Assalamualaikum uols , minggu ni pulun qaseh buat entry tentang Legend Resort Cherating , semua dah qaseh kongsikan dalam entry-entry sebelum ni .. kali ni qaseh nak review apa yang best di sini , bilik dia ok tak ? kemudahan apa yang ada kat sini ? aktiviti apa yang best bila ke sini ? dan banyak lagi ~ haaaaa entry ni khas untuk korang supaya nanti bila datang ke Cherating , Legend Resort Cherating adalah penginapan yang wajib korang pilih.
Lokasi Menarik dan Mendamaikan
Tarikan utama mesti lah bersebelahan dengan Pantai Cherating , tak dapat nak ke Maldives macam Hanis Zalikha lagi lepak sini pun best jugak .. pantai Cherating sangat bersih dan cantik dengan pasir yang memutih , so boleh lah dating balik dengan suami macam muda-muda dulu hiks kalau ada anak-anak lepak tepi pantai main air dan pasir pun best .. sambil-sambil tengok matahari terbit dan keindahan senja kat sini.
Bilik Yang Selesa dan Banyak Kemudahan Untuk Tetamu
Yeahh qaseh dapat bilik yang sangat selesa dan best dan dapat bilik yang menghadap pemandangan laut , setiap hotel akan improve dari semasa ke semasa apa yang perlu mereka baiki , so kalau korang pernah datang dulu , dah banyak perubahan yang di lakukan oleh pihak Legend Resort Cherating ni dan semuanya adalah untuk keselesaan para tetamu. Kat sini terdapat 205 bilik dan suite yang luas dan selesa yang memberi pemandangan yang indah seperti menghadap taman , kolam renang dan juga laut china selatan , meh qaseh tunjuk bilik-bilik yang ada kat sini
Deluxe Room
Grand Deluxe Room
Junior Suite
Cherating Suite
Pent House
Kemudahan Yang Bagus
Kolam Renang Yang Besar
Kat sini ada 3 buah kolam , 2 kolam biru dan 1 kolam hijau .. kolam biru adalah untuk tetamu yang berpakaian bebas , kenapa ada dua ? sebab satu untuk dewasa dan satu lagi untuk kanak-kanak , manakala kolam hijau pulak hanya di benarkan kepada tetamu yang berpakaian renang sahaja ..
Kolam Biru |
Kolam Hijau |
Gymnasium
Kid's Room
Aktiviti Menarik di Legend Resort Cherating
Memang banyak gila lah aktiviti yang korang boleh join kat sini ,nak main apa ? haaa bagitau je dengan pihak Legend Resort then mereka akan arrange kan untuk korang , mana tahu nak buat family day atau apa-apa aktiviti yang melibatkan keluarga or agensi , antara aktiviti yang qaseh join selama berada di sini korang boleh klik link ni untuk cerita penuh --> http://www.qasehdalia.com/2017/08/aktiviti-menarik-di-legend-resort-cherating.html
Hafiz's Cherating Activities
Antara aktiviti yang korang boleh join di bawah Hafiz's Cherating Activities
- Fireflies Watch Tour
- Turtle Laying Eggs Watch
- Release Baby Turtles
- Sea Fishing Snorkelling Trip
- River Kayaking
- Mangrove Cruise
Mizi's Watersport Activities
Aktiviti untuk korang yang minat kan adventure boleh try Mizi's Activities juga
- ATV Ride
- Banana Boat Ride
- Air Head
- Snorkelling
Haa amacam best gila ka aktiviti kan sini , makanan pun sedap-sedap .. oh ye kalau korang ingin adakan meeting dan event pun boleh , just contact pihak Legend Resort Cherating untuk pakej-pakej .. nak tahu lebih lanjut lagi korang boleh klik info yang qaseh berikan atau pun terus contact En Meor untuk info terpantas heheh
More Info :
Website: www.legendresort.com.my
Facebook: The Legend Resort Cherating
Instagram: @legendresort.cherating
Facebook: The Legend Resort Cherating
Instagram: @legendresort.cherating
Contact Person: Encik Meor (013-3319822)
Alamat :
The Legend Cherating Beach Resort
Lot 1290, Mukim Sungai Karang, Cherating
26080 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Mmg nampak selesa, ceria dan mendamaikan.. bilik luas dan besar.. menarik! :)
BalasPadamAktiviti semua menarik, kena repeat menginap kat sini.
BalasPadamwow selesa tempat ni
BalasPadam