib baiklah ada peiruk elektrik kat rumah kan..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama