Surya Apple Cider Vinegar | Kelebihan dan Khasiat Cuka Epal Dengan Tambahan Madu

Salam ramadhan semua , cepatnya masa berlalu , ramadhan tahun ni banyak betul ilmu yang masuk , ilmu mende ? ilmu tentang benda-benda yang berkhasiat tapi selama ni tak pernah tahu pun .. so setiap benda yang best-best mesti aku akan kongsi dekat korang melalui blog ni la .. hari ni aku nak share pasal Apple Cider Vinegar atau bahasa mudahnya orang selalu panggil cuka epal ..

Selama ni pernah lah jugak aku dengar pasal Apple Cinegar ni , tapi tak tau mende pun ingatkan macam cuka biasa je hehe (kot-kot boleh buat ''colek'' buah haha tapi bukan .. hari tu pun aku ada buat survey dekat fb ada tak yang menggunakan Apple Cinegar dalam kehidupan harian mereka , tapi krik-krik je , maknanya ramai jugak la yang masih tak tahu khasiat cuka epal ni sebenarnya .. hurm tapi takpe aku akan share bagi korang terus g beli , murah terlajak rupanya cuka epal ni.

Apple Cider Vinegar keluaran Surya Malaysia ni ada campuran madu , so rasa dia takde la masam sangat , masam-masam manis macam tu , kalau korang memang nak sangat turunkan berat badan atau pun diet , cuba amalkan ni sebagai minuman .. dan banyak sangat kelebihan Apple Cinegar Vinegar ni .


Kelebihan Apple Cider Vinegar

  • Detoks 
Cuka epal sangat penting untuk membuang toksik dalam badan kerana memilki kandungan yang sangat baik dalam membantu tubuh membuang segala toksik yang boleh menyebabkan pelbagai penyaki

  • Menurunkan berat badan 
Terdapat beberapa kandungan zat di dalam cuka epal yang dapat membantu meningkatkan metabolisme dalam badan dengan mencampurkan 2 sudu besar cuka epal dalam air suam dan membuat nya sebagai minuman rutin , yang penting konsisten 

  • Menjaga kesihatan sistem pencernaan
Yang ni sangat membantu aku kerana aku ada masalah sembelit lepas bersalin , so bila nak buan g air besar benda tu kadang jadi menakutkan sebab ia kadang menyakitkan aku .. risau jugak sebenarnya takut jadi ke arah buasir , yang bestnya minum ni buatkan ia lawas selawas-lawasnya .. 

  • Memberi Tenaga di Bulan Puasa 
Macamana cuka boleh beri tenaga pada diri ek ?haa  sebab tu aku cakap ni bukan cuka biasa , dengan campuran madu cuka epal ni dapat memberi tenaga sewaktu berpuasa , lepastu takkan nak minum macamtu je ? eh eh korang boleh buat sebagai minuman di bulan puasa sama ada waktu berbuka dan juga sahur , boleh buat guna air suam ataupun boleh masukkan dalam jus 

  • Membantu melegakan sakit tekak 
Khasiat madu yang ada dalam cuka epal ni mampu merawat sakit tekan dan batuk dari berlarutan 

  • Mengatasi gula dalam darah 
Ia juga mampu menurunkan kadar gula dalam darah , so dapat mencegah dari berlakunya diabetes ..Dan banyak lagi kelebihan-kelebihan yang ada dalam cuka epal ni .. 


Bahan Kandungan Apple Cider Vinegar 

Di perbuat daripada buah epal segar , ia mengandungi vitamin , pectin , potassium , sodium ,magnesium , kalsium , fosforus , dan zat besi , juga mempunyai sumber anti-oksida seperti carotenoids dan beta-carotene yang mempunyai keupayaan untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya yang boleh melemahkan sistem imunisasi


Cuka dapat membantu merendahkan paras glukosa darah , melambatkan pengosongan gastrik ,dan membantu merendahkan glukosa darah dan tahap insulin untuk kehidupan yang lebih baik , dengan bahan utama iaitu asid asetik cuka juga dapat membunuh bakteria dan digunakan sebagai bahan pengawet semulajadi . Pemanis yang ada di dalam madu berasal dari fruktosa dan glukosa dan juga gula kompleks yang lain . Dikenali sebagai antioksidan dan antiseptik dgn ciri-ciri pembersihan , ia juga mempunyai sejumlah kecil vitamin dan mineral

Cara Penggunaan 


  • Masukkan 2 sudu besar Apple Cider Vinegar dalam secawan air / jus 
  • Boleh jadikan bahan pengawet semulajadi 
  • Boleh gantikan asam jawa dengan Apple Cider Vinegar dalam masakan 
Bau Apple Cider Vinegar ni seakan-akan air zapple , rasanya pun masam-masam manis dan sangat sedap untuk di minum .. 

Haaaa menarik tak kebaikan yang ada dalam cuka epal ni , lepas ni boleh lah jaga pemakanan kita seharian dengan sesuatu yang lebih berkhasiat , kalau dulu kita tak tahu betapa banyak cara yang kita boleh kawal pemakanan sihat tapi tak terlambat lagi kan untuk kita mulakan balik .. yang pasti apa yang kita makan itu yang menyihatkan tubuh badan kita , so kalau yang tak elok masuk dalam tubuh badan ? haa macamana kita nak kekal sihat dan cergas ... 

Mana nak dapatkan Apple Cider Vinegar dengan campuran madu ni korang boleh beli di LAZADA ataupun di SHOPEE dan juga watson dan farmasi berdekatan 

MORE INFO 

11 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. masam manis .. kalau nk ilangkan boncit boleh tak ? hhahaah

    BalasPadam
  2. Teringin nak cuba.. Tunggu pas abis pantang la

    BalasPadam
  3. Bagus khasiatnya, nanti lepas bersalin nak amalkan jugak.

    BalasPadam
  4. menurunkan berat badan.. menarik tuuu

    BalasPadam
  5. kita pun baru tau lepas orang dok post dekat fb, blog..banyak kelebihhannya

    BalasPadam
  6. kak sue masukkan dalam acar timun,sdapppp tak yah guna cuka putih doh wat sakit perut je huhuu

    BalasPadam
  7. dh amalkan since awl puasa...paling ketara part pencernaan tu...lancarrrr...kihkih

    BalasPadam
  8. eh yaya ada ni kat rumah! baru tahu khasiat dia haha ada orang hadiahkan dalam hamper

    BalasPadam
  9. bagus ACV..boleh jadi pelawas untuk yang ada masalah sembelit..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama