Holla Neutrogena Lover ❤ , siapa je tak kenal Neutrogena ni ? nah hari ni aku nak kongsikan produk baru Neutrogena tapi belum pasaran lagi tau , produk ni akan ada di pasaran pada minggu pertama dalam bulan NOVEMBER ! so jangan lupa grab it alright .. aku pun dah cuba sendiri dan sangat suka dengan tekstur dan kesan lepas pakai fuhhhh freshhh oih muka !
Neutrogena Capsule Sleeping Mask & Neutrogena Hydrogel Mask | Tadaaa ini lah produk baru Neutrogena yang akan berada di pasaran tak lama je lagi , 2 hari lagi dan masuk November so sabar okay sabar .. aku memang suka pakai mask tau sambil menyusu anak haha , last-last tertido oik
Neutrogena Capsule Sleeping Mask
Packaging produk ni adalah dalam bentuk capsule , so far aku takde masalah dalam packaging jenis macam ni sebab senang bukak dan bentuk yang saiz kecil (10 ml ) sangat sesuai untuk di bawa ke mana-mana , travel ke balik kg ke haaa masuk poket pun boleh .. Capsule Sleeping Mask ni ada 2 jenis yang satunya untuk Fine Fairness dan satu lagi Hydro Boost ..
Hydro Boost
Tips untuk lebih kesegaran , korang boleh letak dalam peti ais semalaman dan apply di wajah , fuh segar sangat .. Hydro Boost Capsule ni mengandungi 100% Asid Hyaluronik yang semulajadi yang berfungsi sebagai penghidaratan , bila pakai Hydro Boost ni aku dapat rasa kulit lebih lembab , lembut dan berseri .. memang sesuai sangat dengan aku yang punya kulit kering .. suggest sangat pada korang yang selalu terkena penghawa dingin ..
Tekstur nya sangat wangi macam bau buah-buahan yang segar , dan sangat mudah di apply , walaupun warna agak kebiruan dalam gambar ni tapi bila apply di wajah muka takde warna-warna biru tau , warna transparent gitu dan sangat mudah meresap dalam kulit ..
Tekstur yang tak melekit , bila apply di muka cepat je meresap dan kering , warna agak kebiruan |
Fine Fairness
Yang ni pulak mengandungi Niacinamade yang mana dapat membuatkan kulit wajah kita lebih bercahaya , kalau nak kesan lebih , boleh pakai dua kali so nampak muka korang ada perubahan .. yang bestnya ia tidak merengsakan kulit wajah kita dan sangat menyerap dengan cepat , bila pakai ni sangat tenang dan sejuk je .. yang best nya untuk kulit korang yang sensitif ia tidak membawa kesan negatif pada kulit uols tau ..
Tekstur sama macam Hydro Boost cuma warna agak kekuningan .. |
Cara Penggunaan : Sehari untuk 1 mask , hanya apply di muka dan tunggu sehingga 15 minit untuk mendapatkan semua manfaat yang ada , boleh campur dengan oil booster dan di letakkan dalam peti sejuk untuk lebih kesegaran :)
Neutrogena Hydrogel Mask
For me , aku lebih suka Hydrogel Mask berbanding capsule sebab lagi mudah haha (nampak sangat pemalas) tapi yeah aku suka gila dengan produk ni sebab tekstur / material adalah GEL dan bukan seperti yang aku guna sebelum ni yang mana selalunya macam kapas or kertas dan sememangnya Hydrogel 100% tanpa kertas.
Lagi satu aku suka Hydrogel Mask ni sebab ia nya asing antara bahagian mulut dan jugak mata , so lagi senang nak ejas kedudukan mask di muka .. bila mask ni dari gel faham-faham la kan bila pakai di muka ia lebih rasa sejuk dan menyegarkan dan dalam Hydrogel Mask ni sama dengan satu botols serum penghidratan untuk 15 minit .
Kenapa gel lagi elok dari kertas sebab ia lebih banyak nutrien penting dan akan di serap oleh kulit wajah kita , selalunya bila menggunakan mask kapas ia akan merumitkan keadaan bila mana cecair yang ada akan berciciran di bantal weh , so serabut amat tapi dengan hydrogel mask ni tak perlu risau sebab cecair telah di serap sepenuhnya .. Teknologi penyejukan Hydrogel ni 100% di buat dari serum aktif.
Sama juga seperti Capsule , ia mempunyai dua fungsi yang sama iaitu FAIR FAIRNESS dan HYDRO BOOST dan memberi kesan yang sama .. Bagi aku , aku lebih sukakan Hydrogel Mask ! yeah vote for 10 star .. heheheh opss terlebih excited sudahh ..
Cara penggunaan : Apply Hydrogel Mask selama 15 minit , boleh di letakkan di dalam peti ais untuk lebih kesegaran .
More Info :
Hanya di dapati di WATSON !
Capsule Sleeping Mask : RM12.90
Hydrogel Mask : RM13.90
Tags:
PRODUCT REVIEW
mcm best je hydrogel mask nii. sblm ni selalu guna yg kapas je.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamLelaki boleh pakai x? Nak peloles gak. Hahaha
BalasPadamMacam best je, letak dlm peti ais dulu ehh
BalasPadamsemakin helok muka tu kan ^__^
BalasPadamlama tak ber-mask ni. kang sebelum tido pakai mask dulu la. hehe
BalasPadamBest tau pakai mask.. kekya pon suka..muka jadi berseri2 hehehe
BalasPadambestnya tengok mask dia
BalasPadam