Himalaya Wellness Boutique di Mid Valley Megamall | Produk Berasaskan 100% Herba Aktif

Assalamualaikum readers ! 

Dah zaman 2017 ni korang tak terfikir ke untuk elakkan segala produk yang berasaskan bahan kimia yang merosakkan tubuh badan kita ? Kalau dah lama amalkan tahniah Qaseh ucapkan , yang belum lagi takpe gais masih belum terlambat ~ take it easy k sebab kali ni Qaseh nak share dengan korang ,  produk HIMALAYA yang sememangnya 100 peratus berasaskan  herba aktif dan di jamin halal (wajiblah halal heheh)


Jadi hari tu , Qaseh telah menerjah Himalaya Wellness Boutique di Mid Valley City ~ untuk pengetahuan korang Qaseh pun ada amalkan produk Himalaya iaitu Shatavari boleh baca kat sini , dan memang berkesan untuk Qaseh .. di sebabkan entry tu kawan-kawan ada tanya mana nak dapatkan , haaa boleh je beli secara online dan juga ke outlet-outlet Himalaya yang terdekat .. dah alang-alang kat sini , apa lagi Qaseh explore lah sat apa yang ada di sini haaa 



Masuk je kedai Himalaya ni ternampak ruangan best seller , kat sini best seller nya adalah produk Clear Complexion Whitening Day CreamKrim yang ringan dan tidak berminyak, diperkaya dengan ekstrak Licorice dan White Dammar, menyediakan tindakan pemutihan triple (wow triple ok !) termasuk mengawal sintesis melanin, membantu membersihkan bintik gelap dan pigmentasi yang tidak sekata, dan memberikan perlindungan UV dengan Cinnabloc herba .. macam best je ! 

Produk Apa Yang Terdapat di Outlet Himalaya di Mid Valley ?

Mesti korang tertanya-tanya kenapa nak kena pilih produk Himalaya , dan produk apa je yang terdapat di sini ? walaupun kedai Himalaya ni kecil je tapi bermacam produk ada dari kaki hingga ke kepala .. Kat sini korang boleh lah dapatkan rejimen untuk rambut , muka , supplemen , ubat gigi , lipbalm , produk untuk slim pun ada .. 

Penjagaan Rambut

Bab penjagaan rambut ni memang boleh bikin stress jugak tau tak , sebab apa ? hurmm sebab bukan senang nak cari syampoo yang sesuai untuk kulit kepala kita dan yang paling susah adalah untuk atasi segala masalah yang hadooo , dalam kepala otak pun banyak masalah , kulit kepala pun ye jugak ~ haha .. 

Kenapa kena pilih syampu Himalaya ? sebab ia memberikan 3 manfaat penting untuk mengekalkan rambut yang sihat ~ bukan sihat je malah bersinar-sinar gitu , shine bright like a diamond ! hihi 


Kelebihan syampu ni haa boleh mengurangkan keguguran rambut malah menguatkan rambut kita dek kerana rutin harian kita , dos protein yang ada dalam syampu ni juga menjadikan rambut kita lebih lembut , licin dan sihat dan sangat sesuai bagi korang yang aktif dan always cuci rambut dengan kerap . Anak-anak pun boleh guna tau 

Penjagaan Muka / Skincare 

Qaseh tertarik lah dengan produk penjagaan muka kat sini , toner muka pun dah habis lupa pulak nak beli adohaaa dasar pelupa .. takpe nanti daku beli sebab dan survey dah toner muka kat sini hari tu , macam-macam produk ada tau seperti Purifying Neem Face Wash , Purifying Neem Scrub , Purifying Neem Pack .., Neem ni bagus tau sebab ada ciri antibakterial dan sangat sesuai lah untuk muka yang berjerawat , bila dah guna produk ni boleh la say BYEBYE kat jerawat semua tu k ! 


Qaseh terpikat dengan Refreshing & Clarifying Toner sebab ia memang campuran bahan semulajadi yang boleh kawal rembesan minyak yang berlebihan , stress tau bila tengok muka berminyak ! Bahan-bahan yang ada dalam toner ni akan mengetatkan liang-liang dalam muka  , menyegar dan membersihkan kulit wajah iols nanti 

Personal Care 

Ubat gigi pun ada kat sini , ada 4 jenis ubat gigi yang korang boleh pilih menikut kesesuaian , ada untuk gigi yang sensitif , (hati sensitif kena banyak2 bertenang , eh !) Complete Care , Sparkling White dan Active Fresh



Lipbalm ni pun menarik je , macam best je berasaskan Wheatgerm Oil , Carrot dan Seed Oil

Supplement 

Bila produk berasaskan herba , memang supplement pun jadi keutamaan sebab memang tak di nafikan herba sangat bagus lebih-lebih lagi untuk jaga organ dalaman wanita selepas bersalin , pantang , menyusu , haaa sebab tu orang-orang tua dahulu kala amalkan air akar kayu , tongkat ali  , jamu .. dan zaman moden ni supplement macam ni senang nak telan , sebab tak rasa pahit macam air herba ori tu .. hihihi


ARE YOU SLIM ? Not yet !!! kalau kalau not yet boleh guna produk AYURSLIM heheh sesuai sangat dengan korang yang nak turunkan berat badan sebab salah satu bahan yang ada dalam Ayurslim ni adalah Garcinia Cambogia yang membakar glukosa , gula , lemak terutamanya di hati , selain tu ia akan mengurangkan pelepasan gula di dalam darah.


Kemudahan di Himalaya Outlet 

  • Produk di pack secara set -menariknya di sini , kalau korang pening nak pilih produk-produk yang sama waktu gitu , nak lengkap kan satu set haa mudah je nak cari sebab kat sini dah di packing secara set .. lagi murah dan jimat .. dah jimat masa korang untuk pilih satu-satu berang untuk lengkapkan semua kan !
  • Staff yang peramah dan membantu - ada waktu-waktunya kita nak kan pendapat yang lebih pakar untuk kulit kita  dan apa-apa je lah , so staff-staff kat sini sangat peramah dan membantu .. just tanya je staff kat sini bantuan apa yang korang nak , mereka sedia membantu so jangan segan -segan nak tanyaa



Membership Program / Bagaimana Nak Jadi Ahli di Himalaya ?

Pembelian dengan harga RM100 ke atas , secara automatiknya korang akan menjadi ahli :) Mudah je kan .. nanti staff akan minta detail korang no ic / no fon , so next pembelian hanya bagitahu korang dah join ahli dan bagi detail yang di minta oleh staff ~

RM1 = 1 Point , kalau RM100 korang akan dapat 100 point , berbaloi kan ! 

No 1 Tourists' TOP CHOICE

Produk ni pulak memang kegemaran ramai pelancong , Qaseh pun rasa macam nak beli jugak la produk Nourishing Skin Cream , takmau kalah dengan kulit Rayyan haha nak dapatkan kulit selembut baby jugak .. patutlah produk ni jadi kegemaran ramai sebab krim ini dicampur dengan ekstrak Aloe Vera, Cherry Musim Sejuk, Pokok Kino India dan Pennywort India, yang melindungi kulit anda dari pencemaran dan cuaca kering dan memberikan khasiat dan kelembapan


Memang banyak produk Himalaya yang memberi banyak manfaat , dah habis Qaseh explore kedai ni , memang rambang biji mata dan macam nak borong semua je bawak balik haaaa .. nak bagitau mak ayah adik akak semua dan korang untuk amalkan produk Himalaya yang bebas dari bahan tambahan lain , semuanya 100 peratus natural , halal dan harganya pun berpatutan !!! 
Feel free to wacthing my video kat bawah ni k , Qaseh menerjah Himalaya Wellness Boutique di MidValley City Megamall 


Selain dari MidValley , Himalaya Wellness Boutique ni jugak terdapat di Klcc, Sunway Piramid , Mines , One Utama dan banyak lagi ~ korang boleh dapatkan segala info di info yang Qaseh sertakan kat bawah ye .. haaa lagi satu korang boleh dapatkan produk Surya dan Apotec di Himalaya Wellness Butik di Sunway Piramid , Mydin USJ dan Setapak Sentral. 

More Info :

AddressMid Valley Megamall Lower Ground Lot 72 & 73, (Opposite Guardian Pharmacy) Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur

Web : http://himalayamsia.blogspot.my
Facebook : http://www.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia/
Instagram : http://www.instagram.com/himalayamalaysia/



22 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. haah nourishing cream tu.. ada kwn bos dia pulun beli byk post balik korea.. terus rasa nak chekidout juga

    BalasPadam
  2. Produk himalaya memang best! Suka gilaaa

    BalasPadam
  3. best2! produk himalaya memang best! menariknya ayur slim tu, macam nak grab satulah!

    BalasPadam
  4. Smalam akak pi beli yg nourishing cream tu, memang best je pakai

    BalasPadam
  5. Ada membership rupanya Himalaya...punyala k.sal tak tahu. TQ Qaseh share info

    BalasPadam
  6. banyak jugak ya produk yang dikeluarkan oleh Himalaya

    BalasPadam
  7. Rasa macam patut try AYURSLIM je nie. Hihihihii.. Terbaiklah Himalaya. Nak carilah product Himalaya.

    BalasPadam
  8. kene cuba juga ni..nak cari untuk baby

    BalasPadam
  9. wah best nya..dah macam supermarket pulak..

    BalasPadam
  10. Lisa pakai yang lipsbalm tu . best wei bibir tk kering

    BalasPadam
  11. Ohh. Himalaya ada jual utk penjagaan rambut. Min nak grab lahh. Mmg tgh mencari

    BalasPadam
  12. Nampak menariklah produk² Himalaya ni, macam² ada. Nanti nak cuba jugaklah.

    BalasPadam
  13. nak buat membership. dan Hubby pun ckp, lepas ni bertukar kepada produk Himalaya je

    BalasPadam
  14. shapun dah guna shampoo dan ubat gigi, memang best...hihihi

    BalasPadam
  15. Macam2 produk ada kat butik Himalaya ni kan.. Betul2 dr ujung rambut sampai ujung kaki, luar dan dalam kan..

    BalasPadam
  16. Thats such an important thing these days. I too use himalaya products but did not know so much about it. Thanks

    BalasPadam
  17. Produk Himalaya memang bagus. Keluarga saya guna shampoo brand ini.

    BalasPadam
  18. Tertarik ngan membership dia!
    Berbaloi

    BalasPadam
  19. nice blog post for the brand. time to get some for myself

    BalasPadam
  20. Best guna produk himalaya ni.memang terbaik! Rambang mata nak pilih mana satu ni sebab banyak sangat.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama