Panduan Menimbang Berat Dengan Betul

Hai uols , hari tu qaseh terbaca keluhan kawan-kawan bila mana ada segelintir mengeluh kenapa setiap kali timbang berat badan mereka selalu dapat hasil yang tidak sama , sekejap berat badan naik , sekejap pulak turun .. adakah salah penimbang berat badan itu ? ataupun kita yang salah panduan ? haaa so kali ni qaseh nak share tips dari Dr Khairul Hafidz bagaimana cara menimbang berat dengan betul ~ 



  • Beli penimbang yang baik.

Buatlah pelaburan yang lebih sikit nak beli penimbang tu, jangan lah beli yang terlalu murah, takut yang tak ada kualiti ni kiraannya tak tepat, kang mengamuk pulak bila badan sekeping penimbang tunjuk berat 70kg.


Beli penimbang digital dan yang ada satu atau dua tempat perpuluhan, itu yang terbaik , yang penting beli lah penimbang di tempat-tempat yang boleh dipercayai dan berkualiti.


  • Letak penimbang di tempat yang sama.

Sebenarnya, penimbang tu boleh berubah-ubah mengikut di mana kita letakkan penimbang tu. Ada beza letak penimbang letak di atas karpet lembut dengan atas lantai, kalau tak percaya cuba buat di rumah.


Jadi, untuk dapatkan kiraan yang konsisten, kena letak di satu tempat sahaja. Jangan ubah-ubah, nanti kita tak dapat betul-betul dapat kiraan yang konsisten.

  • Waktu untuk menimbang.

Pilih cuma satu waktu sahaja untuk menimbang. Kalau saya, saya akan timbang berat saya pada waktu pagi selepas bangun tidur. Waktu itu yang terbaik kerana paling mendekati "dry weight" kita, maknanya waktu itu kita baru bangun, masih belum makan minum, jadi itu lah waktu terbaik untuk kita tengok berat badan kita berapa.

  • Bila nak timbang?

Sebenarnya ini ikut masing-masing berapa hari sekali bak timbang, yang selalu diamalkan adalah timbang seminggu sekali.


Kalau saya dulu, saya timbang setiap hari, sebab dengan timbangan tu, saya boleh kaji balik pemakanan dan senaman saya, untuk badan saya, jika saya timbang hari ini, berat itu adalah apa yang saya makan dan senam untuk tiga hari sebelum. Setiap orang berbeza-beza mengikut metabolisme badan, boleh kaji sendiri badan kalian semua.



Dan setiap minggu hari jumaat, itu adalah waktu rasmi untuk saya catat berat badan saya. Hari lain cuma timbang, hari jumaat untuk dicatat.


  • Lebih minimal lebih baik.

Setiap kali timbang, saya cuma pakai seluar kecik sahaja, sebab nanti berat pakaian pun akan dikira sekali. Sebab tu lah timbang berat dalam rumah sendiri, janganlah pergi rumah member nak timbang bukak habis pakaian, memang kena hambat balik rumah.


Untuk wanita pula samalah, yang penting lebih minimal untuk dapatkan berat badan kita sendiri, bukan dicampur dengan berat pakaian.


  • Catat!

Ini bagi saya antara yang terpenting, dokumen kan berat badan kamu, biar naik atau turun. Ini penting untuk kita lihat perkembangan berat kita dan untuk jadikan sebagai semangat buat diri sendiri.


Tak apa lah kalau naik, kurang-kurang kita menerima berat badan tu naik dan tahu ada ruang untuk kita perbaiki lagi, jangan putus asa, terus usaha lebih kuat.



Jadikan catatan tu menarik dengan membuat carta contohnya untuk melihat perkembangan berat badan kamu, baru lah rasa seronok nak turunkan berat!



Hati Berbicara :

Sharing is caring ~ so harap lepas ni korang boleh jadikan ini satu panduan untuk menimbag berat badan dengan betul ! kepada yang tengah struggle turunkan berat badan tu , selamat berjaya ! yakin boleh ~ yihaaaa ! 

12 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Berguna tips nie. Selama nie main timbang je. Pakai penimbang manual tu. Hehehe

    BalasPadam
  2. Kakfiza beli penimbang kat lazada, tp jgn beli yang murah sangat, takut cpt rosak. Time kakfiza timbangg sama cam tips dr tu, cuma kadang ,menggatai, setiap kali pas makan p timbang.haha.

    BalasPadam
  3. i selalu timbang time pagi.. hahah rasa selim gitu . aum... pasal letak penimbang di tmpt rata tu abg daus pernah bgtau . tp tula.. menten je sama kg . Ha... biasanya lisa timbang hari2 ... senang nk control hihi

    BalasPadam
  4. Memang selalu timbang bila bangun tidur sebelum pergi mandi. Akan dapat berat yang betul.

    BalasPadam
  5. bagus panduan ni. nak beli penimbang yang bagus kena survey jgak. mak saya ada beli penimbang baru. tapi kejap je dah rosak. penimbang lama jgak yang ok. penimbang baru tu, kalau timbang akan kurang 2kg. so kalau acah2 nak rasa lose weight, gunalah penimbang baru tu. wahaha

    BalasPadam
  6. penimbang memang kat situ je tak alih bawah katil hahahaa senang banguntido tarik je kikiki,tapi lama dah tak timbang,seram hahahahha

    BalasPadam
  7. ohhh. patut lahhh dapat lainlain jawwapan masa timbang. rupanya tempat pun memainkan peranan. hahahhaha. takpatut betul timbang tuu

    BalasPadam
  8. hampir semua tips saya ada ikut..anyway, nice tips..

    BalasPadam
  9. Done follow blog ni..best....salam lebaran

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama