Curi Masa Berblog Bila Ada Anak Kecik !

Assalamualaikum , macam lama tak tulis tentang personal life .. bukan bujet diva or hot stuff babe , tapi masa sekarang pack betul bila ada anak kecik ni , yaAllah memang berperang lah bila nak menulis blog .. tapi dont worry paid review or any review memang aku berdisiplin try hard gitu untuk siapkan sebelum klien komplen heheh .. 



Aku terfikir jugak bila mana mummy yang ada anak yang 24 jam nak menempek je kan , bila sentuh handfon or laptop dia punya clingy lagi teruk , weh anak aku la tu haha tapi sekarang bila dah Rayyan makin ke arah dewasa ni (2 tahun) ada part dia macam boleh faham tapi ko tau tak sampai setengah jam dia punya faham tu ..anak Umi sangat 

Jadi camane aku bahagikan masa untuk berblog lagi-lagi bila kena buat kerja ikut masa tertentu supaya hasil kerja kita pun nampak helok .. ini cara aku mengikut keadaan anak aku .. lain orang lain cara 

Bila Waktu Aku Dapat Berblog 

Rindunya saat ni yaAllah , hehe always kena gomol dengan Umi now dan debab bab bab makin banyak akal !


  • Malam Hari - Bila Anak Tidur Malam 

Aku akan berblog ketika dia tidur , lebih-lebih lagi bila malam hari tidur dia lebih lena berbanding siang .. walaupun kadang-kadang Rayyan ni macam kuat mengigau , erm padahal sebenarnya  dia boleh rasa tangan aku tak pelok dia , tak tepuk-tepuk atau berhimpit dengan dia , weh ! aura apakah adududu .. so malam hari ni memang aku karang ayat dan draft sebanyak mungkin yang boleh tapi tak banyak pun sebab ngantok ! huh

  • Siang Hari - Bila Anak Tidur Siang 
Jarang-jarang aku boleh berblog siang hari , kalau Rayyan tido lama tu macam wow awesomenya anak aku hari ni , haha tapi aku amik kesempatan masa dia tidur siang untuk snap gambar untuk di review , untuk edit gambar dan juga upload gambar dan juga cari info sepantas kilat .. then ayat-ayat akan di karang di malam hari .. lebih tenang dan banyak idea untuk di perah

  • Bila Abah Rayyan Cuti 
Bila berblog ni memang need support lah dari laki , so untuk mengelakkan di kacau oleh Rayyan so part jaga anak di serahkan lah kepada dia .. u know what support dari laki ni memainkan peranan penting , so wahai lelaki tolong support bini kau demi minat dia , menulis ni adakala boleh menghilangkan tension tapi inshaaAlalh semoga tulisan yang kita tulis itu ke arah kebaikan .



Tu je lah masa yang aku sempat curi-curi untuk bukak laptop , dan aku tak suka buat entry guna fon .. tak tahu lah kenapa tapi memang tak suka , perasaan tu lain , aku kena tengok gambar sebesar skrin laptop baru puas hati , and then sometimes kena dengar lagu untuk idea tertentu .. 

Sebenarnya banyak benda nak di tulis , nak di ceritakan .. tentang personal life , tentang Rayyan , tentang motivasi , jiwang macam dulu-dulu tapi tu lah zaman makin berubah , zaman bujang dah berlalu ~ ada benda lagi penting yang sangat memerlukan kita .. anak .. yess anak yang dulu di saat kita kawen doa itu yang tak pernag lekang dari mulut .. yang sukar di cari ganti 

Ikutkan boleh je bangun pagi bukak laptop berblog tapi bila pulak masa untuk diri sendiri ? yang pasti jangan sampai sakit , kena jaga juga kesihatan ... bila jadi mak ni , memang tak boleh sakit .. kalau tak , anak terabai rumah pun berkecah .. nak tak nak kena gagahkan diri untuk semua tu .. enjoy lah masa bujang korang sebab semua tu takkan dapat ada di kala anak masih kecik hahah sedey ~ 

Hati Berbicara :

Takpelah sayang , Umi seboleh mungkin cari waktu di kala Rayyan tidur supaya anak Umi ni tak terabai .. tak boleh berblog bila Rayyan tak tidur , Umi pun tak tenang .. walapun kadang ada termarah dia sebab menguji kesabaran Umi , im sorry sayang ... jangan cepat sangat membesar nanti Umi rindu nak peluk cium gomol awak sampai nangis 

So mummy - mummy macamana korang manage jadual korang , feel free to share :)







8 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. time anak - anak tidur la mommy2 rushing settlekan kerja yang patut di settlekan

    BalasPadam
  2. Samala ngan kinah. Bila anak tido je barulah boleh nak curi-curi masa nak berblog.

    BalasPadam
  3. Bila sudah suka, cari masa juga berblogkan

    BalasPadam
  4. Saya suka baca entry perkongsian macam ni. TQ kak qaseh sebab share

    BalasPadam
  5. Saya pun jenis tak boleh nak update blog melalui hendphone. mesti nak kene bukak laptop jugak untuk update.. Baru puas.. hehe

    BalasPadam
  6. samalah kita, memang tak suka buat entri guna fon..tak puas! apapun kena manage masa untuk blog :)

    BalasPadam
  7. Hehee kekya byk buat entri guna phone sebab gambar2 semua kat phone..malas plak nak transfer kat lappy .. sekarang ni ada laaa masa skit time anak2 g sekolah kekya blh laaa berblog .. tapi kan kekadang time tu idea plok tadakkj bila anak2 tgh duk sbuk kat umah masa tu plak idea datang camnooo tu camnoo tu.. Yupp support dari si suami tu penting..kalau suami tak izinkan tak menjadi semua kerja..Alhamdulillah semoga qaseh akan terus maju dan berjaya dengan blog..Insyaallah..

    BalasPadam
  8. kita kadang update guna phone..tu pun masa kena temankan dia main, nak menyusu..hahaa..memang payah..baru anak stu..belum keluar yang kedua ni lagi..hahaha

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama