Dashing Anytime EDT Pocket | Khas Untuk Lelaki Maskulin !

Dashing Anytime EDT | Teringat hadiah hantaran kahwin untuk suami , aku bagi set dashing untuk dia sebab aku suka bauan perfume dari Dashing ni , bau dia keras tapi tak peningkan kepala .. memang boleh bergetar tulang rusuk bila bau perfume Dashing ni hahah , so bagi mengelakkan bergetar tulang rusuk dari lelaki lain eh eh ! baik bagi je suami guna Dashing ni.

Wangian antara benda terpenting bagi lelaki maskulin selain kemas bergaya , tau tak itu pun salah satu hal yang sangat penting untuk menarik perhatian  wanita haaa walaupun tak de rupa takpa aih asalkan jangan busuk :p , sebab dengan satu bau je memang akan rosakkan personaliti korang sebagai lelaki maskulin , 


Setiap lelaki  mampu bergaya dengan pelbagai fesyen terkini tapi tahukah korang tarikan utama seorang lelaki adalah dari bau , so agak-agak kalau lelaki bau kepam ada ke yang nak dekatkan diri ? heh heh tepuk dada tanya selera tapi bagi aku as a girl memang itu faktor daya penarik yang sangat kuat , lebih-lebih lagi bila lalu depan kita dengan bau semerbak , fuh boleh jatuh cinta beb! haha tu dulu lah waktu bujang-bujang :p 

So wahai lelaki di luar sana dah tahu kan tarikan utama pada diri korang ? dengan itu Dashing , produk penjagaan diri lelaki dan juga peneraju pasaran dalam bidang wangian lelaki telah menghasilkan Dashing Anytime Edt , yang best nya packaging dia sangat lah comel dan bersaiz poket sebesar kredit kad , hah ! ada alasan lagi ke wahai lelaki untuk tidak memakai wangian Dashing ni ? khas untuk lelaki-lelaki maskulin semua ~

Dashing Anytime EDT dengan 4 Variasi Unik - COOL , HATTRICK , ACTIVE & ULTIMATE KICK

COOL 
Anda seorang yang cool ? wow terus terbayang seorang jejaka berkaca mata hitam (nakai ! ) korang boleh guna wangian ni sebagai daya penarik .. biasa suami aku guna yang ni , haruman "cool'' ni gabungan menawan Bergamot dan Gallbanum di lapisi dengan wangian Amber dan Kasturi sebagai formula asas , rekaan ni memang di ciptakan untuk sisi maskulin yang cool gitu ~ anda cool ? yeahhh memang pilihan yang betul.


HATTRICK
Walaupun aku bukan lelaki , tapi first time bau wangian dari Hattrick ni , aku terjatuh cinta sebab haruman Hattrick ni lembut dan menyegarkan , so aku pun terguna jugak lah haha .. yess bau dia tak sekeras yang lain tapi masih ada sisi maskulin ..so this one memang kemenangan buat jejaka Dashing , haruman Hattrick menyemarakkan semangat dan mendorong seseorang ke arah kemenangan , huh patutlah haruman Hattrick ni betul-betul memenangi hati aku dengan gabungan unik kesegaran epal citrus di adunkan bersama adunan bunga dan calitan amber 


ACTIVE
Yang ni sangat sesuai bagi lelaki yang sukakan aktiviti lasak , yang memang hidup dalam aktiviti yang sangat aktif .. bila selalu aktif faham-faham je lah  bauan badan sangat penting sebab of course la selalu berpeluh , dan haruman ni memang pilihan yang tepat buat korang .. dengan semarak haruman Fougere yang di gabungkan dengan formula Citrus , Lavender dan Amber aromanya akan membangkitkan sisi aktif anda.


ULTIMATE KICK
Haruman dari Ultimate Kick ni sesuai untuk personaliti jaguh yang ada dalam diri jejaka maskulin , ia akan menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden . Ia berkonsep musim panas yang aktif , menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon , di tingkatkan lagi dengan kesegaran buah pelaga , vanilla , dan suntikan kayuan dan rempah . haa yang ni bau dia paling keras dan kuat .. 



Di Mana Nak Dapatkan Dashing Anytime Edt ?

Bagi yang berminat korang boleh dapatkan di pasaraya-pasaraya utama dan hyper  , dan juga farmasi di seluruh Malaysia dengan harga RM7 setiap satu .. dah lah murah senang nak bawak pergi travel , yang paling best takdelah membebankan handbag gue haha ..

More Info :


23 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Smart arrr bekas dia, senang nak bawak kemana². Nak beli untuk husbandlah.

    BalasPadam
  2. BOLEH DAPATKAN NI, SUAMI KITA PEMINAT DASHING

    BalasPadam
  3. Dashing mmg wangi..suka bau dashing dari dulu lagi

    BalasPadam
  4. kite pun suka bau dasing ni. heee. kadang moto sebelah lalu. boleh bau. sbb angin tolak. terus tak fokus. hahaha

    BalasPadam
  5. Tgk produk dashing mesti teringat abah,dan bau dashing yg classic akan ingat sampai bila2 tu bau abah hehehehe nak beli la yg ni bg abah heheheh.... Setujuuuu sgt bau perfume en somi boleh menggoda isteri kikiki.

    BalasPadam
  6. nak beli dan hadiahkan pada cik somi....tq share qaseh...

    BalasPadam
  7. Suka ultimate kick ada bauan pelaga...something new tu

    BalasPadam
  8. Saiz poket ek.. Bagus sangat.. lebih bagus lagi sebab ada banyak pilihan.. Sesuai utk kak Ti yang sentiasa dikelilingi jejaka ni (anak2 n suami ��).. Bagi sorang satu kat diorang.. k ngamm..

    BalasPadam
  9. Wahhhh... Boleh suggest dekat encik suami ni... Hihihi

    BalasPadam
  10. wangi haruman dashing kita suka juga

    BalasPadam
  11. Mmg wangi dashing kali ni.Asben pun pakai

    BalasPadam
  12. Wow, menarik nya! nak beli la untuk encik suami.

    BalasPadam
  13. Kecik comel je..dashing laki kita pun suka

    BalasPadam
  14. Murah .. wangi .. dan paling best tak membebankan beg nak bawak ke sana ke mari .. masukkan dalam poket jer.. abih cter..

    BalasPadam
  15. Comel betul. Sesuai bawa pergi travel ni.

    BalasPadam
  16. kakfiza pun suka bau dashing ni. teringat zaman duk asrama dulu, ada kawan pompuan satu dorm, dia suka pakai bedak dashing .semerbakk bau satu dorm.haha

    BalasPadam
  17. walaupun bau khas utk lelaki tapi Ty suka .. cool gila packaging baru ni

    BalasPadam
  18. jai ada jugak jenis macam ni tapi brand apa entah duk pakai..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama